1 badan 2 jiwa

231 11 1
                                    

Ais krim nak pula minah ni. Tak apa la. Janji buah hati aku ni gembira. Taehyung tersenyum sendiri.

“Apa senyum-senyum hah?! Nak kena belasah!” marah jeongguk.

“Garangnya!” Taehyung berkata. Comel juga kalau jeongguk selalu marah-marah. Dia tersenyum lagi.

“Senyum lagi! Cepatlah bayar! Aku dah nak makan ni!” Ais krim di tangan dan kiri kanannya sudah hampir cair.

Taehyung membayarnya. Mereka berdua duduk di taman rekreasi. Jeongguk hanya makan dan makan tanpa pedulikan Taehyung.

 Jeongguk hanya makan dan makan tanpa pedulikan Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Comotnya!” tegur Taehyung. Dia mengelap tepi bibir jeongguk dengan jarinya.

“Kurang ajar!” jeongguk marah dirinya di sentuh begitu. Dengan pantas dia memanggil pedang  keluar lalu menghunuskan pedang tersebut tepat di leher Taehyung.

Taehyung hanya ketawa. Dia suka jeongguk bersikap seperti itu. Maknanya gadis ini pandai menjaga diri. Bagus! Bagus!

“Apa gelak-gelak ni? Kau memang nak mati ye?” makin membara hati jeongguk. Dahla ais krimnya terpaksa menjadi korban. Geramnya! Dia sempat menjeling ais krimnya yang masih belum habis lagi itu.

“Mati? Bakal suami sayang mana boleh mati.” Makin lebar senyuman Taehyung. Dia menyentuh pelahan pipi comel milik jeongguk.

“Tak guna!” jeongguk ingin kelar leher Taehyung tetapi sekelip mata Taehyung berada di belakang jeongguk bersama pisau istimewanya.

“Jangan bergerak, kalau luka, sayang juga yang susah kena layan nafsu saya ni.” amaran Taehyung kepada jeongguk.

“Nafsu?”

“Yup! Nafsu dahagakan darah...” bisik Taehyung dekat di telinga jeongguk.

Aku lupa yang lelaki ni vampire tetapi aku tetap nak lepas dari pisau ni. Jeongguk cuba bergerak tetapi malangnya pisau tu terkena leher jeongguk membuatkan darahnya mengalir sedikit.

Taehyung mengeluh. Memang sukar untuk dia mengawal perasan inginkan darah. Dia menarik tubuh jeongguk dalam pelukannya dan membawa masuk ke dalam semak dan dia biarkan jeongguk bersandar pada pokok.

“Saya dah beri amaran, tapi sayang tak dengar apa yang saya kata. Jadi jangan salahkan saya kalau...” kata-kata Taehyung terhenti.

“Kalau apa?” jeongguk tidak menyangka yang Taehyung sekuat ini. Makin marah jeongguk rasakan.

“Kalau...” Taehyung tersenyum. Dia menjilat darah jeongguk yang mengalir sedikit itu.

Jeongguk yang tidak suka di perlakukan begitu terus menendang perut Taehyung dan berlari masuk ke dalam hutan.

Taehyung hanya membiarkan jeongguk melarikan diri. Sekelip mata jeongguk hilang. Eh, pelik! Laju betul buah hati aku menghilang.

“Tolong!” jerit seorang perempuan. Taehyung mencari suara itu.

“jeongguk...” dia terkejut melihat jeongguk di situ. Kakinya tersekat di akar pokok yang besar. Jadi suasana di situ menjadi agak gelap kerana banyak pokok-pokok yang besar tumbuh.

“Tolong saya awak...” pinta jeongguk.

Taehyung perasan akan perubahan jeongguk. Dia mula rasa tidak sedap hati.

“Nail black!” bisik jeongguk apabila Taehyung rapat dengannya. Tubuh Taehyung terpelanting jauh dan dia terlekat di pokok.

“Paku?” Taehyung terkejut. Paku tersebut tidak boleh di tanggal oleh kuasa biasa sahaja. Habislah aku. Hari masih siang. Macam mana nak guna kuasa aku ni.

Tiba-tiba wajah jeongguk yang cantik berubah menjadi seorang budak.

“Wan Shan!” Taehyung mengenali budak itu. Dia adalah orang suruhan hoseok. 

This is wan shan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

This is wan shan




Aku akan bunuh kau hari ni!” kata Wan Shan. “Nail black red!” banyak paku yang keluar dari badan Wan Shan. “Serang!” 

Alamak! Taehyung berserah sahaja. Dia memejamkan mata. Tetapi dia rasa pelik kerana dia tidak rasa sakit pula. Lama dia rasa begitu. Rupa-rupanya jeongguk datang selamatkan dirinya. 

“jeongguk!” 

“Kau jangan nak salah faham. Aku datang sini bukan nak tolong kau tapi aku berminat nak berlawan dengan budak hantu ni!” jeongguk teruja melihat budak kecik berambut putih itu. 

“Pedang Alya!” jeongguk menyeru pedang istimewanya. Dia terus berlari ke arah Wan Shan. Wan Shan pula terbang sambil ketawa. 

Eonni tak kan dapat kalahkan saya...” Wan Shan tersenyum. “Nail Black Red!” Banyak paku yang berkumpul dan menyerang ke arah jeongguk. Jeongguk cuba mengelak. 

“Ish, budak kecik ni main terbang-terbang pula. Macam mana nak serang ni!” geram jeongguk. Taehyung yang hanya memerhati dari jauh hanya ketawa kecil. Lucu sungguh wajah jeongguk saat ini. Dia menunggu Wan Shan di kalahkan. Automatik kuasa pakunya akan hilang. 

Jeongguk dapat idea. “Sword wing!” jeongguk mengerakkan pedangnya secara kasar ke arah Wan Shan. Ada kuasa berwarna merah dikeluarkan menuju ke arah Wan Shan. Ketika itu Wan Shan tidak bersedia lalu terkena serangan jeongguk. 

“Kakak jahat! Kakak pun akan mati macam mak dan ayah saya!” Wan Shan mengamuk. Dia benci pada manusia yang melukai perasaannya termasuk mak dan ayahnya. 

“Takutnya...” jeongguk sememangnya berani. 

“Eonni akan mati!” mata Wan Shan menjadi hitam. Dia menyeru sesuatu dan benda yang diseru itu masuk ke dalam tubuh Wan Shan. Dia akan berubah menjadi raksasa. 

Mereka berdua saling berlawan. Ada satu saat jeongguk tercuai lalu dia terkena tumbukkan raksasa Wan Shan. Banyak darah keluar dari mulut jeongguk. 

Taehyung yang masuk dipaku tidak dapat menahan bau darah yang keluar dari tubuh jeongguk mula berubah menjadi ganas. Akibat terlalu teringinkan darah, sekelip mata kuasa paku itu tertanggal dari terus menyekatnya. 

Taehyung berlari pantas ke arah jeongguk. Dia telah menyelamatkan jeongguk daripada dilenyek oleh Wan Shan. Lagi sekali leher jeongguk yang luka digigit oleh Taehyung. Lalu kuasanya mula aktif. 

Dengan sekali tumbuk sahaja Wan Shan terus hilang menjadi debu-debu halus. 

“Sayang tak apa-apa.” 

Jeongguk masih terkejut dengan kuasa yang di miliki Taehyung. Dia jatuh cinta dengan kuasa itu. Kuasa yang kuat. Dia sukakan kuasa yang kuat. Akhirnya jeongguk tersenyum. 

“Aku tak apa-apa.” entah mengapa jeongguk tersenyum...





semoga terhibur membacanya.... macam biasa...komen

My Husband Is Vampire 1Where stories live. Discover now