love

227 13 0
                                    


“Tak guna! Kalah lagi. Aku tak kan lepaskan kau, Taehyung!” hoseok mengamuk. Lenyap kuasa Wan Shan membuatkan dia boleh agak apa yang berlaku.

Dia menyeru yang lain. Dia tidak akan biarkan Taehyung bergerak bebas sesuka hati. Dia tidak akan berhenti selagi hari pemilihan ketua Vampire berhenti. Aku sepatutnya yang layak berada di situ.

“Keluarlah Mark!” Seru hoseok.

“Tuan!” Mark melutut. Wajahnya seperti manusia biasa. Berambut panjang dan tidak suka senyum. Wajahnya cukup. Rohnya terseksa. Dia mati kerana dibunuh oleh teman wanitanya sendiri. Rohnya tidak tenang dan setiap wanita yang ada perasaan cinta dalam hatinya akan dibunuh tanpa belas kasihan.

“Bunuh Taehyung. Sekarang!” arah hoseok


Jeongguk memandang wajah Taehyung. Sungguh! Dia jatuh cinta dengan Taehyung. Masanya semakin singkat. Bolehkah aku bersamanya sebelum aku menghilang? Lagi sepuluh minit lagi tepat jam 9 malam. Apabila dia menggunakan terlalu banyak kuasa, masanya semakin pendek dan singkat.

“Kenapa ni sayang? Lapar?” soal Taehyung yang masih ceria. Sedikit pun tidak kisah dengan layanan jeongguk terhadapnya.

“Aku nak jalan-jalan je.” jeongguk terus bangun dari tempat duduk di sebuah taman. Ada sebuah tasik di situ. Nampak biasa sahaja. Tiba-tiba hujan.

“jeongguk!” panggil Taehyung. Dia melindungi kepala jeongguk dengan jaket berbulunya itu.

“Ala, takat hujan, tak kan demam pun…” kasar jeongguk.

Hujan ni berbeza…” Serius suara Taehyung. Dia dapat rasa kan satu kuasa yang hebat.

“Berbeza…?” jeongguk berfikir. Tang mana yang berbeza. Air hujan juga? Bukannya air asid ke…

“Water bom!” jerit seseorang.

Taehyung leka memerhati sekelilingnya. Tiba-tiba dia di serang seseorang lelaki berambung panjang dengan kuasa air.

“Mark!” Taehyung kenal lelaki itu. Itu orang suruhan hoseok. Tidak putus-putus hoseok menghantar orang suruhannya untuk membunuhnya.

“Taehyung!” jerit Mark. Tangkas sekali Taehyung mengelak tetapi dia tidak kisah. Dia lebih berminat pada perempuan yang mempunyai rasa cinta dalam hatinya.

“jeongguk!” jerit Taehyung apabila tubuh itu ditarik oleh Mark. “Kau jangan nak apa-apa kan jeongguk.” Taehyung mula cemas. Gila tak cemas, buah hati kot.

“Aku tak kan apa-apa kan dia, Cuma aku…” serentak itu dia mengangkat tangan. “Kuasa. Kuasai perempuan ini. Menukar perasaan cinta kepada benci. Ikutlah arahan aku selagi kau ada perasaan benci itu!” Serentak dia habis berkata-kata, tangannya bergerak ke dada jeongguk untuk memasukkan gelombang cahaya merah hitam ke hati jeongguk.

“Tidak!” jerit Taehyung.

“Arrghhh!” jeongguk menjerit sekuat hati. Kini, matanya bertukar menjadi warna merah. Dia di rasuk oleh Mark.

“Pergi bunuh dia!” Mark memberi arahan pada jeongguk. Jeongguk terpaksa mengikut arahan tersebut.

Jeongguk!” jeongguk menyeru pedangnya. Dia berlari ke arah Taehyung lalu menetaknya berkali-kali.

Taehyung pula, apabila diserang oleh jeongguk, dia rasa tidak sedap hati. Mana mungkin dia memukul buah hatinya sendiri. Dia rela dibunuh oleh jeongguk tetapi bukan dengan cara begini. Dia tahu jeongguk dalam kawalan Mark.

Mark ketawa terbahak-bahak. Dia suka melihat pasangan yang bercinta itu gaduh. Bunuh dia! Bunuh!

“jeongguk, ini aku! Taehyung!” Taehyung cuba menyedarkan jeongguk tetapi hanya sia-sia. Jeongguk terusan menyerang Taehyung.

Taehyung tidak boleh terus berdiam diri. Dia keluarkan pisau kecilnya. Dia sempat menendang jeongguk jauh darinya tetapi tidak la kuat sangat. Kasihan jeongguk tak fasal-fasal kena terajang dengan aku.

“Aku menyeru kuasa Wan Shan. Datang kepadaku. Aku memerlukan kuasamu. Nail black!” Keluar banyak paku di tapak tangan Taehyung. Dia menghalakan pada jeongguk.

Jeongguk terkena Nail Black. Dia terlekat pada pokok besar yang ada di taman tersebut. Dia tidak dapat bergerak.

Mark rasa geram. Ingatkan dia tidak perlu keluarkan tenaga tetapi apabila melihat jeongguk sudah terkunci, dia terpaksa membantu menghancurkan paku tersebut.

Jeongguk, sedarlah! Ni aku! Aku! Aku…” Taehyung berusaha berkata supaya jeongguk ingat padanya. Tiba-tiba air mata jeongguk mengalir. Dia angguk kepala.

Mark menggerakkan tangannya seperti ingin memanah. Unsur airnya digunakan sebagai senjata. Dia ingin memanah Taehyung yang masih leka bercakap dengan jeongguk.

“Mati kau!” Mark lepaskannya. “Panahan Air!”

Taehyung tidak boleh bersabar lagi. Dia mengelak serangan Mark. Paku yang mengunci jeongguk terhapus. Aduh! Susah kalau minah ni boleh bergerak.

“Bunuh dia!” arah Mark.

Jeongguk terus menyerang Taehyung. 

Taehyung pula sengaja berlawan berhampiran dengan Mark berdiri. Lelaki itu tidak menyedari lagi. Semasa jeongguk ingin menyerang Taehyung tetapi lain yang berlaku. Jeongguk menyerang Mark!

“Berani kau pukau jeongguk! Lelaki tak guna!” marah jungkook. Tempoh masa jeongguk di hidupkan sudah tamat. Jungkook kembali kepada asal. Ketika ini jungkook tiada perasaan cinta pada Taehyung, jadi dia tidak akan terpukau dengan arahan Mark. Hanya jeongguk yang ada perasaan cinta tetapi bukan jungkook. Jungkook masih belum mengenali Taehyung.

“Tingkat kuasa Alya. Jeongguk, bantulah aku!” pedang Alya bertukar bentuk menjadi lebih besar dan berwarna biru terang. Sekali jungkook menghayunkan pedang Alya, Mark terhapus.

Taehyung yang melihat dari jauh terkesima.

“Bukan kau dah kena pukau, jeongguk?” soalnya keliru.

“Aku jungkook la…” kata jungkook lalu menghilangkan pedang Alya. Dia sangat letih hari ini.

“jungkook? Jeongguk? Dia ada dua diri ke?” Taehyung makin serabut. “jungkook, terangkan kepada aku!” geram Taehyung.

Tak nak! Aku benci kau! aku benci sebab jeongguk suka kau!” jungkook tidak suka Taehyung. Begitu mudah jeongguk jatuh cinta pada lelaki yang dah hisap darahnya. Tidak mungkin aku akan jatuh cinta sekali.

Jungkook!” pantas Taehyung menyambar lengan jungkook. “Aku nak penjelasan dari kau!” serius nadanya.

“Uwweeekk!” jungkook pijak kaki Taehyung lalu melarikan diri.

Taehyung hanya mampu gelengkan kepala. Awatlah minah ni nampak makin comel macam tu. Dia tersenyum lalu mengejar jungkook. Kalau jeongguk pun aku dapat buat dia jatuh cinta dengan aku dalam masa 12 jam, ini kan pula kau yang hati lagi lembut dari jeongguk. Tunggulah aura romantik aku keluar ye?

 Tunggulah aura romantik aku keluar ye?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Husband Is Vampire 1Where stories live. Discover now