Boboiboy garu-garu kepala dia kerana perasaan pelik dia mula timbul di dalam hatinya. Semenjak 2 3 hari ini, Fang asyik tersenyum seorang diri sahaja. Adakah ini kerana dia berpura-pura senyum supaya tiada siapa yang tahu bahawa dia merindui abang dia? Ataupun memang Fang betul-betul tersenyum sebab ada sesuatu yang mengembirakan hati dia
"Wei Fang" panggil Boboiboy sebaik sahaja Fang melangkah masuk ke dalam pekarangan sekolah
"Kau nak apa, Boboiboy?" soal Fang dengan nada cerianya
"Apasal kau nampak gembira aje akhir-akhir ni?"
"Sebab aku tinggal sorang-sorang dekat rumah dan tiada gangguan dari abang aku! MUAHAHAHAHAHAHAHA! Faye pun takde kacau aku sebab aku suruh dia pergi tidur rumah Bella sebelum si Yaya membebel dekat kita orang"
"Ohh begitu" Boboiboy angguk kepalanya "Sukalah kau sebab abang kau takde dekat rumah. Kau ada ke hubungi abang kau dekat sana?"
"Adalah juga tapi..." Fang terus berjalan menuju ke gazebo sekolah "Tapi... kak Lynna nampak sedih aje. Abang aku cuba nak ceriakan dia tapi dalam masa yang sama, abang aku mengambil kesempatan untuk mengajar askar-askar dekat sana.. ala, macam latihan tempur"
"Hehehe.. abang kau memang suka bebenar dengan latihan tempur, tak pernah terpisah"
"Biasalah, itu salah satu hobi dia" Fang mengeluh sedikit
Mereka sudah tiba di gazebo. Di dalam gazebo itu terdapat dua orang gadis yang mereka kenali iaitu Yaya dan Ying. Kedua-dua gadis itu sibuk mengulangkaji bersama. Fang naik ke atas gazebo itu dan lalu dia duduk di bangku gazebo tersebut. Muka dia yang ceria terus berubah menjadi sedih sedikit
"Kenapa tiba-tiba nampak sedih pulak ni? Jangan cakap kau sudah mula rindu abang kau"
"Takdelah" balas Fang kepada Boboiboy "Hahahaa... aku cuma rasa kasihan dengan kak Lynna. Kau ingat tak semasa kita kehilangan Ratu Lily"
"Ingat, ingat" Tiba-tiba dijawab oleh Ying "Aku masih ingat lagi maaa.. masa tu kak Lynna kemurungan sampai langsung tak nak makan"
"Ha ah, kita orang juga yang kena ceriakan hati dia balik. Time tu, kita semua berkumpul dekat tepi pantai" kata Yaya pula
"Kau nak pergi sana untuk ceriakan hati kak Lynna semula ke?"
"Mungkin tak" jawab Fang kepada pertanyaan Boboiboy tadi "Aku yakin abang aku berjaya ceriakan kak Lynna semula tapi... kalau dia tak berjaya, aku akan ke sana juga dan bantu abang aku! Manalah tahu, dengan bantuan aku, abang aku dapat melamar kak Lynna dengan berjayanya! Dan aku bangga dapat menjadi saksi mereka berdua! MUAHAHAHAHAHAHA!"
"Dey, pagi-pagi lagi kau dah ketawa macam pontianak. Kau kenapa?" muncul Gopal dengan sepotong ice cream
"Yang kau tu, pagi-pagi lagi dah makan ice cream" Fang mula bermasam muka
"Haiyaa... orang pagi-pagi kena makan benda yang berkhasiat maaa" Ying gelengkan kepalanya "Ini tidak, makan ice cream.. macam mana mau bagi perut tu kenyang"
"Ice cream ini berkhasiat dan kenyangkan perut aku apa! Lagipun ice cream ini berperisa strawberry! Berkhasiatlah tu"
"Hmm... apa-apa ajelah kau" Yaya malas hendak melayan karenah Gopal "Karang aku membebel dekat kau, kau pula yang bising. Baik aku sambung ulangkaji daripada membebel dekat kau, yang entah dengar ke tak. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan"
"Sabar ajelah Yaya. Nanti dia kena marah dengan appa dan amma dia, barulah dia nak sedar"
"Hehehe.. elok juga tu Boboiboy" Yaya tergelak sedikit
"Kalau bukan dengan mak dan ayah dia, mesti kena marah dengan Tok Aba.. hahaha... biarkan aje si budak Gopal ni. Nanti lama-lama, baru dia menyesal"
YOU ARE READING
Story about Us
FanfictionCerita ini adalah sambungan dari fanfic Aku Abang, Kau Adik.. Kaizo diberikan cuti berehat setelah dia habis menjalankan misi terpentingnya. Dia tidak teragak-agak untuk pulang ke bumi. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Lynna akan terima dia...