2 TAHUN KEMUDIAN..
Cinta tak semestinya wujud sebelum perkahwinan. Perasaan cinta boleh dipupuk jika ada usaha antara dua individu. Tahu ayat ini nampak cringe . Trust me, penulis sendiri pun naik meremang nak taip benda ni.
"Kim Hyunjung!"
Hyunjung menoleh. Dia yang sedang duduk mencangkung sambil mengusap belakang badan Yeontan si anak anjing itu terus berdiri dengan senyuman pada mukanya. Dia hanya memerhatikan figura yang sedang berjalan ke arahnya.
"Berapa kali saya dah pesan? Kalau dah bangun, kejutkan saya sekali" Taehyung membebel. Pinggang Hyunjung dipeluk dan ditarik hinggakan badan mereka bercantum antara satu sama lain.
"Saya tengok awak tidur lena sangat. Tak sampai hati nak kejutkan. Lagipun, muka awak nampak kacak masa tengah tidur" balas Hyunjung. Makin hari, makin manis kata-kata yang keluar dari mulut Hyunjung. Taehyung pula yang makin terseksa mendengarnya. Terseksa in a good way.
Taehyung dekatkan muka dan dahinya didaratkan pada dahi Hyunjung. Anak mata Hyunjung direnung dalam.
" I love you, Kim Hyunjung "
Hyunjung senyum. Leher Taehyung dirangkul dan dia satukan bibir mereka berdua.
Itu balasannya terhadap luahan Taehyung.
ㅡ
ㅡ
2 TAHUN YANG LALU.
Bang !
Bang !
Bunyi tembakan kedengaran sangat jelas. Hyunjung terkaku. Taehyung pula masih memejamkan mata. Badan Taehyung ditolak perlahan menjauhinya tetapi kedua lengan lelaki itu masih dipegang erat.
"T-Taehyung, awak..."
Taehyung menggeleng kepala. Dia ukirkan senyuman pahit.
"Hyunjung..saya nak awak tahu yang...s-saya sayangkan awak.." Tersekat-sekat suara Taehyung memberi kata-kata terakhir. Hyunjung masih membisu. Tiada tanda hendak menangis mahupun meraung.
"H-Hyunjung.."
"Tae, awak tak kena tembak.." Terus tercelik mata Taehyung. Dia menunduk memandang badannya. Tiada kesan tembakan atau darah. Taehyung terus menoleh ke belakang.
Bella terbaring lemah di tanah. Rupa-rupanya, dia sudah ditembak dari belakang oleh salah seorang pegawai polis yang menahannya tadi.
Taehyung kembali memandang Hyunjung yang menggemam bibirnya. Gadis itu sedang menahan gelaknya.
"Nak gelak eh?" Soalan Taehyung dibalas dengan gelengan. Hyunjung masih cuba menahan diri daripada tertawa.
"Betul?" Taehyung mengecilkan matanya memandang Hyunjung. Hyunjung menekup mulutnya. Bahunya menggeletar. Taehyung mengeluh malu. Muka dipaling ke arah lain.
"J-Jom buat penerangan" Tangan Hyunjung ditarik, cuba menukar topik. Hyunjung pula hanya mengekori dari belakang.
ㅡ
ㅡ
MASA KINI [ haih , nampak serabut en ]
Kini, Hyunjung dan Taehyung hidup bahagia dengan seorang anak lelaki yang diberi nama Kim Tae Joon. Hubungan Hyunjung dengan Puan Jung sudah semakin pulih. Tambahan lagi, Puan Jung memang rapat dengan Taejoon.
Hoseok pula masih berstatus solo. Dia lebih fokus kepada kariernya dan itu yang menyebabkan Puan Jung selalu membebel dan menghujani dia dengan soalan 'bila nak bawa balik menantu untuk ibu?' .
Hyujin? Dia masih lagi dengan perangai biadabnya terhadap Hyunjung tetapi tidak seteruk dulu. Dia pantang apabila ada seseorang bercakap buruk pasal kakaknya, mesti dia naik angin.
Boram dan Jimin pula masih menjalani hidup mereka dengan 3 orang anak. Ha, Boram selamat melahirkan anak bongsu mereka Park Jinsol yang merupakan anak perempuan.
Jeon Jungkook.
Lelaki itu sudah menjejak kaki ke luar negara setelah setahun keluar dari penjara. Katanya hendak tukar angin. Dengar cerita, dia sedang bercinta dengan seorang gadis dari luar negara.
Namanya, Kau Army.
ㅡ The End ㅡ
Akhirnya, tamatlah cerita Chained Angel yang hambar dan serabut. Terima kasih kerana menyokong fiksyen ini dan segala salah silap penulis, harap dimaafkan.
Lots of love,
rachel ❤Jumpa di buku yang akan datang // wink wink // dengan konflik yang lagi hebat daripada yang ni. Okay konflik buku ni mengarut chuolls HAHAHA .
Now, off we go!
YOU ARE READING
CHAINED ANGEL ft KTH ✔
Hayran Kurgu❝Kahwin dengan saya.❞ started : 28 January 2019 ended : 02 July 2019