eleven : don't really know

187 31 0
                                    

Selepas penat berjalan ke hulu hilir berulang-ulang kali, Yoongi melabuhkan punggungnya ke atas kerusi yang tersedia di situ. Siku ditongkatkan di peha, dia membongkokkan sedikit badan lalu muka ditekup dengan kedua belah tangan. Keluhan demi keluhan meluncur keluar dari celahan mulut.

Debaran di dada juga semakin tidak terbendung olehnya. Hanya Jungkook yang bermain di dalam fikirannya tika ini. Jangan sampai terjadi apa-apa pada lelaki itu. Dia akan menyalahkan dirinya jika sesuatu yang buruk mengganggu kesihatan Jungkook. Kerana dia sendiri sedia maklum akan penyakit lemah jantung yang dialami oleh Jungkook.

"Tak ada sesiapa yang faham hyung, jika bukan hyung sendiri yang fahami diri sendiri. Sampai bila hyung mahu seksa diri? Atau mungkin sampai semua orang di sekeliling menjauhi, baru hyung akan sedari semua itu?"

Kata-kata Jungkook tempoh hari, bermain-main dalam minda. Seakan-akan satu pita yang berulang kali diputar.

Pandangan diarahkan ke luar cermin tingkap apabila hujan mulai renik-renik jatuh dari langit. Kebiruan langit yang dilapisi dengan awan mendung menjadi jamahan mata. Sepertinya sedang menyampaikan sesuatu, Yoongi memikirkan seseorang.

Sebenarnya dia sendiri masih tidak pasti apa yang hatinya inginkan. Masih celaru. Antara rindu yang mendalam, ataupun sebenarnya hanya sekadar satu perasaan serba salah yang menebal.

Yoongi sendiri, masih tidak tahu.

After We Broke Up ✔Where stories live. Discover now