"Lynna!"
Tanpa amaran, pipi Kaizo terus mendapat satu tamparan hebat dari Lynna. Pipi Kaizo kelihatan merah sedikit
"How dare you!"
"Err..." Kaizo mengesat pipi kanan dia
"How dare you broke my heart! Dua tahun aku tunggu kau, baru sekarang kau nak munculkan diri" Lynna pusing dan lalu dia mengesat air matanya. Dia tidak mahu Kaizo melihat dirinya menangis
"Lynna" Kaizo keluar dari rumahnya. Dia menutup pintu rumah itu supaya adik dia dan juga Faye tidak mencuri dengar perbualan mereka "Lynna.. maafkan aku tapi.. boleh tak kita ke tempat lain. Aku tidak mahu adik aku dengar perbualan aku dan kau"
"Fine"
Lynna mencapai tangan Kaizo. Lalu dia membawa mereka berdua ke tempat yang jauh dari Pulau Rintis dengan menggunakan kuasa teleportasinya. Mereka muncul balik di tepi lereng bukit. Kawasan itu agak lapang sedikit. Di belakang mereka adalah hutan dan jauh di bawah hadapan mereka pula, suasana kawasan perumahan di waktu malam. Lampu-lampu jalan bersinar di setiap kawasan perumahan itu. Lynna terus duduk di tepi lereng bukut sambil perhatikan permandangan langit malam. Tiada bintang yang bersinar pada ketika itu
"Lynna" panggil Kaizo. Dia tidak berani untuk duduk di sebelah Lynna
"Kaizo.." Lynna merapatkan bibirnya dan lalu dia berkata "Kau tahu tak, setiap hari aku tunggu khabar berita daripada kau tapi satu pun, aku tak pernah dapat. Kalau dapat pun, mesti dari mulut adik kau sendiri. Kau sendiri takde nak hubungi aku dan kenapa kau pergi tanpa memberitahu aku? Why Kaizo? Aku agak terkilan apabila aku dapat tahu yang kau sudah pergi dan pulang ke TAPOPS. Hati aku sedih, kecewa dan marah sebab kau tinggalkan bumi ni dan aku tanpa penjelasan. Rasa macam sia-sia sahaja hubungan kita selama ni"
"Maafkan aku Lynna" Kepala Kaizo tertunduk sedikit. Dia melihat, Lynna masih lagi tidak mahu memandang Kaizo "Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak jelaskan kepada kau dan aku juga takut nak ucapkan selamat tinggal kepada kau"
"Takut?"
Kaizo terus duduk di sebelah Lynna. Kepala Lynna terus tertoleh ke wajah Kaizo
"Ya, aku takut kalau aku buat kau sedih. Aku tak nak melihat kesedihan kau di mata kau sendir" balas Kaizo "Dan aku juga takut kalau itu adalah ucapan terakhir aku adalah benar-benar yang terakhir. Kau tahu kenapa aku tidak membawa adik aku pergi sekali?"
"Kenapa?"
"Kerana aku nak kau tahu yang aku akan kembali ke planet ini, yang aku akan kembali ke sini suatu hari nanti"
"Kalau kau tidak kembali buat selama-lama bagaimana? Dan kau sendiri tidak sempat ucapkan selamat tinggal kepada aku" Tiba-tiba nada Lynna berubah menjadi marah "Macam mana aku nak tahu kalau kau sudah pergi buat selamanya. Kau hanya tinggalkan adik kau sahaja di sini untuk sebagai kenangan sahaja, Kaizo! Kau tahu, aku selama ini rasa seperti kau abaikan aku, seperti aku sia-sia menunggu kepulangan kau ke sini. Setiap hari aku tunggu tapi makin lama, makin perit hati aku"
"Maafkan aku Lynna"
"Kau ingat, dengan maaf sahaja dapat hilangkan rasa kesakitan aku terhadap kau?" Lynna mengesat air matanya lagi "No Kaizo, kesakitan ini tidak akan hilang begitu sahaja"
"Jadi kau bencikan aku?"
"Tak Kaizo. Aku tidak pernah bencikan kau. Perasaan aku terhadap kau tidak pernah hilang cuma aku takut, kalau kita hubungan kita kembali seperti dulu, aku takut kau akan tinggalkan bumi ini lagi"
"Tak, aku tak kan tinggalkan bumi dan kau lagi" kata Kaizo dengan penuh yakin "Sekarang, aku cuma nak baiki balik hubungan kita"
"It's not that simple" jawab Lynna dengan nada yang perlahan "Selama ini aku berharap kau akan kembali dan akhirnya, kau kembali juga tapi masa itu, aku sudah menjumpai seseorang. Ya, dalam masa sebulan ini, aku berhenti menunggu kepulangan kau kerana aku fikir, sampai bila aku nak tunggu? Sampai yang aku sedar bahawa kau tak kan kembali. Jadi, masa tu aku berhenti dan jalankan seharian aku seperti biasa sehinggalah datang seorang lelaki yang cuba hendak ceriakan aku kembali. Aku kembali ceria, aku mula senyum dan gelak ketawa bersama dengan orang-orang aku sayang. Sekarang kau sudah ada di sini, aku tak tahu apa perasaan aku sekarang. Rasa gembira ada tapi at the same time, aku macam nak cekik kau"
YOU ARE READING
Story about Us
FanfictionCerita ini adalah sambungan dari fanfic Aku Abang, Kau Adik.. Kaizo diberikan cuti berehat setelah dia habis menjalankan misi terpentingnya. Dia tidak teragak-agak untuk pulang ke bumi. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Lynna akan terima dia...