|| B17

2.1K 231 16
                                    

Drrt...drrt..

Tidur Taehyung terganggu apabila telefonnya berdering dari tadi. Dia celikkan mata beberapa kali dan bangun. Tangannya meraba-raba permukaan meja di sebelah katil dan mencapai telefonnya.

Nama pemanggil dibaca sambil tangannya yang lagi satu sibuk meraup muka. Dahinya sedikit berkerut apabila berjaya mengenalpasti siapa menghubunginya.

Telefon dilekapkan pada telinga. Kaki diturunkan dari katil dan gembar diselak ke tepi dengan perlahan-lahan agar tidak menganggu Hyunjung yang masih tidur di sebelahnya. Dia membuka pintu slide untuk menapak ke balkoni bilik dan menutupnya semula.

"Hello, Jihee?"

"Uncle Tae.." Suara anak kecik itu kedengaran serak. Seperti dia baru sahaja menangis.

"Ada apa ni? Kenapa dengan suara Jihee?" soal Taehyung bertalu-talu. Terselit nada risau dalam soalannya.

"Daddy..mummy.."  Tangisan kecil kedengaran di hujung ayat. Taehyung yang mendengar pula jadi gelabah. Palang pagar balkoni dipegang.

"Jihee, tarik nafas dan hembus. Buat  sebanyak lima kali lepastu bagitahu uncle satu persatu" pesannya. Anak kecil itu akur. Taehyung pula sabar menunggu Jihee untuk bersedia memberitahunya apa yang terjadi.

Bunyi pintu slide dibuka buatkan Taehyung menoleh dengan tangannya masih menahan telefon di telinga. Hyunjung terjaga dari tidur dan kini sedang menuju ke arahnya.

"Kenapa awak kat luar?" soalnya. Matanya sedikit kuyu. Mungkin masih mengantuk lagi. Taehyung jauhkan sedikit telefon dari telinga dan mencapai lengan Hyunjung agar lebih dekat dengannya. Kemudian, sisi badan isterinya itu dipeluk.

"Saya buat awak terjaga ke? Maaf"

Hyunjung menggeleng. "Saya yang terjaga sendiri. Siapa hubungi awak jam ni?" Dia mengangkat muka dan matanya bertemu dengan mata hazel milik Taehyung.

"Jihee, anak Jimin dan Boram" balasnya. Hyunjung anggukkan kepala. Taehyung kembali melekapkan telefon pada telingannya untuk bercakap dengan Jihee.

"Jihee okey?"

"Okey.."

"Sekarang, bagitahu uncle Tae apa yang terjadi"

Lama Jihee berjeda sebelum dia kembali membuka mulut.

"Daddy..."







Taehyung memberhentikan keretanya di belakang sebuah kereta berwarna merah yang diyakini milik Jungkook. Matanya tertumpu pada Jungkook yang dihempas pada badan kereta oleh Jimin. Badan mereka berdua basah kuyup kerana hujan.

Di daun pintu pula, Boram terduduk lemah. Taehyung buka tali pinggang keledarnya dan memusingkan kepala memandang Hyunjung di sebelah.

"Duduk kat sini sampai saya suruh awak keluar. Faham?" Hyunjung membalas dengan anggukan. Taehyung keluar dari kereta dan berjalan ke arah Jimin dan Jungkook yang masih berlawan dengan satu sama lain.

"Korang buat apa ni?!" laungnya. Namun sedikitpun Jimin dan Jungkook tidak memperdulikannya. Masing-masing masih merenung tajam ke anak mata lawan. Tangan Jimin yang mencengkam kolar baju Jungkook ditarik kasar oleh Taehyung dan dengan itu Jungkook terduduk. Bibir lelaki itu pucat seperti mayat.

"Lepaskan aku, Taehyung! Aku nak kerjakan dia ni habis-habisan! Biar mati terus!" gertak Jimin. Dia meronta-ronta minta dilepaskan oleh Taehyung namun tidak berjaya. Taehyung malah bertindak menolak Jimin hingga dia turut terduduk di tanah sama seperti Jungkook.

"Kau gila, Jimin?! Kau lupa Jungkook ni kawan kita?!"

Jimin tergelak sinis. Mukanya yang basah kerana hujan diraup sambil kepala digeleng kasar. Gelaknya terhenti sebaik sahaja dia angkat muka dan memandang Jungkook yang sedang menyandarkan kepala pada pintu kereta sambil mengerut menahan sakit. Jimin bangun dan menundingkan jarinya pada Jungkook.

"Dia bukan kawan aku. Dia musuh aku. Perosak rumahtangga aku! Kau ingat aku akan biarkan kau berkawan semula dengan Boram?! Kau ingat aku akan percaya yang kau tak akan rosakkan hubungan kami berdua?!" Habis sahaja ayat itu, Jimin meludah salivanya.

Taehyung mengeluh kecil. Jujur bila Jimin sedang mengamuk, dia sendiri takut hendak menenangkannya. Hanya Boram sahaja yang mampu.

"Kau tak beri aku peluang, Jimin. Kau tersekat pada masa lampau. Kau nampak niat jahat aku tapi tak nampak niat baik aku" Perlahan Jungkook bersuara. Kepalanya terasa sedikit pening.

Sekali lagi Jimin tergelak. Rambutnya yang masih diselak ke belakang. Kaki dimara mendekati Jungkook tetapi Taehyung pantas menghalang.

"Lepaskan aku, Taehyung sebelum aku kerjakan kau" ugut Jimin. Taehyung tidak beralih. Dia masih menahan kedua-dua bahu Jimin. Jimin ketap bibir. Penumbuk digenggam erat dan tangan Taehyung ditepis lalu penumbuknya dilayang pada wajah lelaki itu.

Taehyung terundur ke belakang beberapa tapak. Hidungnya terasa sakit dan darah mula mengalir keluar. Taehyung kesat menggunakan ibu jari dan matanya memandang tajam ke arah Jimin.

"Jimin, kau berhenti sekarang juga"

"Selagi dia tak mati, selagi tu aku tak akan berhenti!"

Jimin sekali lagi cuba mendekati Jungkook dan Taehyung juga sekali lagi menahannya. Kedua-dua bergelut dengan kudrat yang ada. Keadaan semakin menjadi huru-hara sehinggalah satu jeritan kedengaran.

"Mummy!"


-----------

Lagi beberapa chap lepastu jeng jeng jeng habis 😄.   ayuh !

CHAINED ANGEL ft KTH ✔Where stories live. Discover now