|| B21

2.3K 216 18
                                    

Boram mengelus perlahan pipi Jimin. Lelaki itu kini sedang tidur di sebelahnya setelah hampir 5 jam menjaganya. Rambut hitam Jimin diselak lembut ke belakang.

Jimin berkerut sedikit dan Boram pantas menepuk lengannya dengan perlahan. Jimin celikkan mata dan dia bertentang mata dengan Boram.

"Saya buat awak terjaga?" soal Boram. Jimin menggeleng. Dia bergerak mendekati Boram dan memeluk pinggang gadis itu dengan erat. Mukanya pula disebam pada ceruk leher Boram.

"Saya risau sangat bila tengok awak lemah. Saya rasa tak berguna sebab gagal nak lindungi awak" kata Jimin. Boram diam. Dia memilih untuk mendengar luahan Jimin. Jari-jemarinya bermain dengan rambut suaminya.

"Lepas ni, saya akan pastikan Jungkook tak dapat dekat dengan awak. Saya tak nak terjadi apa-apa yang buruk terhadap awak" sambung Jimin. Boram hanya mengangguk. Jimin menjauhkan mukanya dari ceruk leher Boram dan menarik tangan Boram yang melekap pada lengannya. Dia genggam tangan Boram dengan erat dan kemas.

"Saya sayangkan awak" Luahan Jimin yang mengejut buatkan Boram tergelak kecil. Berkerut dahi Jimin. Dia serius meluahkan perasaannya, boleh pula isterinya gelak?

"Kenapa gelak?" tanyanya. Boram menggeleng. Muka Jimin dicekup dan dahi Jimin dicium lama. Jimin pula pejamkan mata sebelum kembali dicelik apabila Boram leraikan ciumannya.

" Cheesy , Park Jimin. Meremang bulu roma saya dengar" bisik Boram dengan tawa yang masih bersisa. Jimin menarik muka masam. Kali ini dia cekup muka Boram dan mencium bibirnya. Lama ciuman mereka bertaut dan Jimin leraikannya.

"Kalau dengan kata-kata buat awak rasa cheesy, saya buat dengan tindakan" Jimin tersenyum penuh makna. Boram memukul dada Jimin dan lelaki itu merintih kesakitan. Dia menukar posisi baringnya dan menghadap ke arah bertentangan. Tawa Jimin kedengaran.

Lelaki itu menghapuskan jarak antara mereka dan memeluk Boram dari belakang. Baju shirt milik Jimin yang dipakai oleh Boram diselak dan tangan Jimin melekap pada kulit badannya. Laju Boram memukul tangan Jimin.

"Jangan macam-macam, Jimin. Nanti masuk berita 'seorang suami pengsan dibelasah oleh isterinya yang mengandung' , ha naya" ugut Boram. Jimin tergelak lagi. Dia cium bahu Boram sekilas.

"Garangnya isteri saya ni. Rasa nak usik lagi"

"Tidur, Park Jimin. Sebelum awak ditidurkan" Jimin hanya tersengih. Dia bergerak sedikit mencari posisi yang selesa. Baru sahaja hendak melelapkan mata, telefonnya berdering.

Jimin alihkan tangannya dari pinggang Boram dan mencapai telefonnya.

"Helo, Tae?"

"Jimin, jumpa aku kat tempat biasa"

Jimin mengerut dahinya. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, Taehyung sudah memberitahu sesuatu yang buatkan dia menoleh memandang Boram yang merenung dirinya.

"Kenapa dia perlu ada kat sini?" soal Jimin. Matanya tajam memandang Jungkook yang duduk di hadapannya. Tangannya yang menggenggam tangan Boram dipereratkan lagi. Insecure.

"Sebab dia yang boleh bantu kita, Jimin" balas Taehyung dengan tenang. Jimin tergelak sinis. Dia alihkan matanya ke arah Taehyung yang duduk di antara Jungkook dan Hyunjung. Hoseok yang turut ada hanya berdiam diri.

"Bantu? Jeon Jungkook nak bantu kita? Are you kidding me? "

"Park Jimin"

"Dia dah bahayakan nyawa isteri aku, Tae! Isteri kau pun terbabit sama sebab adik dia! Nak harapkan bantuan apa lagi daripada dia?!" Jimin berdiri. Mukanya merona merah. Effect marah gamaknya.

"Dengar dulu, Jimin. Jangan terlalu ikutkan perasaan, boleh?" Tegas nada Taehyung bersuara. Dia penat dengan sikap Jimin yang terlalu mengikutkan perasaan. Boram menyentuh lengan kekar milik Jimin dan Jimin memandang Boram yang menganggukkan kepala.

Jimin mengeluh dan kembali duduk. "Apa objektif kita berkumpul kat sini?"
Taehyung tersenyum nipis. Akhirnya Jimin mengalah.

"Kita kena tangkap Bella sebelum dia berjaya laksanakan rancangannya" ujarnya.

"Macam mana?" tanya Hoseok. Dia mengusap dagunya. Sesi penangkapan ini bukan perkara mudah. Nak melapor kepada pihak polis pun harus ada bukti terlebih dahulu.

"Boram, Puan Jung, Hyujin dan Hyujin boleh jadi bukti" sahut Jungkook. Mereka yang lain mengangguk kepala. Setuju dengan jawapan Jungkook. Taehyung yang masih memikirkan sesuatu terus memandang Jungkook di sebelahnya.

"Tapi, itu bermakna..kau pun akan ditangkap sebab bersubahat" Jungkook tersenyum tawar. Dia kerling Boram sekilas.

"Asalkan nyawa dia tak terancam, aku sanggup"



Bella meniup kukunya yang baru sahaja dirias. Kaki disilang dan belakang badan disandar pada badan sofa. Gambar perkahwinan Taehyung dan Hyunjung di atas meja dipandang. Hujung bibirnya terangkat.

Dia capai gambar tersebut dan dikoyakkan kepada dua cebisan.

"Say goodbye to your Hyunjung, my baby" gumamnya perlahan.

Tok ! Tok!

Bunyi ketukan pada pintu kedengaran. Bella mengguling anak matanya. Gambar yang menjadi cebisan tadi dibaling ke belakang.

"Lee Do, tolong bukakan pintu!" arahnya.

Tok ! Tok !

Pintunya masih diketuk. Bella mendengus geram. Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju pintu utama. Dalam hati, dia menyumpah seranah Lee Do yang tidak mendengar arahannya.

"Siapa yang kacau aku ni?!" Tombol pintu dipulas dan daun pintu dibuka.

"Cik Jeon Bella, anda ditangkap atas penculikan Puan Jung dan anak-anaknya dan percubaan untuk membunuh Puan Park Boram" Mata Bella membulat. Di hadapannya, berdiri dua pegawai polis di mana salah seorang daripada mereka menunjukkan surat warannya.

Bella mengawal reaksi mukanya. Dia ukirkan senyuman palsu.

"Apa maksud encik? Saya tak faham. Jangan tuduh yang bukan-bukan, encik" balasnya.

"Kami sudah mendapat keterangan daripada beberapa pihak termasuk abang cik, Jeon Jungkook dan orang suruhan cik, Lee Do. Sekarang, cik harus ikut kami ke balai untuk siasatan" Tangan Bella ditarik dan digari buatkan gadis itu menjerit.

"Tak! Aku tak bersalahlah! Ergh, lepas! Jeon Jungkook! Tak guna!"

Keadaan di luar balai polis menjadi riuh sebaik sahaja kereta yang membawa Bella sampai di destinasi.

"Lepaskan akulah! Tak guna! Aku tak bersalah! Ni semua salah perempuan jalang tu! Hyunjung tak guna!" Bella meronta.

Taehyung menekup telinga Hyunjung. Matanya memandang tajam figura Bella yang diheret keluar dari perut kereta. Dengan rambut yang kusut dan mekapnya yang comot kerana air mata, Bella terlihat persis orang hilang waras.

"Hyunjung!" Nama Hyunjung dilaung sebaik sahaja Bella terpandang Taehyung bersama Hyunjung.

"Aku akan pastikan kau berdua tak akan bahagia! Kau milik aku, Kim Taehyung!" jeritnya. Taehyung alihkan pandangannya dan mendakap Hyunjung dengan erat. Bella jadi makin bengang. Pegawai polis yang sedang memegang tangannya ditolak kasar dan Bella pantas menarik pistol yang terselit pada bahagian pinggang polis tersebut.

Bella mengacukan muncung pistol tepat ke arah Hyunjung dan tanpa ragu-ragu picu ditarik. Taehyung yang menyedari tindakan Bella terus memusingkan badannya sambil memerut erat Hyunjung dalam dakapannya. Mata dipejam erat.













Bang!















Bang !

CHAINED ANGEL ft KTH ✔Where stories live. Discover now