Masuk sahaja dia ke dalam rumah sewa miliknya, langsung dia membaling jaket yang berada di tangan. Yoongi menjerit kuat penuh dengan frustasi lantas rambut diserabaikan. Fikirannya terasa sesak, penuh dengan pelbagai masalah. Hatinya sakit, sakitnya yang sukar untuk digambarkan.
Tanpa sedar, air mata jatuh lagi menitis di pipi. Dan di saat itu, Yoongi berdiam sejenak membetulkan pernafasannya. Bibir bergemetaran, dia menjadi lemah.
Yoongi memejamkan mata untuk beberapa saat, menghentikan tangis. Selepas mengelap air mata dengan lengan baju, dia mengatur langkah mendekati grand piano yang berada satu sudut rumah. Punggung dihenyakkan di atas kerusi, lalu dia menatap foto gambar Saebyul yang terletak di atas piano tersebut.
Dia betul-betul tertekan dengan semua yang berlaku sehingga, tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi dengan itu, dia berfikiran untuk membuat kembali tabiat buruknya, iaitu merokok. Sebelum ini semasa dia masih bersama Saebyul, gadis itu sering menghalangnya dan menyuruh dia untuk berubah. Tetapi sekarang, setelah apa yang berlaku, Yoongi kembali dengan sikap dulu.
Tangan dipanjangkan untuk membuka laci kecil di meja bersebelahan piano ini, tempat dia menyembunyikan rokok. Tanpa pengetahuan Saebyul. Satu kotak kecil berwarna merah putih dikeluarkan, terus sahaja dia mengambil sebatang rokok lalu disangkutkan di hujung bibir.
Baru sahaja dia hendak mencapai pemetik api di atas piano apabila terdapat tangan lain mengambilnya terlebih dahulu. Pergerakannya menjadi terhenti, hasilnya dia berdiam seketika. Tidak lama kemudian, kepala ditolehkan semata-mata untuk melihat gerangan empunya tangan tadi. Yoongi terpaku.
Saebyul di situ, menipiskan senyuman sambil menggelengkan kepalanya. Tanda tidak mahu Yoongi meneruskan niatnya. Saebyul menarik pemetik api tersebut menggunakan hujung jarinya, jauh dari Yoongi.
"Nah ah, you can't smoke anymore. Tidak akan, selama saya bersama dengan awak," Saebyul mengecilkan mata memberikan amaran pada Yoongi, yang dia benar-benar memaksudkannya. "Dan, awak jangan pula berani merokok di belakang saya. Saya akan tahu kalau awak menipu, faham?"
Selepas merampas pemetik api, Saebyul melangkah pergi meninggalkan Yoongi terkaku dengan rokok yang masih tergantung di mulut. Saebyul sempat mengenyit mata pada Yoongi selepas melabuh punggung ke atas sofa, yang membuat lelaki itu tersengih kecil.
"Saebyul." Nama itu meniti di bibirnya.
Kembali ke realiti.
Bunyi guruh dan hujan lebat di luar menyedarkan dia dari lamunan panjang. Yoongi memandang tangannya yang bergemetaran, masih kaku belum mencapai pemetik api semenjak tadi. Tiada sesiapa yang berada di situ sebenarnya, hanya dia bersendirian.
Hanya sekadar ingatan, memorinya bersama Saebyul.
Yoongi mengetap bibir, namun tetap digagahkan diri untuk meneruskan niatnya. Persetankan segala ingatan itu, kini ia tinggal hanya sebagai sebuah memori. Tiada apa yang dapat menghalangnya dari melakukan apa sahaja yang dia mahu. Apa sahaja. Setelah bara di hujung rokok menyala, dia menarik nafas dalam lantas menghembusnya semula, yang sudah bercampur baur dengan asap rokok.
Dia ingin mencari ketenangan.
Apakah Saebyul berjaya mengambil perhatian Yoongi, ataupun lelaki itu masih lagi teringat akan seseorang yang telah lama meninggalkannya?
Getaran pada telefon bimbitnya yang berada di sebalik poket seluar menggamit perhatian dia. Yoongi menarik keluar ia untuk melihat siapa pengirim pesanan itu.
new messages from bby❤
saebyul :
hari ini
10 haribulan januari
sudah lewat dua hari
dan awak tidak
datang ke sana
apa saya telah membuat
awak terlupa akan dia?
pergilah jumpa dia.*seen√ 11:54p.m.
yoongi
saya tahu ia berat
sama seperti apa yang
saya lalui
tapi awak harus
teruskan hidup
cari diri awak yang dulu
cari kebahagiaan.*seen√ 11:56p.m.
awak memang
takkan balas huh
yoongi?*seen√ 11:58p.m.
'BBY❤' CHANGED TO 'SAEBYUL'
YOU'VE BLOCKED THIS CONTACT√Ego dia.
Ataupun hanya tidak
dapat menerima kenyataan?
YOU ARE READING
After We Broke Up ✔
Fiksi PenggemarAFTER WE BROKE UP \ M.YOONGI i want you to be happy, i want to be happy. COMPLETED ✔ WOLY STORYLINE SHORT STORY/SAD/ROMCOM