"Apasal hari ni aku nampak si Fang senyum lain macam aje?"
Boboiboy garu-garu kepalanya sambil perhatikan Fang masuk ke dalam kawasan sekolah dengan hati yang gembira. Tiba-tiba kepala dia ditepuk oleh seseorang. Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat siapakah yang menepuk kepalanya tadi. Rupanya Bella yang tepuk. Wajah Bella kelihatan masam seperti biasa
"Kenapa kau tepuk kepala aku?" soal Boboiboy
"Sebab kau macam menghendap orang" balas Bella sambil mengangkat kening sebelah "Kau menghendap si landak goreng ke?"
"Aku bukan menghendaplah. Aku cuma pelik tengok Fang hari ni. Dia happy semacam"
"Ala, kau ni lupa ke atau buat-buat lupa"
"Err.. apa yang aku lupa?" Boboiboy tersengih sedikit
"Si landak goreng tu kan tengah happy sebab dia dan Yaya" jelas Bella dengan nada yang agak cemburu sedikit "Tapi aku tak kisah, asalkan dia tu happy"
"Yer ke?" Boboiboy rasa ragu-ragu dengan kenyataan Bella tadi "Boleh percaya ke ni?"
"Ok fine! Aku rasa macam nak tendang si Fang tu! Biar dia bergolek masuk dalam longkang! MUAHAHAHAHAHA! Aku nak cincang-cincang kebahagian dia tu! MUAHAHAHAHAHAHAHA!"
Pelajar-pelajar lain yang lalu ditepi Bella, terkejut dengan gelakan Bella seperti orang gila. Bella tetap dengan senyuman bangga dia
"Dey, kau ni apasal? Tak hujan, tak ribut, tiba-tiba gelak macam pontianak. Kau nak jadi pengganti Ratu Lily ke?" tegur Gopal yang baru tiba di situ
"Bila masa aku nak jadi pengganti si pontianak tu. Baik aku jadi diri aku sendiri" kata Bella dengan penuh bangga "Rasanya, kalau aku buli si landak tu, mesti aku akan berpuas hati"
"Adeh.. sudah-sudahlah tu Bella. Kita sudah besar panjang, tak kan nak buli si landak tu pulak" Boboiboy tidak tahu mengapa dia tiba-tiba panggil kawan baik dia sendiri landak "Adeh, aku pun dah berjangkit dengan si Lily ni"
"Hehehe.. kau dan Lily, takde apa-apa ke?" Bella tiba-tiba tersenyum sinis kepada Boboiboy
"Ha ah, aku dari hari tu ragu-ragu dengan kau" Gopal mengusap dagunya "Bella, apa kata kita terjah si Boboiboy, biar dia keluarkan segala kebenaran dari mulut dia tu!"
"Wei wei, apasal aku pulak.. aku dan Lily hanya kawan sahaja" kata Boboiboy dengan nada geramnya "Korang tak nak percaya sudah!"
"Hmm... nak percaya tapi.." Bella perhatikan sahaja riak wajah Boboiboy pada ketika itu "Hmmm... macam memang kau bercakap benar tapi tidak mengapa. Benar ke tak benar ke, aku tetap akan musnahkan kebahagian si landak goreng tu! MUAHAHAHAHAHAHAHA!"
"Haiyaaa... lu nak jadi pontianak di siang hari kaa?" muncul pula Ying kali ini
"Mana adalah!" marah Bella "Aku cuba nak test ketawa macam orang jahat aje.. hehehehe"
"Yelah tu, takdenya macam orang jahat tapi macam hantu pontianak adalah!" kata Gopal "Dey, sekarang ni kita nak berdiri dekat sini aje ke?"
Mereka semua pandang satu sama lain. Bella tersengih lebar dan terus beredar dari situ. Boboiboy rasa lega sedikit kerana mereka tidak bertanyakan lagi tentang hubungan dia dan Lily. Sudah tentu dia dan Lily hanyalah sahabat baik sahaja. Tiada apa yang mereka perlu sembunyikan
"Apasal dengan si Bella tadi tu?"
"Biasalah tu Ying, cemburu" balas Boboiboy
"Haiyaa.. cemburu pasal si Fang dengan Yaya ka? Apalah si Bella ni, itu pun nak cemburu"
"Dey, kau tahukan dari dulu dia minat dekat Fang tapi cuma Fang aje takde hati dekat si Bella tu"
"Aku tahulah, Gopal" marah Ying sedikit "Lama betul dia suka dekat Fang semenjak dari form 1 lagi. Apalah dia nampak dekat rambut cacak tu"
YOU ARE READING
Story about Us
FanfictionCerita ini adalah sambungan dari fanfic Aku Abang, Kau Adik.. Kaizo diberikan cuti berehat setelah dia habis menjalankan misi terpentingnya. Dia tidak teragak-agak untuk pulang ke bumi. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Lynna akan terima dia...