"Hyunjung, bangun" Satu tepukan lembut pada bahu gadis itu berjaya membuatkannya terjaga. Hyunjung mencelikkan mata. Figura seorang lelaki berkemeja putih membuatkan dia perlahan-lahan bangun dari posisi membaring.
"Abang.."
"Lapar?" Hyunjung mengangguk kecil. Hoseok tersenyum nipis lalu dia menyelongkar sesuatu dari dalam beg plastik di sisi kakinya.
"Abang ada belikan makanan ni. Makanlah" Bekas makanan berisi nasi goreng kimchi diberikan kepada adik perempuannya itu. Hyunjung pantas mengambil lalu dibuka penutupnya. Bibirnya mengukir senyuman lebar sebaik sahaja melihat nasi goreng yang masih panas mengeluarkan haba.
Hoseok memerhatikan gelagatnya. Tangannya bergerak mengusap kepala Hyunjung dengan lembut tatkala gadis itu khusyuk makan. Matanya beralih pula ke arah pergelangan kaki kanan Hyunjung.
Perit hatinya apabila melihat rantai besi yang berkarat mengunci pergelangan kaki kecil itu. Tangan yang mengusap kepala Hyunjung kini beralih mengusap pergelangan kaki tadi.
"Sakit?" soalnya. Hyunjung mengangguk perlahan dan kembali mengunyah makanannya. Hoseok menggemam bibirnya. Air mata mula bertakung pada tubir.
Hati abang mana tidak sedih melihat nasib yang menimpa adik sendiri? Hyunjung dirantai selama 9 tahun dan dikurung di dalam bilik tingkat paling atas oleh ibu mereka sendiri dengan alasan yang tak munasabah sama sekali iaitu Tuan Jung meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan Hyunjung yang hampir lemas di sungai. Tambahan lagi, ketika Hyunjung berumur 12 tahun dia sering dicemuh sebagai anak pembawa malang oleh jiran-jiran kerana banyak menimbulkan banyak masalah.
Walhal dia dituduh namun Puan Jung lebih mempercayai kata-kata orang sekeliling dan membuat keputusan untuk merantai dan mengurung Hyunjung di dalam bilik. Berkali-kali Hoseok merayu agar membebaskannya tetapi gagal. Makan minum gadis itu tidak terapi sama sekali.
"Abang bagi anjing tu makan?" Satu suara dari daun pintu yang kini terbuka luas membuatkan Hoseok dan Hyunjung mengangkat kepala. Seorang gadis yang mengenakan gaun merah ketat dan jaket berbulu sedang bersandar pada pintu sambil meniup kukunya.
"Jaga bahasa kau, Jung Hyujin. Dia kakak kau " kata Hoseok dengan tegas. Hyujin tergelak sinis apabila mendengar perkataan kakak.
"Hyu tak pernah ada kakak. Tak akan pernah ada" Sejurus sahaja dia menutur ayat tersebut dalam nada sinis, Hyujin terus beredar sebelum sempat Hoseok membalas.
Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia memandang Hyunjung yang menunduk. Nasi goreng yang masih berbaki tidak diusik lagi.
"Hei, kenapa tak makan lagi?" Lembut suara Hoseok bertutur. Dia tahu Hyunjung rasa sedih mendengar kata-kata Hyujin. Budak itu memang biadap!
"Jung dah kenyang.." Bekas tadi ditolak perlahan dan dia kembali berbaring di atas katil.
"Kalau Jung nak apa-apa, bagitahu abang eah?" pesan Hoseok. Hyunjung tidak menjawab malah gadis itu kembali memejamkan matanya. Hoseok tersenyum lemah. Ubun-ubun kepala Hyunjung dikucup sekilas sebelum dia turun dari katil itu.
Sebelum dia menutup pintu bilik Hyunjung, telinganya menangkap bunyi esakan kecil. Hoseok menoleh. Hyunjung masih memejamkan mata namun lelaki itu dapat melihat dengan jelas air mata yang mengalir di cerun pipinya.
"Bersabarlah, Jung. Abang akan bebaskan Jung tak lama lagi.."
█████
Senyap. Hanya bunyi lagaan sudu dan pinggan sahaja kedengaran. Puan Kim meletakkan sudu ke tepi dan memandang anak sulungnya yang duduk berhadapan dengannya.
"Macam mana dengan perkembangan persiapan majlis perkahwinan kamu, Seokjin?" soalnya memecahkan kesunyian waktu makan malam. Seokjin tersenyum sambil memandang Puan Kim sekilas.
" So far so good, ma " balasnya. Puan Kim tersenyum suka. Dia kembali memegang sudunya dan menguis nasi putih di atas pinggannya.
"Cepat-cepatlah dapatkan cucu untuk mama. Mama tak sabar nak timbang cucu ni.." pintanya. Seokjin tergelak kecil manakala Tuan Kim pula menggeleng.
"Baiklah, ma. Mama cakaplah nak berapa nanti Seokjin buat dengan Soojung"
"Abang jangan buat dengan kerap sudah. Mahunya lari rumah kak Soojung nanti" kata Taehyung yang dari tadi tidak bersuara.
"Kau nasihatkanlah abang kau ni pun tak guna. Nafsu kuda katakan.." usik Tuan Kim. Seokjin sudah menarik muka masam. Tuan Kim dan Taehyung memang suka berpakat usik dia.
"Hm Tae, kau bila lagi nak kahwin?"
"Uhuks! " Taehyung yang baru sahaja menghirup air, tersedak sebaik sahaja Puan Kim. Seokjin memukul perlahan belakang badan Taehyung sambil menahan tawanya dari terhambur.
"Ish awak ni. Dah tak ada soalan lain ke nak tanya? Mati tersedak anak awak nanti karang" tegur Tuan Kim.
"Bukannya apa. Ramai kawan saya tanya bila anak awak seorang ni nak kahwin. Kalau Tae belum ada calonnya, saya boleh kenankan dia dengan anak kawan saya ni" kata Puan Kim. Taehyung memandang ke arahnya. Dia mendengus perlahan.
"Kalau anak kawan mama tu jenis tak cukup kain, gedik dan seangkatan dengannya maaflah Tae tak akan terima dia" Mendatar nada lelaki berambut perang gelap itu bertutur. Hal perkahwinan ini bukanlah suatu perkara yang boleh dibawa gurau.
"Maksudnya kalau anak kawan mama ni bukan jenis yang Tae katakan tu, Tae setujulah nak kahwin dengan dia?" Terukir senyuman pada bibir wanita berusia itu. Bersinar-sinar mata Puan Kim memandang anak bongsunya yang tampaknya memberikan respon yang positif.
"Hmm... depends... Mama jangan berharap sangat pula yang Tae akan terima terus" kata Taehyung. Dia kalau boleh tidak mahu mengecewakan kedua ibu bapanya. Sudahlah dia memang memilih bab mencari calon isteri.
"Mama yakin Tae akan terima calon kali ini" balas Puan Kim masih dengan senyuman yang tidak pernah pudar. Tuan Kim pula hanya menggeleng sambil tersenyum kecil. Ada-ada sahaja rancangan isterinya nak dapatkan menantu merangkap isteri kepada Taehyung.
YOU ARE READING
CHAINED ANGEL ft KTH ✔
Фанфик❝Kahwin dengan saya.❞ started : 28 January 2019 ended : 02 July 2019