feelings

192 10 0
                                    

Jungkook, mana kau pergi?" Rintih Taehyung. Dia tidak berjaya menjejaki kekasih hatinya itu. Dia terus melompat dari satu bangunan ke bangunan yang lain.




Terimbas kembali apa yang dilihatnya. Jungkook hilang sekelip mata dengan kabus putih sekelilingnya. Dia yakin,itu orang upahan hoseok. Tak habis-habis nak kacau hidup aku. Tapi muncul depan aku, tak berani langsung.Hish!




Teruk Ken dibelasah olehnya. Bukan dia tidak kasihan pada Mino tapi tuan dia, over sangat. Memang patut makan penumbuk aku.




Taehyung berjalan pula. Dia memandang sekelilingnya. Tiba-tiba, hatinya berlebar lain macam. Dia terus berpaling ke belakang.




Satu makhluk merenung tajam ke arahnya. 




"Siapa kau?" Taehyung tidak mempedulikan renungan tajam itu. Apa yang paling dia risau adalah jungkook.




"Aku?" Makhluk itu menghilang bersama kabus putih bersertakan dengan ketawa yang kuat.




Kini, Taehyung yakin. Kehilangan jungkook ada kaitan dengan makhluk tersebut. Dia kena cari seseorang yang dapat mengesan makhluk tersebut. Ya! Yoongi!!




***

Jungkook terasa tubuhnya sakit sangat. Perlahan kelopak matanya di buka. Sungguh dia terkejut melihat sekelilingnya.




Dia berada di sebuah tempat yang sangat tinggi. Tangan diikat. Tubuhnya tergantung. Kakinya tidak memijak lantai. Hanya asap putih yang kelihatan di bawahnya. Dia tidak pasti apa yang ada disebalik asap putih tersebut. 




Tubuhnya makin lengguh kerana diikat kuat dengan tali. Dia cuba leraikan ikatan itu tetapi tidak berjaya.




"Terlalu ketat!" Jungkook mengeluh. Tiba-tiba dia menangkap satu bunyi. Bunyi pintu yang dibuka dari luar. Pantas dia memejamkan mata. Pura-pura pengsan.




"Bagus tindakan kau!" Hoseok tersenyum. Dia yakin perempuan di hadapannya ada sesuatu yang berharga. Dia tahu yang Taehyung dalam kegelisahan mencari manusia ini.




“Terima kasih, tuan!” daniel berkata. Dia makhluk yang boleh menyerupai manusia. Wajahnya yang sekarang, sangat kacak dan bergaya. Berseri-seri walaupun dia satu makhluk yang pernah hidup dua ratus tahun.




“Aku ada satu rancangan...” hoseok memetik jarinya. Sekelip mata pakaian jungkook berubah menjadi gaun merah yang cantik. Dia memetik untuk kali ke dua. Pakaian Daniel pula berubah.




“Aku nak kau gunakan kuasa kau untuk menarik perhatian Taehyung. Selepas itu...” Mereka terus berbincang sambil berjalan ke arah pintu keluar.




“Baiklah, tuan!”




“Batal rancangan tu. Kau buat macam ni...” hoseok tersenyum jahat. Dia tahu yang jungkook sudah sedarkan diri. Rancangan pertama itu sengaja dia berkata dengan kuat supaya jungkook mendengarnya. Rancangannya berjalan seperti apa yang dirancang.




Tup...




Pintu tersebut tertutup. Terus jungkook membuka matanya. Apa yang perlu aku lakukan? Rancangan mereka memang tidak munasabah. Apa yang aku kena buat dengan keadaan terikat macam ni. Siapa nak tolong aku?

 Siapa nak tolong aku?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Husband Is Vampire 1Where stories live. Discover now