Bab 3; Dendam

155 9 0
                                    

Aiman sedang memasak laut untuk dia dan adiknya Imran, inilah rutin tambahan baginya sekira Syafarina pulang ke kolej maktab perguruannya. Untung pada hari itu dia dapat pulang awal. Sedang dia sibuk memasak fikiran melayang kepada apa yang terjadi di pejabat tadi. Menyedari renungan tajam yang diberikan oleh Syafiq kepadanya, Aiman sedar bahawa kemungkinan tinggi untuknya dibuang kerja amatlah tinggi. Dia sudah masak dengan perangai Syafiq, sanggup berbuat apa sahaja demi mengabulkan niat hatinya walau dengan apa cara sekalipun. Jika dahulu Aiman pernah telantar seminggu di hospital kerana menjadi mangsa pukulan Syafiq tidak hairanlah sekiranya dia dibuang kerja. Dia tahu dendam yang terpalit semenjak sekolah menengah lansung tidak pernah terpadam.

Seusai Aiman memasak, dia lalu memanggilkan adiknya.

'Adik! Oi dik! Meh makan. Along dh siap masak!' jerit Aiman dari dapur.

Sebenarnya tidak perlu baginya untuk menjerit kuat. Apartmen usang yang mula disewanya setelah kerja di stesen minyak ketika berumur 20 dahulu tidaklah sebesar mana. Hanya mempunyai 3 bilik tidur dengan satu bilik mandi serta dapur yang berukuran kecil.

Imran tidak membalas panggilan Aiman malahan mengejutkan Aiman daripada belakang sedang Aiman sibuk menceduk laut ke dalam mangkuk dengan mengeletek abang sulungnya itu.

'Astafirullahalazim. Apa ni dik, janganla buat along macam ni' kata Aiman yang memberhentikan tindakkannya yang menceduk lauk.

'Tula temernung lagi, memang patut pun kena hehehe. Along kenape sedih je. Dah lah balik tadi basah lecun baju' tanya Imran yang matanya tertumpu kepada makanan yang terhidang.

'Kan hujan, basahlah baju. Kalau panas manalah basah.' Persoalan Imran mengingatkannya kejadian di perhentian bas sebentar sahaja tadi.

Kereta hitam yang sengaja dipandu laju melimpasinya dan seperti sengaja melanggar lopak air yang terkumpul di depannya. Aiman kehairanan siapalah manusia yang sanggup melakukan hal seperti itu kepadanya.

'Long, along?' Panggil Aiman mengejutkannya.

'Ah, ye. Ada apa?' Balas Aiman yang kemudian menyupkan nasi ke mulutnya.

'Along..., adik esok nak duit lebih boleh? Adik nak tengok bola dekat mamak malam esok' pinta Imran yang kemudiaannya senyum seperti kera sumbang.

'Hmm, along bukannya taknak kasi, tapi along bulan lepas dah berbelanja lebih. Takyah lah ye. Lagipun 3 bulan lagi Adik nak exam pt3 kan. Along nampak adik ni macam tak belajar je. Belajar lah ye selagi ada peluang' balas Aiman yang mengangguk cuba untuk merubah fikiran adiknya itu.

'Yelah along. Nantila adik cakap yang adik tak jadi ikut diaorang. By the way, along masak sedap malam ni hehe. Untung isteri along nanti dapat along. Tu pun kalau ada perempuan yang nak la. Sebab along ni kecik, macam perempuan hahah' kata Imran yang mengusik abangnya lalu diikuti oleh gelak ketawanya.

'Pandai dah kan mengusik orang. Bagusla gelak depan rezeki. Kecik kecik along pun, along jugakla yang besarkan kamu tau. Mana nak dapat abang hensem macam along ni' balas Aiman yang berlagak seperti lelaki di depannya.

Bukan jarang Aiman diusik oleh orang yang mengatakannya kecil seperti badan seorang budak yang baru memasuki sekolah menenggah sedangkan Imran pula sudah lebih tinggi jika dibandingkan dengannya. Dia lebih mengikut arwah ibunya yang kecil manakala arwah ayahnya pula tinggi seperti Imran. Imran sudah mencapai ketinggian 173cm walaupun hanya berumur 15 tahun.

'Yelah along. Pujilah diri sendiri, bukan selalukan kene puji. Nak harapkan orang puji bilalah along dapat kena pujian kan haahhaha' sambung Imran.

"Yang Terakhir"Where stories live. Discover now