Bab 1; Mimpi

253 10 2
                                    



Tangisan yang jatuh melintasi pipinya menandakan mimpi yang paling digeruni dan sedih baginya berulang ke dalam hidupnya. Nafasnya tercungap cungap sambil tangan kirinya mengengam erat cadar tilamnya menandakan dia takut. Kenangan silam mengenai sahabat karibnya Siti Saleha masih berlenang dalam mimpinya. Dalam diam, fikiran Aiman melayang mengenang mimpinya sebentar sahaja tadi. Dalam mimpinya kawan karibnya bergelumuran darah akibat dilanggar kereta dihadapan sekolahnya. Warna darah bagaikan sebuah seni lukisan yang dipalitkan ke atas baju putihnya.

'Aiman!, kau asal tak tunggu aku wei' teriak Siti sambil berlari sekencang yang boleh mengejar Aiman yang berada di hadapan pintu sekolah.

Aiman hanya menoreh selimpas lalu dan menyemberangi jalan raya dengan perasaan sedih dan takut akibat amaran daripada Syafiq ketika waktu rehat. Baginya menuruti kata Syafiq agar menjauhi Siti merupakan jalan yang terbaik baginya. Lebam dibibirnya sudah cukup menandakan Syafiq betul maksudkan niatnya.

Akibat kelalaian dan perasaan takutnya, Aiman terus berlari melintasi jalan raya dihadapan sekolahnya tanpa melihat kiri dan kanan. Kereta yang dipandu melintasi sekolah pada petang itu begerak pada kelajuan tinggi menuju kearahnya. Siti Saleha yang berada dibelakangnya ketika itu menolak Aiman ke bahu jalan. Membiarkan dirinya menjadi mangsa kemalangan.

'Long!, Along!' Panggilan adik bongsunya, Imran Hakim itu membangunkannya daripada lamunan mengenai kejadiaan pada 6 tahun yang lepas.

'Ye? Ko nak apa?' Tanya Aiman seraya mengelap butiran air mata di hujung matanya.

'Along, dah lah tu. Nangis air mata darah pun takkan bawak balik kak siti hidup' kata Imran lalu kemudian mengambil tempat duduk disebelah abangnya.

'Taklah, along kenangkan kerja along je, mana ada teringkatkan siti. Memandai je. Hah! Ni pagi pagi bangun pergi bilik orang mesti nak apa apa. Kan?' Tanya Aiman.

'Mana ada, orang nak belajar lah, esok exam, hmmm, long esok nak duit lebih? Orang nak beli kasut barulah hehehe' kata Imran.

'Hmm dah taulah, ko nak berape dik? Rosak sangat ke kasut tu? Boleh tak tunggu sampai along ada gaji hujung bulan. 2 hari lagi pun?' Kata Aiman sambil menepuk bahu adik bongsunya itu.

'Dah tau dah memang macam ni. Rm 50 je pun, adik je yang takda kasut baru. Bulan lepas pun along cakap tunggu gaji. Hmm' kata Imran sambil menunjukkan rasa tidak puas hatinya.

'Yelah, ambik duit ni, beli kasut tau jangan beli benda lain. Lepasni janji dengan along belajar sungguh sungguh' kata Aiman sambil mengeluarkan sehelai duit rm50 kepada adiknya.

Adiknya berlalu pergi dengan senyuman yang lebar di mulutnya. Aiman kemudian bangkit dari tidurnya kemudian menuju ke dapur untuk menyiapkan bekal untuk kedua dua adiknya. Sesampainya di dapur, Aiman mendapati adik perempuannya, Syafarina Hakim sedang menjerang air sambil memandang kearahnya.

'Along, kenapa along bagi duit pada adik? Kasut adik elok lagi. Along tau kan adik tu camner.'

Kata Syafarina yang kasihan pada abangnya.

'Alah takplah angah, kasihan kat adik, kasut dia dah hitam dahtu. Angah masak apatu?' Tanya Aiman kepada adiknya.

Bagi Aiman, Syafarina seakan akan arwah ibunya, seorang yang lemah lembut dalam pertuturan. Seorang yang sering ada dengannya, seorang yang memahami dan berusaha untuk tidak menyusahkannya. Syafarina tidak seperti adik bongsunya, Imran yang kerap bermain dan gemar boros dalam belanja. Namun karenah adik bongsunya tetap dilayan oleh Aiman, terutama adiknya menduduki PT3 tahun ini. Syafarina pula sedang melanjutkan pelajaran dalam kursus perguruan di Maktab yang tersohor di negeri mereka.

"Yang Terakhir"Where stories live. Discover now