Donut lobak merah Fang terlepas dari tangan dia secara tidak langsung. Donut itu jatuh di atas permukaan bumi bersama dengan air mata dari sang anak kecil itu. Hati dia dapat merasakan bahawa abang dia dalam bahaya. Kawan-kawan dan juga sepupu dia tidak sedar dengan kesedihan di air mukanya. Mereka terlalu sibuk bermain kejar-mengejar di sekitar taman bunga. Kidi telah membawa mereka di situ untuk bermain dan juga berkelah
"Abang" bisik Fang "Abang.."
"Fang.. kamu ok ke?" Kidi mula menyedari nada sedih dari sang anak kecil itu
"Mana abang? Fang mula mencari abang dia "ABANG! ABANG DEKAT MANA?" Dia bangun dan terus melihat sekeliling dia "ABANGGG!" jerit dia sekuat hati
Boboiboy dan kawan-kawan dia terus berhenti bermain. Mereka melihat Fang menjerit-jerit nama abangnya. Lily mula menangis kerana tidak tahan melihat kesedihan Fang
"Aik, Lily pun menangis sekali?"
"Yelah Gopal. Lily sedih sebab landak tengah sedih" Lily mengesat air matanya "Landak cari abang itik dia tapi... mana abang itik dia? Kasihan landak"
"Kita sama-sama cari abang dia" kata Boboiboy "Lagi ramai, lagi cepat jumpa"
Mereka angguk kepala satu sama lain. Lalu mereka pergi mencari Kaizo di sekitar taman itu. Fang menangis sambil mencari abang dia di sebalik pokok, di celah-celah pokok-pokok renek di dalam pelbagai bentuk, merata-rata tempat di pergi mencari. Kidi rasa kasihan dengan si kecil itu
"Fang.. abang kamu pergi kerja sekejap"
"Kerja?" Fang berhenti mencari abangnya "Abang ada kerja apa? Kenapa abang tak beritahu adik? Abang tak suka dekat adik ke?"
"Kenapa cakap begitu. Dia suka adik dia yang comel dan nakal ni" Kidi mengambil sebiji donut lobak merah dari bakul makanan. Lalu dia berjalan ke arah Fang untuk berikan donut itu "Dia cakap, kalau Fang cari dia, abang kena bagi donut ni supaya kamu tak rasa sedih"
"Betul ke?"
"Betul" Kidi hulurkan donut itu kepada Fang "Makanlah.. jangan bersedih lagi"
"Tapi.." Fang mengambil donut itu dengan kepalanya tertunduk ke bawah "Siapa nak jaga saya kalau abang dah takde? Saya takde ibu, takde ayah.. kalau abang dah takde, nanti saya tinggal sorang"
"Jangan risau, saya boleh jaga kamu" Kidi melutut di hadapan Fang sambil mengusap kepala si anak kecil itu "Kamu tidak akan keseorangan. Fang masih ada keluarga lagi. Atuk dan nenek kamu. Faye pun ada lagi. Kawan-kawan kamu pun sudah seperti keluarga kamu sendiri"
Fang gigit donut itu sedikit demi sedikit. Kepala dia angguk sahaja dengan setelah dia dengar kata-kata dari Kidi tadi. Fang mahu senyum sedikit tetapi hati dia tidak mahu mengukir sebuah senyuman itu. Air mata dia masih lagi mengalir keluar
"FANG!" panggil Boboiboy "FANG!"
"LANDAK!" panggil pula Lily kali ini "KAMI DAH JUMPA ABANG LANDAK!"
"ABANG?!" Fang menoleh kebelakang dengan sebuah senyuman "Mana abang?"
"INI DIA!" Lily angkat tangan dia kedepan dan tunjukkan seekor anak itik kepada Fang "ABANG ITIK! Itik gebu-gebas!"
Fang melemparkan donut lobak merah dia ke arah kepala Lily. Kuasa bayang dia mula timbul dan tiba-tiba sahaja, dia menjerit dan menangis di situ. Lalu dia mengamuk sehingga dia mengeluarkan harimau bayang untuk menerkam Lily. Anak itik mula berbunyi bising kerana takut melihat harimau bayang itu. Ibu itik yang berada di belakang Lily, mula menyerang sang harimau bayang
"Wuuuuu... ibu itik sangat berani" kata Lily
"Fang! Ja-janganlah mengamuk. Lily main-main aje tu" pujuk Yaya "Kita cari abang kau lagi ok.. mungkin dia tengah sorok dekat tempat lain"
YOU ARE READING
Story about Us
FanfictionCerita ini adalah sambungan dari fanfic Aku Abang, Kau Adik.. Kaizo diberikan cuti berehat setelah dia habis menjalankan misi terpentingnya. Dia tidak teragak-agak untuk pulang ke bumi. Apa yang akan terjadi seterusnya? Adakah Lynna akan terima dia...