PROLOG
SEBAIK saja pulang ke rumah, Emily membongkar barang-barang peribadi suaminya. Tiada apa yang aneh melainkan apa yang dia sudah tahu. Sudahnya dia turun ke bawah. Salah satu bilik stor itu sentiasa berkunci. Kata Norman, kunci bilik itu sudah hilang.
Emily tidak berputus asa. Dia menelefon seseorang.
"Aku perlukan tukang kunci. Boleh kau dapatkan sesiapa yang boleh buat kunci untuk aku?"
"Nanti aku cari," ujar Jeny.
Talian dimatikan Emily. "Who are you???" bisik Emily dalam nada keras.
Tidak sabar mahu tahu, dia cuba memecahkan pintu itu. Pintu dari rumah lama itu rupanya mudah dipecahkan. Kayunya sudah reput. Setelah pintu terbuka luas, Emily memandang persekitaran bilik itu. Dia tidak tahu adakah semua barang di dalam situ adalah milik Norman atau pemilik asal rumah ini. Semuanya berhabuk. Ada yang sudah bersawang.
Namun mata Emily terpandangkan satu kotak yang masih tidak lusuh terletak di atas meja di tepi dinding. Emily mendekati kotak itu. Betapa dia terkejut melihat satu objek berupa pistol jenis revolver berada di atas sekali. Di bawahnya ada beberapa fail.
Pistol itu diperiksanya. Tiada berpeluru. Sudahnya Emily mengambil beberapa fail itu sekaligus. Di lantai kotak itu beberapa butir peluru hidup bertaburan.
Salah satu fail itu diselak Emily.
"Muhammad Idrus Bin Salahuddin?" bisik Emily. Nama yang tertera adalah lain sedangkan gambar itu seiras benar suaminya.
Emily menyelak kulit fail itu semula.
'Sulit'
'Tentera Laut Diraja Malaysia'
"Dia sebenarnya navy ke?" Emily kembali membaca isi kandungan fail itu. Pada muka hadapan tertera data peribadi Muhammad Idrus itu.
"Lulusan Kejuruteraan dari Unversiti Pertahanan? Master Engeneering from MIT? Dia kata dia hanya mekanik lulusan PMR?" bisik Emily benar-benar terkejut.
Dan muka surat seterusnya ada kejutan lebih besar tentang Norman atau Idrus.
"Leftenan Muhammad Idrus... Pasukan Komando Angkatan Tentera Laut. Mendapat latihan menyelam, latihan kombat selama tiga tahun di bawah Angkatan Tentera Laut. Pegawai risikan PASKAL..."
Emily enggan membaca yang seterusnya. Dia mengambil fail yang di bawah lalu dibukanya. Norman dipecat dari tentera empat tahun lalu atas kesalahan jenayah mencederakan orang. Perlakuan ganas terhadap orang awam sememangnya tidak dibenarkan di dalam tentera. Lelaki itu dibicarakan di mahkamah tentera dan dipenjarakan selama 9 bulan juga di penjara tentera.
Emily menyelak fail yang berikutnya. Data diri tentang ibu bapa Norman dan laporan siasatan tentang satu kes lama membuatkan Emily terkejut besar.
"Inspektor Salahuddin Bin Salam. Meninggal pada tahun... akibat membunuh diri?"
Emily mengangkat pandangan memandang ke hadapan. "Oh My God!"
"Amy buat apa???"
Terkejut sehingga tercampak habis semua benda di tangannya. Emily menoleh ke belakang. Norman sedang berdiri di ambang pintu. Riak wajahnya jelas dia terkejut, tidak senang setelah Emily terbaca semua itu.
Norman masuk lalu fail yang sudah bertaburan di lantai dikutipnya.
"Siapa kau sebenarnya? Norman atau Idrus?"
"Dua-dua..." jawab Norman biasa.
"Kenapa kau menipu selama ni?" tanya Emily tidak puas hati.
"Kenapa?" Norman ketawa kecil. Fail itu dicampak ke dalam kotak itu semula.
"Keluar dari sini. abang tak suruh Emy selongkar rahsia abang!" tegas Norman.
"What should I call you? Norman atau Idrus?"
"Both..." jawab Norman selamba. Seterusnya pergelangan tangan Emily dicekaknya lalu wanita itu ditarik keluar dari bilik stor itu.
"Pintu ni Emy kena ganti semula."
Emily merentap tangannya dari Norman. "Who are you???" tekan Emily hairan. Kenapa lelaki ini menipu tentang dirinya?
"Kau nak tahu aku siapa???" Norman ketawa jahat.
"Aku boleh beritahu aku siapa. Tapi kau jangan menyesal, Emily..."
Emily berundur sedikit. Tiba-tiba rasa gentar. Adakah ini ada kena mengena dengan arwah ayahnya? Roger? Datuk Mansur? Semua individu itu mati berselang setahun. Kebetulan perkahwinan mereka sudah tiga tahun!
"Aku tak boleh terima berita buruk lagi, Norman!"
"Jangan takut... kau cintakan aku," ejek Norman lantas ketawa lagi.
Spontan Emily berlari ke arah pintu utama. Tetapi belum sempat dia keluar, Norman sudah berada di situ.
"Mana kau nak pergi?" tanya Norman tajam.
"Norman, apa pun masalah kau dengan orang lain... kenapa kau libatkan aku???"
"Sebab kau anak perempuan Tan Sri Elbar."
"Kau bunuh ayah aku???"
"Kau rasa???" Norman ketawa lantang.
Emily berundur sedikit. Takut! Lelaki ini pernah mendapat latihan sebagai perisik. Jadi, semua kejadian yang menimpa tiga individu itu tidak susah untuk direkanya.
"Jangan takut... aku tak berdendam dengan kau, Emy."
"Kenapa kau buat aku macam ni? Aku betul-betul sayangkan kau!" Emily meraung. Entahkan takut, entahkan sedih dengan apa yang menimpa ayahnya.
"Kau akan tahu sebabnya. Mari sini..."
Emily menggeleng.
"Kau jangan bawa anak aku lari. Aku akan cari kau sampai lubang cacing, Emy!"
"Aku tak peduli!" jerit Emily lantas berlari ke arah pintu. Sedikit ruang yang tersedia membuatkan dia berjaya bolos dari suaminya. Tidak sedar, dia berjaya sampai ke kereta juga. Entahkan Norman gagal menangkapnya atau lelaki itu sengaja membiarkan dia lepas.
Sudahnya Emily menghidupkan enjin kereta dan berlalu segera dari rumah itu. Norman berdiri di halaman rumah sambil bercekak pinggang.
"Perempuan degil!" desisnya geram.
YOU ARE READING
KHIANAT
RomanceEMILY, DENDAM LAMA TIDAK AKAN PERNAH TERPADAM BIARPUN SEDALAM MANA AKU MENCINTAIMU