Sudah dua hari Taehyung dan Hyunjung bergelar suami isteri. Hyunjung pula sudah menunjuk beberapa perubahan positif. Jika pertemuan pertama, Hyunjung banyak mendiamkan diri tetapi kini dia mula bersuara walaupun tak lama.
Taehyung menukar siaran televisyen dari SBS ke tvN . Dia mengeluh kecil. Hari ini tiada rancangan televisyen yang menarik. Alat kawalan jauh diletakkan semula ke atas paha. Kepala ditoleh memandang Hyunjung yang sedang tidur dengan kepalanya disandar pada bahu Taehyung.
Dengkuran halus Hyunjung kedengaran. Taehyung senyum. Kepala Hyunjung dikecup lama. Mata dipejam. Bauan wangi rambut isterinya dihidu. Jantungnya berdegup kencang. Makin jatuh cinta dia dengan Hyunjung walaupun baru berkenalan.
Ding dong !
" Abang! " Hyunjung mengangkat kepalanya secara mengejut buatkan bahagian hidung dan bibir Taehyung terhantuk dengan kepalanya.
"Argh!" Taehyung menekup bibir dan hidungnya. Dia meringis kesakitan.
"T-Taehyung, awak tak apa-apa?" soal Hyunjung. Kepalanya yang berdenyut kesakitan kerana hentakan tadi tidak diendahkan. Taehyung hanya mengangguk.
"Pergi bukakan pintu untuk abang awak" katanya. Dia masih menahan rasa sakit yang menyerang bahagian hidung dan mulutnya. Hyunjung teragak-agak untuk pergi namun bila teringat Hoseok sedang menunggu di luar, dia pergi juga untuk membuka pintu.
Terbuka sahaja pintu utama, figura Hoseok berdiri di hadapannya menyapa pandangan.
"Jung-ah!"
"Abang!"
Dua beradik itu saling berpelukan melepaskan rindu masing-masing.
"Jung okey tak tinggal dengan Taehyung?" tanya Hoseok. Hyunjung hanya menganggukkan kepala. Bibirnya tak berhenti mengukirkan senyuman. Muka disebam pada dada Hoseok.
"Ehem!" Satu deheman kuat mengejutkan mereka berdua.
"Belum habis lagi ke drama korang ni? Hyu dan ibu masih ada kat sini lagi tau" Hyunjung terus leraikan pelukannya dan memandang ke arah Hyujin dan Puan Jung.
"Ibu.." panggil Hyunjung perlahan. Dia ingin memeluk Puan Jung tapi perasaan takut menguasai dirinya. Dia tahu Puan Jung tak sukakan dirinya. Hoseok pula hanya memerhati di sisi.
"Tak nak jemput kami masuk?" Sekali lagi Hyujin bersuara. Tangannya bergerak-gerak mengipas dirinya yang kononnya panas. Walhal suhu hari ini baik sahaja. Tak begitu sejuk. Tak begitu panas.
"Sayang, kenapa tak ajak abang awak maㅡ"
Taehyung yang baru muncul sedikit terkejut dengan kehadiran Puan Jung dan Hyujin. Dia tidak menyangka dua individu itu akan datang ke rumahnya. Wajah mereka dipandang satu persatu.
Puan Jung dengan muka ketatnya dan Hyujin dengan senyuman yang dibuat menggoda. Taehyung menunduk hormat kepada Puan Jung sebelum dia menapak ke sisi memberi ruang yang cukup untuk mereka masuk.
"Masuklah, mama, Hyu dan Hoseok.." ajaknya. Puan Jung tidak membalas apa-apa. Dia terus masuk diikuti oleh Hyujin dan Hoseok.
Sempat Hyujin kerdipkan mata apabila lalu di depan Taehyung namun Hoseok dengan pantas menutup mata adik bongsunya dan mengheretnya masuk.
"Abang!" Suara jeritan Hyujin bergema. Hoseok endahkan. Ha, gatal lagi nak goda abang ipar sendiri!
Taehyung menggeleng kepala manakala Hyunjung tersenyum nipis memerhatikan mereka. Baru Hyunjung berura-ura hendak masuk, Taehyung menahannya.
"Awak okey tak?" soalnya. Taehyung risau jika kehadiran Puan Jung dan Hyujin masih lagi buatkan Hyunjung rasa takut. Hyunjung diam sejenak sebelum dia anggukkan kepala. Tangan Taehyung yang memegang lengannya disentuh.
"Saya okey selagi awak ada sekali" jawabnya lalu masuk meninggalkan Taehyung yang terpinga-pinga.
Saya okey selagi awak ada sekali ..
Perlahan-lahan hujung bibir Taehyung terangkat. Berbunga hati mendengar jawapan Hyunjung. Dalam diam, si isteri tahu menggoda walaupun muka nampak innocent !
"Kalau hari-hari dia cakap macam tu, makin cepatlah aku jatuh cinta dengan dia nanti!"
🕴🕴🕴🕴🕴
"Aku tak nak masuk campur" Jungkook memberi kata putus. Kepala disandar pada kerusi dan mata dipejam erat. Peluh yang mengalir pada badannya dibiarkan kering ditiup angin dari kipas.
Baju hitam tanpa lengan menampakkan otot-otot kekar pada lengan lelaki itu. Kedua penumbuknya pula dibalut dengan kain putih.
Bella berjalan mengelilingi ruangan bilik latihan boxing tersebut dan berdecit.
"Abang nak Bell bagitahu rahsia abang kat mak ke?" Mata Jungkook yang pejam terus mencelik. Dengusan geram dilepaskan. Muka diraup.
"Kau bagitahulah mak. Aku tak peduli. Cukuplah dengan plan kau haritu. Kau suruh aku jumpa Hyunjung tapi situasi bertukar..aku jumpa Boram!" Jungkook mengetap rahangnya. Ingin sahaja dia memberontak namun dikawal perasaan itu.
Bella melabuhkan punggungnya ke atas sofa dan memandang Jungkook.
"Tak move on lagi ke?"
"Aku dah cuba..tapi susah" Suara Jungkook mengendur. Wajah Boram semalam masih terngiang-ngiang dalam kotak mindanya.
Setahun dia pergi ke luar negara kerana ingin melupakan bekas kekasihnya itu, tetapi tidak berjaya. Andailah masa boleh diputarkan, dia tak akan curang dengan gadis itu.
"Kalau abang nak Boram balik, abang kena setuju untuk teruskan plan ni" Bella bersuara. Jungkook angkat muka.
"Aku dah katakan aku taㅡ"
"Peluang ni guna sebaiknya. Atau abang dah memang tak nak Boram lagi?"
Mendengar kata-kata Bella, Jungkook jadi senyap. Bella dipandang dengan kerutan di dahi. Gadis itu mengukirkan senyuman yang sukar ditafsirkan.
Hati Jungkook ingin menolak,
namun fikirannya pula sebaliknya. Lama Jungkook membisu sebelum dia membuka mulut.
"Apa plan seterusnya?"_____________________
halooo . sapa ada grup wattpad 😶 ? sedekah laaaa
YOU ARE READING
CHAINED ANGEL ft KTH ✔
Фанфик❝Kahwin dengan saya.❞ started : 28 January 2019 ended : 02 July 2019