BAB 6: PERASAAN II

209 13 0
                                    

Jam menunjukkan pukul 1 pagi, Syafiq masih lagi menatap ke luar jendela daripada tingkat 5 hospital swasta yang berada di tengah bandaraya Kota Kinabalu. Matanya menoleh kearah Aiman yang tidak sedarkan diri. Syafiq teringat akan apa yang diberitahu oleh doktor sebentar sahaja lagi. Tangan kanan memicit tangan kirinya yang mengakibatkan Aiman terlantar tidak sedarkan diri. Rasa bersalah menghantui dirinya setelah dia mengetahui Aiman mengalami rib fracture ataupun keretakkan tulang rusuk akibat terkena hentakkan yang kuat. Hentakkan itu tidak lain ialah tangan Syafiq sendiri. Perasaan kasihan yang terbit itu amatlah sukar difahami oleh Syafiq sendiri. 6 tahun yang lepas, apa yang dilakukan olehnya terhadap Aiman jauh lebih teruk, namun perasaan yang tiba hanyalah kepuasan. Sedikit kelegaan timbul dihatinya setelah doktor menyatakan bahawa tiada kesan sampingan daripada keretakan tulang rusuknya seperti pneumonia dan pneumothorax. Dia perlu mengelakkan pihak pejabat untuk mengetahui tindakkannya yang telah menyakitkan Aiman. Mengikut kata doktor yang merawat Aiman, dia memerlukan jangka masa sebulan untuk Aiman benar benar pulih.

Kepala Aiman yang berdenyut ketika dia membuka matanya mengakibatkan dia cuba untuk membuka matanya dengan perlahan lahan. Matanya tertumpu menghadap televisyen yang tidak dinyalakan berhadapan dengannya. Jam yang berada dikedudukan di atas televisyen tersebut menunjukkan pukul 7.45 pagi. Walaubagaimanapun, suasana pagi yang terbit lebih awal di negeri Sabah mengakibatkan suasana telah cerah. Aiman yang cuba bangun akibat terkejut melihat Syafiq yang tidur dengan posisi duduk di hujung bangku bilik persendirian tersebut. Walaubagaimanapun, balutan yang membelit dadanya menyukarkan pergerakkan bangunnya. Secara tidak sengaja Aiman menjerit kesakitan apabila berjaya duduk setelah dadanya terasa amat menyakitkan. Hal itu mengakibatkan Syafiq bangun. Syafiq dengan rasa mamainya terus menuju ke arah Aiman.

'No, don't wake up. Just lay there, i will get nurse for you' kata Syafiq yang kemudiannya berlari menuju kepintu keluar.

Aiman yang tidak dapat bergerak kemudiannya ditolong oleh dua orang jururawat yang cuba membaringkannya lagi.

'Encik Aiman, tidak boleh bangun, encik ada rib fracture. Just ring the bell kalau perlukan kami.' Terang jururawat yang sedang menyelimuti Aiman.

Aiman yang hanya mengangguk perlahan menyedari tentang bagaimana dia boleh berakhir disini. Dalam hatinya begitu sakit, bukan sakit kerana kecederaan tetapi kerana apa yang yang menimpa dirinya. Bagi Aiman, hidup tidak pernah menyenangkannya. Peristiwa yang berlaku lebih separuh dekat itu berulang kembali, namun kali ini tiada lagi insan bernama Siti yang akan membelanya. Air matanya mengalir walau tanpa bunyi yang keluar dari matanya. Mukanya dielakkan untuk menatap kearah Syafiq. Menurutnya lelaki itu sepatutnya membuangnya kerja daripada menyebabkan dia terlantar di katil hospital.Kerana, berkeadaan lemah seperti ini tidak menguntungkan sekalipun. Dia perlu kuat untuk adik beradiknya.

Syafiq yang menyedari Aiman menangis hanya berdiam diri. Tangan kanannya mengosok belakang kepalanya menandakan kecelaruan yang berada difikirannya. Rasa menyesal dan bersalah terbit dihatinya namun perasaan ego pula menguasai akal fikirannya.

'I'll give you 1 week of sick leave. Now i have to go to attend the meeting. Get well.' Katanya sambil berlalu menuju kearah pintu bilik tersebut.

Perasaan benci Aiman terhadap Syafiq mula terbit ketika itu. Lelaki yang sepertinya tidak layak untuk hidup dibumi menurutnya. Tidak wujudkah perkataan minta maaf dalam kamus hidup lelaki itu. Sedang dia meratapi tingkap gergasi dibilik itu, pintu biliknya diketuk. Dilihat Luqman sedang menuju kepadanya.

'Hi Aiman. So how are you this morning?' Kata Luqman yang sedikit terkejut akibat daripada melihat dada Aiman yang dibalut .
Aiman yang melihat Luqman hanyalah memberi senyuman palsu.
Luqman kemudian melangkah perlahan lahan keatas Aiman. Senyuman Aiman yang selalu terukir sebaik ketika bersama dengan Luqman petang semalam tidak lagi terukir. sangkaan Luqman mengenai Aiman yang dimasukkan ke hospital akibat lebihan alkohol adalah amat meleset. tidak mungkin balutan melilit perut dan dada Aiman adalah kesan daripada alkohol yang berlebihan. Aiman yang hanya termenung meratapi jendela hospital ketika itu sepertinya tidak mengendahkan Luqman. Kesakitan mencucuk di hatinya bukan kerana kesan tumbukkan daripada Syafiq tetapi kesan daripada akal yang bermain di kotak fikiran kepalanya. Mengapakah dia selalu menjadi mangsa keadaan dan selalu terluka akibat perbuatan yang bukan salahnya. Ingin sekali dia menjerit dihadapan Syafiq untuk menceritakan hal yang sebenarnya bahawa dia tidak menolak Siti ke tengah jalan tetapi Siti yang menolongnya daripada dilanggar ketika itu. Air mata Aiman hanya mengalir dalam kebisuannya. Luqman yang berada di sebelahnya hanya mampu berdiam seolah oolah paham bahawa Aiman memerlukan waktu bersendirian. Dengan perlahan lahan, Luqman bangkit dan menuju ke arah pintu.

"Yang Terakhir"Where stories live. Discover now