BAB 7

751 48 5
                                    


TEGUH menunggu sehingga Emily tiba di situ. Bukan main bergaya lelaki itu. Maklumlah... date pertama!

Tidak lama kemudian, Emily muncul juga. Seperti yang diharapkan Norman, Emily hanya datang berseorangan.

"Jeny tak datang. Malam ni dia kena siapkan proposal untuk bos dia," ujar Emily sedikit canggung.

"Tak apa. Saya lebih senang begini," jawab Norman lembut.

"Maksudnya?" kening Emily berkerut.

"Saya nak jumpa awak seorang," balas Norman lantas tersenyum.

"Duduklah. Saya tak makan orang," usik Norman lantas ketawa kecil.

Masam kelat riak wajah Emily dengan rasa canggung yang masih tidak dapat ditepis.

"Macam mana keadaan sekarang?" tanya Norman setelah selesai mereka membuat pesanan.

"Saya baik-baik saja."

"Saya harap begitu juga. saya tidak mahu Emy dituduh tentang sesuatu yang Emy tak buat," ujar Norman.

"Maksud you tentang kemalangan tu?"

"Bukan sekadar itu. Tentang apa saja. Hidup kita ni senang dipermainkan orang. Saya Cuma harap Emy dijauhkan dari semua tu," balas Norman.

Emily terdiam memandang lelaki itu.

"Masih ada keluarga?" tanya Norman. Sekadar mahu membuat kebiasaan dengan gadis ini. Dia tahu Emily tidak begitu terbuka dengannya.

"Mama I dah lama meninggal. I dengan papa tak rapat sangat. Kami dah lama tak jumpa. So, I rasa Jeny aje ahli keluarga I."

Norman mengangguk sedikit.

"Saya yatim piatu semenjak umur 12 tahun," cerita Norman tentang dirinya pula.

"Really? So, you membesar dengan siapa?"

"Makcik sebelah arwah mak. Kerana besarkan saya, dia tak kahwin sampai akhir hayat dia."

"Oh... sorry for your lost."

"Tak apa. Manusia datang dan pergi atas dunia ni," sambut Norman lantas menghela nafas perlahan. Entah kenapa hatinya pedih.

"Lelaki yang ganggu awak tu, dia ada datang ganggu lagi?" tanya Norman.

"Syafiq ke? Dia menghilangkan diri begitu saja. Tak datang kerja. Kemudian I dengar dari berita dia ditikam orang. Tak tahu apa keadaan dia sekarang," balas Emily perlahan.

"Ditikam orang?"

"Macam tulah. Kadang I rasa macam nak padankan dengan muka. Tapi tak sampai hati."

"Dia selalu ganggu?"

"Hampir setiap hari."

"Kenapa tak berhenti saja?" tanya Norman dengan kerutan di kening.

"I dah berkali-kali berhenti kerja kerana tak selesa bekerja dengan orang lelaki. I takut kalau I berhenti kali ni, I tak dapat kerja lagi dah. So, I bertahan saja," jelas Emily perlahan.

"Saya faham..." sambut Norman tanpa mahu bertanya lagi mengapa Emily berkata dia tidak selesa bekerja dengan lelaki.

"Kadang kala kita buat sesuatu yang kita tidak tahu kesannya kepada orang lain."

"Maksud you?" kening Emily berkerut. Tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu.

"Dulu waktu kat kampung, saya biasa kena buli," cerita Norman dalam nada rendah.

KHIANATWhere stories live. Discover now