fight

281 11 0
                                    

Wajah keliru jungkook dipandang oleh Taehyung. Rasa kasihan pada buah hatinya itu. Jungkook tidak seharusnya terlibat dalam pergaduhannya dengan hoseok.

“Sayang jangan takut.” Pujuk Taehyung. “Ini urusan saya dengan dia. Sayang jangan masuk campur, okey!” Taehyung tahu yang jungkook pasti terkejut dengan apa yang terjadi.

Taehyung tinggalkan jungkook di situ dan menghadapi Darguis. Siap kau! Kacau aku date dengan jungkook ya. Mati kau! Marah  Taehyung dalam hati.

Taehyung mengeluarkan pisau kecil miliknya sejak dia berusia 9 tahun lagi. Arwah ayahnya berikan padanya. Ia amat tajam dan boleh memotong apa sahaja.

“Ini untuk kau sebab dah menyerang buah hati aku.” Taehyung menghayunkan pisaunya ke arah Darguis dan tangan Darguis terpotong. Segala-galanya berlaku sangat pantas.

Darguis selamba sahaja. Tiada tanda yang dia rasa sakit. Beberapa saat kemudian, tangan baru tumbuh semula.

Taehyung tersenyum. Hebat juga lawan aku malam ni.

Hoseok pula sedang duduk dan menjadi penonton setia. Dia ingin menyaksikan kematian Taehyung. Taehyung masih tidak tahu yang kuasa dan kekuatan hoseok sudah bertambah. Dia seorang yang berbeza kini.

Sempat hoseok memerhati perempuan yang dilindungi oleh jungkook. Menarik!

Taehyung cuba menghampiri Darguis. Kuasa peniruannya hanya berlaku apabila dia bersentuhan dengan pihak musuh.

Darguis mengelak dan dia melepaskan lagi power Dark. Nasib baik Taehyung sempat mengelak.

Jungkook pula kerana terlalu takut, dia cuba bergerak ke tempat lain. Dia melalui belakang Taehyung tetapi rebah di situ. Kakinya benar-benar sakit. Taehyung perasan pergerakan jungkook pada masa yang sama Darguis melepaskan lagi power Dark.

Jika aku mengelak, pasti jungkook yang kena. Tanpa berfikir panjang Taehyung berpaling dan berlari ke arah jungkook lantas memeluk tubuh kekasihnya itu. Dia mahu melindungi jungkook.

Taehyung terkena Power Dark. Baju bahagian belakangnya koyak. Jungkook tergamam. Lelaki ni lindungi aku? Jungkook tidak menyangka ini yang berlaku.

“Sayang tak apa-apa?” soal Taehyung. Dia meleraikan pelukannya. Ingin sekali hatinya melihat wajah jungkook tersenyum.

Jungkook hanya mampu merenung Taehyung sahaja. Dia tidak pasti mahu menjawab apa sedangkan banyak darah mengalir dari mulut Taehyung.

“Sayang jawablah. Sekurang-kurangnya hati saya lebih tenang.” Pujuk Taehyung.

“Saya okey...” akhirnya jungkook jawab.

Taehyung tersenyum. Dia menggunakan kuasa penyembuhnya. Tetapi mengambil masa. Darguis tidak berdiam diri, dia terus menyerang Taehyung.

“Blades wind!” tiba-tiba tubuh Darguis keluar pisau yang banyak.

Taehyung perlu mengelak serangan ini. dengan tenaga yang masih ada. Dia mencempung tubuh jungkook lagi ke tempat selamat.

“Boleh tak saya minta tolong?” Tenaga dia tidak mungkin akan sembuh dalam masa yang cepat. Dia perlukan sesuatu yang lebih berkuasa.

“Tolong apa?” jungkook keliru. Dia merenung mata Taehyung yang kelihatan makin merah pula. Dia menelan liur.

“Tolong beri darah sayang sikit. Setitik dah mampu buat kuasa saya kembali.”  Kata Taehyung penuh yakin. itulah kelebihan yang diberikan. Hanya setitik sahaja sudah mampu buat dia berkuasa kembali. Cuma yang menjadi masalah, mampukah dia mengawal nafsu dahagakan darah jika sudah menghisapnya.

My Husband Is Vampire 1Where stories live. Discover now