meet

734 17 3
                                    

Taehyung berjalan dengan badannya yang lemah. Dia tidak lagi dapat bertahan. Dia mesti mencari darah yang ditakdirkan untuknya.  Semakin dia hisap darah yang tidak untuknya, selagi itu dia akan rasa sakit. Dia hanya memerlukan setitik darah sahaja.

Kim Taehyung vampire yg boleh meniru kekuatan musuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kim Taehyung vampire yg boleh meniru kekuatan musuhnya.

Cahaya matahari yang memancar ini membuat tubuhnya makin lemah. Mujur dia memakai jaket yang mempunyai tutup kepala. Itulah satu-satunya baju kegemarannya. Dia terus berjalan dan berjalan.

Wajah Taehyung pucat. Itu hoseok ! Aku mesti mengelak dari bertemu dengan dia. Lantas Taehyung masuk ke dalam sebuah kedai jahit pakaian. Kelihatan ada dua manusia di situ. Seorang gadis sedang menjahit manik untuk kain yang dipegangnya dan seorang lagi ahjumma yang agak tua

“Anak nak buat baju ke?” ahjumma tersebut bertanya.

Belum sempat Taehyung bercakap dia terpandang gadis yang sedang menjahit.

Belum sempat Taehyung bercakap dia terpandang gadis yang sedang menjahit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jeon jungkook seorang gadis biasa. Mempunyai 2 watak dan ada kemahiran pedang Alya

“Aduh!” gadis itu mengaduh.
 “jungkook, kenapa ni?” 

 “Eomma, terkena jarum ni. Darah sikit.” jungkook tersenyum. Sudah menjadi kebiasaan jika jarinya terkena jarum dia akan menghisapnya. Belum sempat dia melakukan, lelaki itu menghampirinya lalu mencapai tangan jungkook.

 “Apa ni?!” marah jungkook apabila disentuh begitu

“Encik jangan cuba mengapa-apakan anak saya.” eomma tergamam. Dia bimbang lelaki itu buat yang tak baik pada anaknya

“Eomma...” panggil jungkook. Tangannya dicengkam kuat. Dia terasa sakit.

Taehyung merenung darah yang keluar. Walaupun hanya setitik, dia terdorong untuk merasainya. Dia masukkan jari jungkook ke dalam mulutnya.

Taehyung terkaku. Dia rasa badannya segar. Luar biasa. Dia merenung wajah gadis di hadapannya yang dalam ketakutan itu. Adakah perempuan ini takdir aku? Taehyung menelan liur. Dia akui perempuan bernama jungkook seorang yang cantik dan muda. Dia tidak mahu berfikir lagi, lantas dia keluar dari kedai tersebut.

Sungguh! Dia rasa bertenaga. Dia berjalan pantas dan mencari tempat yang redup. Akhirnya dia pula semula rumah agam yang dianggap berhantu itu.

Hyung ke mana ni? Adik risau tau!” Seokjin menyapa hyungnya. “Hyung tak boleh sesuka hati sahaja keluar

“Betul kata Seokjin Eonni.” Sahut adik Taehyung yang kedua pula, jimin.

“diam!” marah Taehyung.

Seokjin dan jimin tergamam

“Hyung dah jumpa dia! Hyung dah jumpa!” 

Seokjin memandang wajah segar hyungnya itu. Baru dia sedar yang Hyungnya sudah pulih!

“Siapa dia Hyung? Cepat bagitau jinnie.” Seokjin tidak sabar untuk mengetahuinya.

“Dia... entah! Hyung pun tak kenal!” Taehyung ketawa dengan tiba-tiba. Sebenarnya dia benar-benar gembira. Dia tidak akan melepaskan perempuan itu.

“Hyung ni mental sejak minum darah perempuan tu ye?” Seokjin mula mengenakan hyungnya sendiri. Dulu hyung sakit, tak berani la nak gurau camni. Tapi tengok muka segar lain macam tu, boleh la huru hara sikit. Seokjin tersenyum.

“Sedap hati kata Hyung mental. Nak kena gigit ye jinnie ni.”

“Daripada hyung gigit jinnie, baik hyung gigit perempuan tu. Ada faedahnya. Okeylah. Jinnie nak pergi baca komik! Lagi bagus. Jom minnie” Seokjin terus berlalu bersama jimin.

Taehyung masih memikirkan tentang perempuan itu. Dia mesti menjadi isteri aku! Titik! 

Taehyung tersenyum lebar. Dia sudah membayangkan jungkook memakai pakaian pengantin dan menyerah diri padanya. Bahagia rasanya. Taehyung bagaikan sudah jatuh cinta pada Jungkook.

Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan kedai tersebut. Tak guna punya lelaki. Berani dia tunjuk perangai tak senonoh tu pada aku

“Eomma, mana pedang jeongguk! Malam ni juga jungkook pergi cari mamat tak guna tu!” jungkook  mengamuk. Dia tidak boleh tunjuk sikap sebenar pada sesiapa. Dia sudah berjanji pada arwah appanya. Hanya pada waktu malam sahaja dia boleh guna pedang tersebut.

“Sabar jungkook. “ Pujuk eomma.

“Tak boleh sabar ni.” Dia bangun dan mengambil pedangnya yang beri nama jeongguk. Jeongguk, malam ni kita cari mamat tu! Geram jungkook.








Bersambung.....sya akan sambung la..kalau macam tak ramai dan tak banyak komen...sya tak nak sambung la...jadi sila komen selepas baca ni....harap komen anda membantu sya untuk terus menulis part 2 pula hihihihi terima kasih

harap komen anda membantu sya untuk terus menulis part 2 pula hihihihi terima kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Husband Is Vampire 1Where stories live. Discover now