you

207 9 0
                                    

Taehyung terus mengekori langkah jungkook yang ingin meninggalkan dirinya. Kau tak kan lepas dari aku. Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku! Jam 9 malam jeongguk sudah meninggalkan aku. Sekarang tinggal jungkook yang degil ini.




"Jungkook!" Panggil Taehyung. Perempuan ni memang degil la!




"Ken!" Panggil jungkook apabila melalui sebuah kedai menjual binatang.




Jantung Taehyung berdegup kencang. Siapa pula mamat ni? Kacau daun sahaja. Boleh pula buah hati aku tersenyum. Tersengih-sengih depan jantan ni. Memang buat hot melampau ni.




"Eh, dear! Kenapa ada kat ni? Bahaya dear keluar malam-malam macam ni." Nasihat Ken. Sudah menjadi kebiasaannya memanggil jungkook itu 'dear'. Jungkook sangat manja dengannya.

What? Dear? Apa kejadah ni? Memang muka minta penampar aku je. Aku nak panggil sayang pun, kena bertaruh nyawa untuk menyebutnya. Kau senang-senang dapat berdear-dear dengan jungkook. Bikin hot! Memang hot!




"Ken, mana kucing yang saya suka tu. Tak nampak pula." Jungkook bertanya. Dia tidak mempedulikan langsung Taehyung yang sudah masam mencuka itu.




"Tu, tengah makan ikan. Mana nak ingat tuannya dah," ujar Ken. Dia memerhati lelaki yang berada di belakang jungkook. Kadang-kadang mata lelaki itu bertukar merah. Merah? Vampire ke? Bahaya kalau jungkook dekat dengan lelaki macam ni.




"Ala comelnya. Geram!" Jungkook melihat nomi dari jauh.




"Baik dear geram pada Ken. Ada juga faedahnya daripada geram pada Nomi. Kan Nomi?" Lantas Ken mengusap lembut kepala Nomi. Nomi mengeaw... Nomi baru sahaja habis makan. Nomi menjilat-jilat tangannya.




"Comelnya jungkook..." puji Taehyung. Dia juga mengusap Nomi tetapi kucing hitam itu mahu menggigit. Kucing ni macam tahu-tahu saja aku puji jungkook yang comel. Bukan kucing ni. Alahai... Tak sangka buah hati aku ni penyayang sangat. Suka kucing. Meaww...




"Kau jangan la kacau Nomi. Dia susah nak suka orang yang baru jumpa dia." Jungkook berkata. Lelaki ni tak reti nak blah ke?




"Betul kata, dear tu. Aku Ken..." Ken hulurkan tangannya untuk bersalam dengan Taehyung.




Taehyung pula perlahan mengeluarkan pisau istimewanya. Dia rasa mahu menikam Ken. Tidak disangkanya, dia dapat menyerap satu kuasa apabila dia menyentuh tangan Ken. Pantas dia kembali menyembunyikan pisaunya.




"Aduh!" Tangan Ken berdarah sikit.




"Ken!" Jungkook terkejut lalu mengikut langkah Ken masuk ke dalam kedai.



Taehyung mengeluh. Menyampah dia melihat Ken yang gedik. Luka sikit je pun. Tak perlulah layan macam putera raja. Dia menuju ke arah kerusi hujung jalan sana. Bau darah membuatkan dia rasa tidak selesa. Kang tak pasal-pasal aku hisap darah mamat ni sampai kering kan.




Dia berbaring atas bangku panjang yang berhampiran dengan sebatang pokok yang besar. Selesa sangat. Matanya terpejam. Dia ingin berehat sekejap dengan kepala berlapikkan lengan.




Tiba-tiba ada sesuatu atas badannya. Dia membuka mata. Kelihatan kucing hitam yang sombong tadi duduk atas dadanya.




"Tadi sombong dengan aku..." geram Taehyung. Lantas tangannya mengusap bawah mulut Nomi dengan lembut dan mesra.




Nomi memejamkan mata. Tanda dia selesa diperlakukan begitu. Kadang-kadang Nomi mengeluarkan bunyi yang selesa.




Ken dan jungkook keluar kembali dari kedai terkejut melihat Nomi bermesra dengan Taehyung. Tanpa Taehyung sedari, Ken mempunyai kuasa yang membuat binatang suka padanya.




Ken merengus kasar. Dia tidak suka kehadiran Taehyung yang dirasai mengganggu segala urusan hidupnya.




"Ken, aku balik dululah."




"Okey. Take care..."

Cepat-cepat jungkook hilangkan diri apabila Taehyung terleka dengan Nomi.




"Mino!" jerit Ken dengan kuat ketika tiada orang di situ. Secara automatik Nomi menjadi seorang serigala yang besarnya macam seekor gajah menindih dada Taehyung. Taehyung pantas mengelak dari ditindih. Berat kot makhluk ni.




Ken ketawa kecil. "Vampire macam kau ni, lemah!" hinanya lagi.




"Lemah ke? Tapi kenapa aku berjaya mengawal Mino?" balas Taehyung. Dia tersenyum. Dia sudah dapat meneka apa kuasa Ken. Dapat mengawal binatang. Ingat aku lemah sangat ke? Belum cuba belum tahu.




"Memang sungguh mengejutkan jika kau boleh mengawal Mino. Mungkin Nomi kau boleh bermanja-manja tetapi dengan Mino jangan harap! Mino, serang dia!" arahnya.




Mino mengejar Taehyung. Taehyung tunggu apa lagi. Selamatkan diri la. Buat apa tunggu lagi. Sekali si kucing kecik ni cakar aku, mahu terkoyak badan aku. Dia memanjat bangunan sehingga tingkat ke atas. Malam semakin melabuh tirai.




Kalau ada jungkook kan best. Mesti aku bolehlah tambah tenaga kalau dia ada. Mana dia pergi kan? Dari bangunan tinggi ini dia berdiri. Memerhati dari jauh di mana jungkook. Matanya ternampak jungkook tetapi...




"Tak guna!" marah Taehyung.





"Jungkook..." Ken berkata. Rupa-rupanya Ken berada di sebelahnya. Nampak apa yang Taehyung nampak.




"Ini semua salah kau!" geram Ken.




"Apa pula aku?"




"Kau vampire!"




"So?!" makin menyampah Taehyung melihat Ken. Hanya tahu salahkan orang sahaja. Macamlah dia tidak pernah melakukan kesalahan.




"Aku akan bunuh kau!" Kali ini Ken pula berubah bentuk kepada haiwan yang ganas.




Terbeliak mata Taehyung. Aku tak nak berubah macam dia. Buruk! Tapi aku dah serap kuasanya dengan menggunakan pisau peniruan kuasa ini. Tak apa. Lupakan dia.




Taehyung ingin mengejar jungkook. Makin lama dia bersama Ken, makin dia sakit hati. Ken dan Mino terusan mengejar Taehyung.




"Bukkk!" Taehyung terkena tumbukan Ken sehingga badannya terpelanting. Main kasar betul si Ken ni. Nak tengok sangat aku serius. Okey fine!




Mata Taehyung sudah bertukar menjadi merah. Dia mengeluarkan aura yang cukup kuat. Ken sikit pun tidak takut.




Kali ini Taehyung menggunakan kuasanya sendiri.




"Aku menyeru kuasa yang tersembunyi. Keluarkan kau menjadi satu denganku. Menjadi satu kuasa yang tiada tandingan. Power Moon!" Kuasa Taehyung menjadi sungguh luar biasa.




Kuatnya kuasa dia! Ken dapat rasakan sesuatu yang sangat kuat.




"Mino!!!!" jerit Ken apabila melihat Mikon tercedera.





"Mino!!!!" jerit Ken apabila melihat Mikon tercedera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Husband Is Vampire 1Where stories live. Discover now