PAANGG!!
Lima jari Tiara melekat di pipi Azhar. Terherot-herot bibir Azhar menahan sakit.
"Tu makanan kita kot! Hormat la sikit! Orang nak buat makanan, kau sibuk nak tabur benih. Kau nak hilangkan selera aku ke apa? TONGONG! Buat kerja tu cepat la sikit!" Tiara mendengus geram.
Bagaikan terkena nasi kangkang, Azhar menurut saja arahan Tiara. Dali memperkemas pegangannya pada kedua-dua kaki Jannah yang sekali-kali bergerak-gerak. Masih ada daya untuk melawan. Tali yang diikat pada kaki Jannah telahpun dibuka. Azhar mengangkat tinggi parang di tangannya. Mata Jannah membeliak. Kepalanya tergeleng-geleng, tanda dia tidak rela.
"Uumm! Uuufff!!"
"WOI! JANGAAANNN!!!" Aku meraung waktu aku pasti parang itu mahu diacu pada lutut Jannah.
TAKK! CAKK!!
Raungan aku tadi langsung tak diendah. Bunyi tetakan disertai dengan visual ngeri yang terpampang depan mata. Lutut kanan Jannah sudah terpisah dari badan. Jannah menggelepar bagai ikan yang dibawa naik dari air. Darah merah memercik mengenai lantai dan baju mereka. Setiap kali Jannah meronta, makin merembes darah dari lututnya itu. Tiara memandang tepat ke mataku, tersenyum mengejek.
"Enjoy the view. Lepas ni kau pulak," katanya, sebelum dia meminta duct tape dengan Azhar. Dipotong sebaris duct tape itu. Tangannya membelai-belai pipiku, sebelum ditampar kuat. Terpejam mata menahan sakit. Aku merasa duct tape itu cepat-cepat ditekup ke mulut. Dali dan Azhar tergelak melihat keadaan Jannah. Sudah hilang langsungkah ihsan dalam hati mereka?
Sekali lagi parang diangkat ke udara. Bunyi tetakan yang terbit membuat aku rasa ngeri. Rasa bersalah yang menggunung ini, aku tahu tidak akan mampu memutar balik waktu.
"UUUFF!! UUGGHH!! AAAARRRGHHHH!!!! WAAAARRGHHHH!!"
Begitu kuat raungannya sampaikan tertanggal duct tape yang menutup mulutnya tadi. Sekali lagi aku melihat mereka bertiga ketawa. Suara jeritan Jannah bagaikan menggeletek hati mereka. Membuat mereka tersengih dan ketawa.
Tali yang diikat pada tangan Jannah, dipotong pakai parang yang sudah berlumur dengan darah. Rontaannya makin lemah. Tiara beredar dari duduknya di tepi aku, menghampiri Jannah yang sudah terkulai. Dua belah kaki separas lutut yang telah bercerai dari badan itu, dicapainya dan dibawa keluar dari ruangan ini.
"Korang kasi habis la dia. Aku nak siang kaki ni dulu." Sayup-sayup suara Tiara dari balik pintu.
Tak semena-mena Jannah memukul-mukul pinggang Azhar. Semuanya bagai tidak menyangka Jannah masih ada kekuatan sebanyak itu. Sampaikan pipi Dali pun terpaksa makan penampar dari Jannah waktu cuba meleraikan pukulan Jannah. Namun hentakan belakang parang pada dahi Jannah membuat Jannah terkelip-kelip mata, terkulai semula. Kini matanya terlihat sayu memandang tepat pada aku. Aku yang langsung tidak mampu menolong dia.
Mataku pedih. Pedih melihat dia. Terasa basah pelupuk mata. Jatuh juga air darinya.
"ANGKAT DIA DALI! BAWAK KELUAR LETAK ATAS TUNGGUL!"
Dali mengangguk. Tangannya kuat mencengkam paha Jannah. Digalasnya paha itu bagai menggalas guni. Darah yang masih belum kering dari luka lutut, menjejes mengenai bahunya. Dua bilah parang di lantai dicapai Azhar dan dibawa keluar.
Dalam keadaan Jannah yang kepalanya di bawah, matanya masih melihat aku. Aku tidak faham apa yang dia cuba sampaikan.
"AAAARGHHH!!" Tiba-tiba Jannah melaung kuat waktu Dali lalu di depan aku. Serentak itu, Jannah membaling sesuatu, jatuh dalam riba aku.
Dali tidak mengendahkan semua itu. Tetap saja dibawa badan Jannah yang tidak lengkap itu keluar dari bilik ini. Tidak aku sangka, Jannah sempat tersenyum memandang aku. Mungkin itu pandangan terakhir dia kepada aku. Tersentap rasa jantung aku, saat aku jatuhkan pandang ke dalam riba. Dua anak kunci yang terikat sekali. Saat ini aku faham atas sebab apa dia melaung kuat tadi. Sebab apa dia tersenyum tadi. Jannah mahu aku berusaha! Jannah mahu aku keluar dari sini!
"Lepas tu, ayah pandang ke serata bilik. Cuba mencari-cari benda untuk potong tali di tangan dan kaki ayah. Ayah jumpa kaca sebesar dua jari, dekat atas lantai tak jauh dari tempat Jannah ditetak. Ayah mengengsot, palingkan badan ke belakang. Dengan dada yang sesak dan cemas, ayah cuba juga capai kaca tu dan potong tali. Masa terasa berdetik begitu lama. Berpeluh-peluh dahi. Sesekali tangan terhiris dengan kaca. Tapi ayah kuatkan juga hati ni, cuba sampai boleh."
Anakku yang duduk bersila di depan, sampai terbuka mulutnya. Leka mendengar cerita dari aku.
"Dengan pengorbanan Jannah lah, ayah dapat hidup sampai sekarang. Dengan kunci tu lah ayah dapat buka pintu bilik dan menyelinap ke pintu belakang rumah buruk tu. Waktu mereka semua leka menyiang daging Jannah. Kalau tak kerana itu, ayah tak berada depan kamu macam ni, bercerita dengan kamu tentang semua ni."
"Wah, dahsyatnya imaginasi ayah! Nanti Leez masukkan dalam cerpen tau. Terima kasih bagi idea dekat Leez."
Tersengih gembira anakku sebaik aku habis bercerita. Mataku mengikut langkahnya yang kini beredar ke bilik. Mungkin dia mahu sambung menaip di komputer ribanya.
Dia tidak tahu bahawa apa yang aku ceritakan tadi, bukanlah sekadar imaginasi. Semuanya tersimpan kemas dalam ingatan aku. Waktu aku berjaya keluar dari hutan itu, aku berlari ke rumah yang paling hampir. Berdentam pintunya aku ketuk meminta bantuan. Keluar seorang pakcik tua. Dialah yang terus membawa aku membuat laporan polis. Yang seterusnya membawa kepada penangkapan tiga sekawan itu. Disebabkan trauma kejadian itu, kira-kira setahun aku terpaksa menginap di wad psikiatri. Kemurungan yang teruk. Segala yang berlaku pada Jannah juga tidak mampu aku lupakan terus. Aku hidup dalam ketakutan.
Walau tiga jahanam itu tertangkap, sampai sekarang... Trauma itu masih ada.
TAMAT
YOU ARE READING
KELAM
Short StoryHimpunan cerpen thriller dan seram yang pernah tersiar di page Facebook dan yang aku siar di akaun Facebook peribadi. Segala rasa trauma, fobia, jijik, geli, takut, loya, terbayang-bayang dan segala macam adalah atas tanggungan korang sendiri. Nak b...