Racun

665 40 20
                                    

Kaizo terasa sedikit pening. Dia telah meminta izin dari Tok Aba untuk pulang ke rumah. Semenjak gadis yang bernama Pandora itu beredar pergi dari kedai Tok Aba, kepala Kaizo mula rasa pening. Dia tidak dapat berikan perhatian dengan sepenuhnya di kedai tersebut. Lalu Tok Aba menyuruh Ochobot pergi temankan Kaizo pulang ke rumah. Dia takut jikalau terjadi apa-apa pada diri Kaizo

"Kapten Kaizo ok tak?" soal Ochobot dengan nada kerisauannya

"Aku.." Kaizo mula memicit dahinya "Rasa macam nak muntah"

"Kapten Kaizo buat apa sampai jadi pening macam ni?"

"Entahlah" Kaizo tidak dapat berfikir dengan tenang. Pergerakan kaki dia terhuyung-hayang sedikit "Aku tak pasti tapi kau jangan beritahu Lynna atau sesiapa pun"

"Baik Kapten Kaizo" kata Ochobot "Tapi saya takut pula nanti Tok Aba yang beritahu dia nanti"

"Hmm... aku berharap Tok Aba dapat rahsiakan ataupun Lynna tidak dapat datang ke sini"

"Kenapa Kapten Kaizo tak mahu beritahu Lynna?"

"Kerana aku tidak mahu dia risau. Lagipun aku pening sahaja" Kaizo cuba hendak senyum sedikit tetapi gagal "Terima kasih kerana temankan aku"

"Sama-sama" kata Ochobot "Ini pun Tok Aba yang suruh sebab dia tak nak Kapten Kaizo tiba-tiba pengsan dekat tengah jalan"

"Aku patut berterima kasih kepada Tok Aba kerana dia yang berikan aku peluang bekerja di kedainya kerana dia tidak mahu aku duduk sahaja di rumah atau merayap ke sana sini dan mengharapkan Lynna sahaja. Tok Aba memang mengambil berat tentang diri aku"

"Tok Aba memang baik" kata Ochobot lagi "Dia memang sayangkan semua orang. Saya dekat sini pun cukup bertuah dapat membantu Tok Aba sementara ketiadaan Boboiboy. Oh yea... Kapten Kaizo.."

"Kau nak tanya aku apa-apa ke?"

"Tak cuma saya tadi rasa pelik dengan pelanggan yang bernama Pandora tu. Dia asyik perhatikan Kapten Kaizo sahaja. Mungkin dia tidak pernah nampak orang lain sekacak Kapten Kaizo kot"

"Jangan mengarut" kata Kaizo "Selepas sahaja dia pergi, kepala aku terus pening secara tiba-tiba. Lagipun tadi aku tidak banyak sangat buat kerja. Ini mesti ada sesuatu tentang gadis tadi tu"

"Kapten Kaizo nak siasat ke nanti?"

"Yea" Kaizo angguk kepalanya. Dia dan Ochobot belok ke kanan "Rumah aku di hadapan sana sahaja. Kau boleh balik ke kedai"

"Tapi.."

"Takpe, aku boleh jaga diri aku sendiri" kata Kaizo "Kalau ada apa-apa yang berlaku dengan diri aku, aku akan hubungi kau secepat mungkin ataupun aku hubungi adik aku sendiri"

"Baiklah. Jaga diri elok-elok, Kapten Kaizo"

Kaizo melihat Ochobot terbang pergi sehingga robot bulat itu hilang dari pandanganya. Kepala Kaizo masih lagi pening tetapi dia kuatkan diri dan terus mara ke depan. Rumah dia tidak berapa jauh dari situ. Selangkah demi selangkah dia berjalan dengan penuh hati-hati. Tekak dia mula rasa mual tetapi dia menahankan dirinya daripada muntah. Kalau boleh, dia mahu baring di tepi jalan kerana permandangan dia kini menjadi pusing sedikit. Lalu dia duduk di tepi pagar rumah orang sambil memicit dahinya. Entah kenapa, makin lama makin pening kepala dia. Bagaikan dunia ini berpusing dengan pantas

"Kamu ok?" datang satu suara yang baru dia dengar sebentar tadi

"Aku ok" balas Kaizo tanpa melihat siapakah yang bertanya itu "Aku cuma perlu berehat sebentar sahaja"

"Minumlah air ni, mungkin dapat legakan diri tu" Orang itu menghulurkan sebotol air kepada Kaizo "Minumlah"

Kaizo melihat botol itu. Ianya botol biasa sahaja. Botol berwarna merah tetapi air di dalam botol itu, membuatkan Kaizo tidak mahu meminumnya. Lalu dia mendongak sedikit untuk melihat siapakah yang berikan air itu

Story about UsWhere stories live. Discover now