|| B18

2.1K 217 30
                                    

"Mummy!"

Jihee dan Jihun yang baru menjejak ke ruang tamu menjerit apabila melihat ibu mereka, Boram sedang disuntik sesuatu dari belakang oleh seseorang yang memakai pakaian serba hitam. Melihat kedua anak itu, si pelaku itu terus melarikan diri menggunakan pintu belakang dan meninggalkan Boram yang terbaring di atas lantai.

Jimin yang ditahan oleh Taehyung terus berlari mendapatkan isterinya. Jungkook yang lemah tadi terus berdiri dengan payah namun dia kembali terduduk. Taehyung di sisinya hanya memerhati.

"Jangan tengok aku, Tae. Papah aku ke sana. AㅡAku nak tengok Boram" Menggeletar suara Jungkook. Dapat Taehyung lihat ada cecair jernih keluar dari matanya. Mungkin air mata atau air hujan. Taehyung menarik lengan Jungkook dan memapahnya.

Sebaik sahaja tiba di depan pintu rumah, mata Jungkook membulat apabila melihat Boram yang terkulai di atas ribaan Jimin. Dia lepaskan diri dari dipapah oleh Taehyung dan berjalan mendekati mereka berdua.

"Boram.."

Jimin mendongak. "Kau rancang ni semua, kan?" Jimin tidak menengking. Dia cuba kawal kemarahannya kerana Jihee dan Jihun ada di sisinya sekarang. Dia tak mahu anak-anaknya melihat dirinya mengganas.

Jungkook menggeleng. Dia membisu. Air matanya makin giat mengalir. Taehyung pula masih memerhati. Takut mereka berdua bakal bergaduh lagi.

"B-Boram.." panggil Jungkook. Dia menghulurkan tangan cuba menyentuh Boram.

"Jangan sentuh mummy!" Jihun laju menepis tangan Jungkook. Jimin pula tidak menyangka anak lelakinya itu akan bertindak sedemikian apatah lagi Jungkook.

"Bawa Boram ke hospital sekarang. Aku dam Hyunjung akan ikut dari belakang. Jungkook ikut aku." bahas Taehyung. Jimin mendukung badan Boram dan membawanya masuk ke dalam kereta. Kemudian, dia kembali dengan payung untuk mendapatkan Jihee dan Jihun.

Taehyung pula memapah Jungkook dan membawanya masuk ke dalam keretanya. Baru sahaja lelaki itu membuka pintu di bahagian pemandu, kelakuannya terhenti apabila perasan kelibat Hyunjung tiada.

"Hyunjung.."

Rancangan diubah. Jimin pergi ke hospital dengan Jihee dan Jihun untuk mendapatkan rawatan segera bagi Boram manakala Taehyung dan Jungkook bergegas ke balai polis.

"Maaf, encik. Masih tidak cukup 24 jam untuk kami mengesahkan bahawa isteri encik hilang" balas salah seorang polis yang bertugas. Taehyung berdecit.

"24 jam? Jadi kau nak aku tunggu 24 jam baru aku terhegeh-hegeh laporkan yang isteri aku hilang? Macam tu?!" Suara Taehyung mula meninggi. Jungkook di belakangnya tidak berani menegurnya.

"Encik, ini balai polis. Tolong bertenang"

"Bertenang? Bullshit! "

"Encik, jaga bahasa!"

"Kalau dalam masa 24 jam tu.." Taehyung memandang tajam kesemua polis-polis yang ada di dalam balai. Nafasnya laju dan tidak teratur.

"..dia dibunuh?" Perlahan dia bergumam. Taehyung tahu di saat ini dia harus berfikiran positif tetapi dia tak dapat halang diri untuk tidak memikirkan perkara-perkara buruk yang berisiko tinggi bakal berlaku kepada Hyunjung dalam masa 24 jam.

Jungkook mengeluh kecil. Dia hanya memandang belakang Taehyung sambil menggemam bibir. Kepala ditunduk.

"Maafkan aku, Tae.."

Kereta serba hitam berhenti di depan sebuah rumah kecil yang usang. Di depan pintu rumah tersebut, ada dua lelaki sedang berkawal. Seorang memegang kayu pemukul besbol dan seorang lagi bermain dengan pemetik apinya.

Mata mereka tertumpu kepada kereta hitam di depan. Pemandu kereta keluar dan berjalan menuju pintu bahagian penumpang.

Dua lelaki tadi saling berpandangan sebelum kembali memandang figura yang keluar dari kereta. Sebaik sahaja figura seorang gadis berkaca mata hitam keluar, automatik mereka berdua berdiri tegak dan menunduk hormat.

Gadis itu menanggalkan kaca mata hitamnya dan diberikan kepada  pemandunya. Kaca mata hitam itu diselit pada kocek sut.

"Kau pasti mereka dah bawa betina tu ke sini, Lee Do?" soalnya. Pemandu bernama Lee Do itu mengangguk.

"Saya pasti, cik muda. Dia sekarang ada di dalam" balasnya. Gadis itu tersenyum suka. Dia pusingkan badan dan memandang Lee Do. Tangan naik dan dilekap pada dada bidang lelaki itu. Dia dekatkan badannya dan mukanya pada sisi muka Lee Do.

Wangian feminin gadis itu menyerbu ronga hidung Lee Do. Anak matanya menggeletar tanda gemuruh tetapi dia cuba kawal perasaan itu agar tidak nampak ketara.

"Aku tahu kau memang boleh diharap, Lee Do" bisik gadis itu lalu menjauhkan diri. Lee Do menelan salivanya. Ah, tak guna! Masa macam ni lah jantung dia berdegup laju.

Gadis itu tergelak kecil apabila perasan Lee Do gemuruh. "Sekarang, bawa aku jumpa dia" arahnya. Lee Do akur dan memulakan langkah. Gadis tersebut mengekori dari belakang. Lee Do menapak dekat dengan dua lelaki tadi.

Hanya dengan mengangguk kepala, dua lelaki itu beralih ke tepi dan salah seorang daripada mereka terus membuka pintu tersebut. Lee Do berganjak ke tepi membolehkan majikannya melihat sesuatu yang dia mahukan. Hujung bibir gadis itu naik mengukir senyuman sinis.


"Selamat datang, Puan Jung dan Hyujin.."

--------------------

sesupris !
Kenal Lee Do?  Hiyakkk bias wa lam Oneus 😋 ehek . ok ok . jumpa di bab seterusnya.  muah cikeddddd  // cringey af //

CHAINED ANGEL ft KTH ✔Where stories live. Discover now