BAB 5

944 48 6
                                    


"EMILY, Encik Hussaini panggil," laung Abdah dari jauh.

"Ha?" Emily mengangkat pandangan.

"Sekarang!"

"Okay! Okay!" terkocoh-kocoh bangun mendapatkan buku catatan sebelum dia berlalu ke bilik pengurus besar. Lelaki itu sedang bergayut di telefon. Encik Husaini hanya melambai tanda meminta Emily masuk.

"Syafiq beri notis perletakan jawatan. Sekarang ni I nak you buat kerja dia sehingga I putuskan siapa yang akan ambil alih tempat Syafiq."

"Baik, Encik Hussaini." Emily menjawab perlahan.

"Awak tahu apa sebab Syafiq resign? Saya call dia tapi tak dapat."

"Tak tahu." Emily menjawab rendah. Entahkan kerana dia. Entahlah.

"Tak apalah. Saya nak segala report yang penting mesti disiapkan segera."

Emily mengangguk semata.

"Itu saja."

Petang itu, ketika memandu keretanya, Emily merasakan sesuatu yang aneh. Pedal brek terasa kosong ketika kelajuan kereta sedang 80km/jam. Terlihat ada sebuah motor perlahan di hadapannya, streng dipulas ke kanan.

"Eh! Kenapa ni? Eh! Eh!" kenderaan Emily melambung akibat terlanggar pembahagi jalan dan masuk ke jalan bersebelahan. Bum!!! Dua kenderaan saling berlaga. Memberikan kesan teruk. Emily terhantuk di stereng. Pandangan matanya kabur. Mamai seperti tidak sedar apa yang berlaku. Dia hanya mampu tersandar di kerusinya.

"Allahuakbar!!! Tolong! Tolong perempuan ni..."

"Saya okay. Kepala saya pening," ujar Emily. Dia lebih risaukan penumpang kenderaan satu lagi.

Orang awam bertungkus lumus cuba memberi bantuan kepada kesemua mangsa kemalangan. Emily menangis ketika ditanyakan apa yang berlaku oleh polis. Teringat anak kepada pasangan yang menjadi mangsa kemalangan ini. Tidak sedarkan diri.

"Brek kereta saya tidak berfungsi. Saya nak elak langgar motor di hadapan, saya termasuk jalan sebelah."

Jeny datang berkunjung ketika Emily dirawat di unit rawatan kecemasan.

"Kereta I ada something wrong," jelas Emily.

"Maksud you?" tanya Jeny.

"Brek tak berfungsi tiba-tiba. I tak tahu apa sebabnya. Kereta I baru aja keluar bengkel. Pagi tadi elok aje," jelas Emily lagi.

Jeny diam mendengar itu.

"I risau, Jeny. Apa jadi pada baby tu?" ujar Emily.

"You stay here. I tanyakan untuk you. Jangan risau. Minta-minta diaorang okay," balas Jeny.

Emily hanya mengangguk. Sementara menunggu giliran untuk pemeriksaan x ray, dahinya diletakkan ais memandangkan bengkak agak besar. Sakit ya amat! Selesai keputusan x ray didapati, doktor melaporkan dia tidak ada mengalami kecederaan dalaman. Lega hatinya. Tetapi dia risaukan nasib suami isteri dan anaknya. Jeny sehingga kini masih entah di mana.

"Doktor, macam mana dengan pasangan suami isteri tadi? Anak dia?"

Dr. Ahmad memandang Emily. "Baby tu masih dalam rawatan. Pasangan suami isteri itu hanya cedera ringan. Baby tu kita masih belum tahu. Tunggu doktor pakar."

"Doktor pakar? Maksudnya kecederaannya serius?"

"Ada pendarahan dalaman," jawab Dr. Ahmad.

Emily terdiam.

"Saya mahu awak bertenang. Tiada siapa yang mahu keadaan ini. Jangan salahkan diri sendiri," ujar Dr. Ahmad lembut.

"Tapi sebab kereta saya mereka jadi begitu!" tegas Emily. Mula hendak menangis.

"Saya faham. Ada sesetengah perkara kita tidak rancang dan kita tak mampu elak. Emily, saya tahu semua orang akan rasa bersalah sekiranya jadi perkara seumpama ini. Tetapi kuasa kita tidak sebesar mana. Saya mahu awak bersabar," pesan Dr. Ahmad.

Emily diam. Berjam-jam dia terkedang dikatil rawatan. Luka yang dialaminya diberikan jahitan dan dicuci. Tidak lama kemudian Jeny muncul semula di situ. Matanya kemerahan macam baru lepas menangis.

"Macam mana???" tanya Emily sudah tidak sabar.

"Dia tak apa-apa," jawab Jeny lantas tersenyum sebelum memegang bahu Emily. Jururawat yang bersama Emily terus memandang ke arah Jeny.

"Alhamdulillah... takutnya I, Jeny. I takut ada apa-apa yang serius berlaku pada baby tu."

Jeny terus memeluk sahabatnya. Tanpa dilihat Emily, Jeny membuat isyarat kepada jururawat agar berdiam diri.

"Kita balik sekarang. Nanti bila you dah sihat, kita jumpa ibu bapa baby tu."

"I nak tengok baby tu. Please..."

"You sendiri pun sakit, Emy. Nantilah..." ucap Jeny lembut. Sedaya upaya tidak mahu Emily terus bercakap tentang bayi itu.

Lembik kaki Emily. Terpaksa dipapah untuk dibawa pulang. Agaknya semangatnya masih lemah.

Ketika melintasi salah satu pintu kegunaan kakitangan hospital, mereka berdua tidak perasan seorang lelaki berjaket dan bertutup hud bersandar pada pintu itu memerhatikan mereka berdua sehingga kedua-duanya hilang dari pandangan.

"Payback time..." bisik lelaki itu penuh dendam.


SEMENJAK tidak berkerja, kerja si Syafiq, melepak dengan teman-temannya di restoran sehingga ke tengah malam.

"Kau buat apa?"

"Aku putuskan brek kereta buruk dia," jawab Syafiq biasa.

"Jahat kau. Tak bahaya ke?"

"Biar dia kalut. Padan muka. Sebab dia aku kena belasah. Ngorat tak dapat-dapat. Sombong sangat. Aku kasi ajar sikit," ujar Syafiq selamba.

Yang lain ketawa entah kenapa. Mungkin lucu dengan gelagat Syafiq.

"Ada sekali tu aku hampir dah nak dapat. Sekali ada mangkuk ayun kacau daaa... melepas!" ucap Syafiq bangga.

"Mamat mana? Kau tak ajar mamat tu?"

"Aku belasahlah. Tapi lepas tu cabutlah. Takut kantoi," balas Syafiq bangga. Padahal dia tidak cerita dia yang hampir dibelasah Norman.

"Aku kalau jumpa mamat tu sekali lagi, memang pecah muka dia aku kerjakan." Syafiq berkata lagi.

"Kau kenal ke? Boleh repeat ramai-ramai kalau begitu," sambut yang lain.

"Entah. Aku tak kenal dia."

Tidak sedar orang yang sedang diperkatakan menelinga dari belakang Syafiq. Norman tersenyum sebelum menghirup teh tariknya. Kemudian setelah meletakkan wang dua ringgit di atas meja, dia segera berlalu dari situ.

Hampir jam tiga pagi, kawasan itu sudah lengang. Kebanyakan pengunjung restoran sudah pulang. Tinggal Syafiq dan teman-temannya. Setelah diberitahu restoran akan menutup operasi, barulah masing-masing beredar mencari kereta masing-masing.

"Huarghhh... mengantuk pulak," keluh Syafiq ketika berada di tepi keretanya.

Belum sempat dia membuka pintu, seseorang menarik bahunya agar berpaling. Tubuhnya ditolak ke arah kereta dan mulutnya ditekup kuat. Sepantas kilat lelaki asing itu merodok hujung pisaunya berkali-kali dengan cukup laju ke tubuh Syafiq. Perlakuannya begitu pantas sehingga tiada siapa menyedari kejadian itu.

"Balasan untuk perbuatan kau," ucap lelaki asing itu sebelum tubuh Syafiq dilepaskan.

Syafiq melurut jatuh ke aspal dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar. Lebih dua puluh tikaman diterimanya. Beberapa saat kemudian, dia kaku di situ. 

KHIANATWhere stories live. Discover now