Malam ini bulan penuh. Jungkook bersedia dengan misinya. Tepat pukul 12 tengah malam dia mula mencari lelaki itu. Dia membawa si teman yang setia dan boleh menghidu bau lelaki yang tidak di kenalinya itu.
“yeontan, dapat hidu ke?” tanya jungkook pada haiwan peliharaannya. Yeontan hanya angguk dan berlari mengikut bau itu.
Manakala Taehyung pula sedang berjalan-jalan dengan gembiranya. Dia suka berjalan di waktu malam. Membuatkan tubuhnya semakin segar. Tambahan pula dia sudah dapat mencari perempuan yang ditakdirkan bersamanya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dia bersandar pada pagar bangunan yang ada. Selesa sangat dapat bersandar begitu . tambahan pula bulan malam itu sangat cantik dan tenang. Tempat yang tinggi adalah tempat kesukaannya. Macam king kong la pula aku rasa.
“Itu pun dia!” ada seseorang bersuara kuat dari atas.
Taehyung terkejut. Seseorang itu berdiri di bahagian lebih tinggi dari tempatnya berasa. Dia mendongak untuk melihat gerangan yang berkata-kata itu.
“Ambik ni!” jungkook cuba menetak Taehyung dengan pedang jeongguk miliknya.
Taehyung dengan pantas mengelaknya dan dia terduduk. Dia tersenyum lebar melihat perempuan yang berada di depannya itu. Senyumannya makin lebar apabila melihat pedang di tangan jungkook.
Nanti anak-anak aku pun boleh jadi kuat macam eommanya. Ish, pandai sungguh isteriku ini melindungi diri. Ini yang sayang lebih. Taehyung ketawa dengan tiba-tiba.
“Hahahahaha!” Taehyung ketawa sambil berdiri semula. Dia merenung wajah jungkook yang sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam
Jungkook tetap dengan wajah seriusnya. Dia terus menyerang Taehyung. Dia menghunuskan pedang tepat ke dada Taehyung tetapi lelaki itu mengelak dengan begitu mudah. Dia menukar pula ke arah lain. Kini sasaran jungkook pada kepala Taehyung pula. Dengan pantas Taehyung menyekatnya dengan dua tangannya.
Jungkook rasa geram. Pedangnya kini tersekat. Dia cuba juga menetak muka lelaki yang berlagak macho.
Taehyung tersenyum.
“Aniq!” Taehyung menyebut satu perkataan pelik.
Jungkook bertindak mengundurkan diri. Manalah tahu jampi pukau ke? Kang kes naya pula. Dia mengambil langkah berjaga-jaga.
“Kenapa sayang marah sangat ni? Saya ada buat salah ke?” Taehyung tersenyum lebar. Dia mengeluarkan sebatang lidi dari poket bajunya yang berwarna hitam itu.
Hati jungkook berdebar. Dia tidak menyangka lelaki ini ada kuasa yang kuat. Dia ingat hanya lelaki biasa.
Mata Taehyung sudah bertukar dari hitam ke merah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.