Prolog

353 12 0
                                    

'Yang Terakhir'



Aiman Hakim;

"dia hanyalah sebuah kenangan gelap, kenangan gelap yang selalu menghantui Cuma aku yang perlu bersabar"

- bagi Aiman, bekerja dengan majikan yang seakan akan benci akan dirinya hanyalah sebuah onak duri kehidupan untuk dia tempuhi, kerana dia yakin, membiayai kehidupan adik adiknya jauh lebih penting. Lagi lagi jika dia berurusan dengan orang yang hampir menyebabkannya kehilangan nyawa.

Syafiq Idrus;

"Kau mungkin lupa aku siapa, tapi aku ingat siapa yang bunuh Saleha. Aku nak lihat sampai mana kau bertahan. aku yakin, hutang darah balasnya darah."

-Kebencian nya terhadap manusia bernama Aiman wujud dari zaman sekolah lagi, hasratnya untuk membalas dendam diumpamakan pucuk dicita ulam mendatang, apabila insan tersebut merupakan pekerja dibawah syarikat ayahnya.

Haizul Rahman;

"Seorang yang setabah dia, perlukan aku. Aku harus miliki dia. Walaupun perasaan ini salah, tapi ah! Pedulikanlah!"

-mengenali Aiman sebagai seorang yang tabah dan mempunyai senyuman yang manis amatlah memikat hatinya. Perasaan yang muncul dalam diri lelaki ini amat sukar untuk dia sembunyikan. Perasaan sayangnya melebihi perasaan yang sepatutnya wujud dalam seorang lelaki untuk lelaki yang lain.

Apabila benci yang ditanam terlalu mendalam membuahkan perasaan cinta, mampukah ego menepis perasaan yang sekumit tiba? Bagaimanakah jiwa yang dia sakiti? Mampukah menerima dan mencintainya kembali.

Lalu bagaimana seorang playboy Malaya, mampu jatuh sejatuhnya kepada seorang lelaki yang paling dibencinya? Jika dahulu perasaan ini hadir, mungkin semua ini tidak akan terjadi. Kerana amarahnya terhadap insan tersebut yang dikatakan meragut nyawa insan yang paling disayanginya, perasaan benci itu ditanam.

Sekuat manapun aku, aku tetap manusia. Menangung kesalahan walaupun bukan kesalahannya telah menyebabkan hatinya buta untuk menerima siapa siapa dalam hatinya, terutama orang yang penah hampir membunuhnya. Tapi kerana pendidikannya hanya tamat pada tingkatan 6, dia tabah melayani kebencian lelaki itu padanya. 'Saleha' seorang gadis yang amat dirinduinya seperti dia merindui ibunya. Seorang kawan yang selalu ada disampingnya. Namun semuanya berubah. Kerana kecuaian ku, aku hilang kawan! Walau hidup tak adil baginya, tapi dia tahu akan ada pelangi setelah hujan.

Mampukah benci berganti rindu? Adakah ini kisah sedih YANG TERAKHIR?

"Yang Terakhir"Where stories live. Discover now