matahari memancar dari celahan langsir di bilik hospital kearah mata Aiman, rantai yang menahan kelopak matanya daripada terbuka gagal menghalang sinar suria itu untuk membangunkannya. mata Aiman perlahan lahan terbuka. lantas kepalanya mengarah kepada sebelah kanan. terlihat sebuah tubuh yang sedang baring dengan selesa di sebuah sofa di dalam bilik yang sama. Aiman yakin lelaki yang tidur di sofa tersebut ialah Syafiq, lelaki yang sama mengakibatkan dia berada dibilik ini.
Syafiq kelihatan begitu selesa walaupun panjang sofa tersebut tidak mampu menampung tinggi Syafiq yang melebihi 180cm. rambut syafiq tidak lagi disikat dan kemas seperti sedia kala, namun sedikitpun tidak mengubah kesempurnaan pada wajahnya. bulu bulu diwajahnya mula tumbuh, mengakibatkan kelakiannya sedikit menunjuk daripada selalu.
'apalah dia buat disini? adakah kau faham erti kasihan encik Syafiq? wujudkah perasaan bersalah dalam hati batu kau? ataupun kau sekadar bermain sandiwara' getus Aiman dalam hati.
sedang dia menatap Syafiq, telefon Syafiq berbunyi lantas mengejutkan syafiq yang sedang lena tertidur. Aiman dengan cepatnya mengalihkan mukanya menatap ke arah bertentangan dan pura pura memejamkan matanya. Syafiq pula lalu menjawab telefonnya.
"hi mum, I'm fine" jawab Syafiq dengan suaranya yang garau akibat baru sahaja bangkit dari tidur.
Aiman secara tidak sengaja memasang telinga untuk mendengar segala perbualan diantara syafiq dengan ibunya.
'semestinya tiada orang lain yang dipanggilnya mum, mesti datin dah tau aku masuk hospital ni' kata Aiman dalam hatinya.
"ya mum...........................I will be taking care of him.................... I admitted it was my mistake............................ ya mum..... I will make up for my mistake" jawab syafiq dengan suara yang perlahan.
'sungguhla si Syafiq Idrus yang tak berhati perut ini mengaku silap?' soal Aiman yang kehairanan.
kedengaran kaki Syafiq melangkah kearah Aiman sebaik saja habis berbual dengan ibunya. Aiman merapatkan kelopak matanya seraya mendengar Syafiq mula mendekatinya.
"I know you dah bangun. you were listening to the whole conversation. Aiman, just open your eyes, ini arahan" kata syafiq sambil senyum.
'alamak. kantoi' Kata Aiman, dia kemudian membuka kelopak matanya yang ditahan sejak tadi.
"hi, how are you?" soal Syafiq sambil menayangkan sebaris giginya yang putih dan tersusun rapi.
'dia ni dah kena kenapa tetiba baik, hmm manis pulak senyuman dia ni tak padan dengan jahatnya' kata Aiman bermonolog. seraya wajahnya menatap Syafiq dengan kehairanan
"hello!, Aiman Hakim masih kat sana ke?" soal Syafiq sambil melambaikan tangannya dihadapan muka Aiman
" eh, hi encik Syafiq, Aiman ok je kot...." jawab Aiman dengan sedikit tekejut seraya cuba mempamerkan senyuman paksa.
"nak makan apa je, as what I have been told, u did not eat since yesterday, Aiman nak makan apa je, I will try to get for u." kata Syafiq sambil meletakkan kedua dua tangannya di besi penghadang tepi katil Aiman.
'aku ke dia yang sakit, tetiba buat baik, buang tebiat agaknya' kata aiman bermonolog.
"takpela encik Syafiq, hmm Encik syafiq tido dkat sini ke semalam?" soal Aiman yang ingin mendapatkan kepastian.
"aah. tertido dekat sofa, kalau takde apa, I nak balik hotel kejap, nak mandi dan makan. nanti I datang lagi." kata Syafiq.
"oh, ok . hmm.. rasanya encik takyah la nak bersusah payah kat sini. lagipun lusa saya dah boleh balik." kata Aiman yang agak menjaga tutur katanya.
YOU ARE READING
"Yang Terakhir"
RomanceMampukah benci berganti rindu? Adakah ini kisah sedih YANG TERAKHIR?