BAB 8

1K 54 9
                                    



BUNYI mesin di tepi katil pesakit itu ibarat melodi indah di telinga lelaki asing itu. Dia berdiri lama merenung tampang si pesakit. Pesakit bernama Mohd Syafiq itu dilaporkan sudah berada dalam keadaan stabil.

"Kau jangan lupa apa yang kau buat pada Andak Irah dulu. Dia hidup menderita kerana perbuatan kau. Sehingga akhirnya dia mati kerana kecacatan yang dia alami. Dia menahan kesakitan setiap hari. Aku juga menderita... semuanya kerana perbuatan kau. Aku menunggu lama untuk berjumpa kau semula," ucap lelaki asing itu perlahan.

Pesakit itu masih kaku. Tiba-tiba si lelaki asing itu tersenyum.

"Bagaimana rasanya? Kau akan hidup cacat seumur hidup. Darah dibayar darah," ucap lelaki asing itu lagi. Seolah-olah puas melihat perbuatannya.

"Aku akan cari satu persatu orang yang binasakan keluarga aku. Kau malang... kerana kau jadi orang pertama. Aku biarkan kau hidup untuk kau nikmati kecacatan yang kau alami sekarang. Adil, kan?" bisik lelaki asing itu lagi sebelum dia membetulkan selimut buat si pesakit.

Seterusnya dia berlalu dari situ dengan hati yang puas.

KADANG KALA biarpun cuba ditahan, rasa suka tetap datang ke hati seseorang. Begitulah Emily. Semenjak kebelakangan ini Norman sudah tiada segan silu menghubunginya di WhatsApp.

Walaupun tidak secara jelas memeterai ikatan sebagai kekasih... tetapi mereka sudah macam kekasih pula. Saling mengambil berat. Saling bertukar cerita. Dan musim bahagia mula menjengah sedikit demi sedikit ke dalam hidup Emily semenjak ada Norman.

"Semenjak dua menjak ni aku selalu nampak kau senyum. Ada apa-apa ke?" perli Jeny.

"Mana ada!" Emily mula tersengih-sengih macam dara sunti!

"Eleh... aku tahu kau dah couple dengan Norman tu, kan?"

"Takdelah. Kami kawan aje..."

"Eee... geli aku dengar jawapan kau. Kalau couple tu mengaku ajelah. Macam budak-budak aje," ejek Jeny lantas ketawa serentak dengan Emily.

"Dia baik. Aku suka Norman tu."

"Tak salah pun. Aku suka bila tengok kau happy macam ni," balas Jeny lembut.

Emily diam seketika. "Aku rasa dia tu seriuslah. Kadang-kadang dia cakap pasal kahwin. Dia kata umur dia dah banyak tapi belum kahwin-kahwin juga."

"Baguslah. Kau tak suka ke?" balas Jeny hairan.

"Entahlah. Aku suka Norman tu. tapi aku takut depan aku lain, belakang aku lain."

"Kau tu suka sangat bercakap macam tu pasal lelaki," sambut Jeny biasa.

"Aku takut, Jeny."

"Aku faham. Tapi tak semua lelaki jahat, Emy."

Emily diam seketika. Masih ragu dengan jawapan mudah Jeny. Sementelah zaman sekarang banyak kisah rumahtangga yang didengarinya berakhir tragis. Dia takut!

"Tak apalah. Tak ada siapa boleh paksa kau kahwin cepat-cepat pun. Ambil masa kenali dia dulu," nasihat Jeny lantas menepuk bahu Emily.

Malam itu lelaki itu datang ke kawasan apartment sewaan dua anak dara itu.

"Mana burgernya?" tanya Emily setelah turun ke bawah.

"Aik? Ganasnya minta burger? Takde pembuka kata terus minta burger," usik Norman.

Emily menekup mulut menahan tawa. "Sorry. Emy laparlah."

"Ni... satu untuk amoi tu. Dua untuk Emy. Burger ayam satu burger daging satu. Cukup?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KHIANATWhere stories live. Discover now