3[Bertarung]

133 14 0
                                    

Bab 3

"Err.. apa tu?" Elyan dengan bodonya cuba mengalihkan perhatian Delvion,tetapi nampaknya Delvion termakan dengan tipu-helah Elyan pada kali ini.

Delvion mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan oleh Elyan.

Pak!

"Auch!Nak haram!" Delvion menggosok kepalanya yang baru di-kick oleh si Elyan.

"Hehehe..." Elyan hanya tersengih,mata Delvion sudah merah menyala.

Mereka kini berada di tengah hutan yang jauh berbatu-batu daripada sekolah.Kalau dikira-kira sudah 22 minit mereka lewat masuk kelas.Kesah pula ponteng kelas pada kali itu?

"Grrr!" Delvion menerkam Elyan menyebabkan mereka berdua jatuh bergolek-golek di atas lantai hutan.Daun-daun kering memenuhi baju seragam mereka.

"Arrr!" Delvion mengaum seperti harimau kelaparan,eh memang harimau pun.Delvion menggores wajah Elyan dengan kuku-kukinya yang tajam macam hari-hari asah.Padahal baru je tadi muncul.

"Ahh..." Elyan mengaduh kesakitan.Pipinya terasa perit.Malangnya,hanya sedikit darah yang keluar.Dia kan vampire si keturunan yang kehausan darah sebab darah mereka sendiri tidak ada.

Fakta ke mitos ni,ahaks?

"Elfian,kamu sudah siap masak nasi belum?" Elyan menjerit sambil mengelak terjahan kuku Delvion dengan pantas.

"Sekejap lagi," Elfian melaung dari jauh.Katanya lepas masak nasi si Delvion ni boleh jadi lauk mereka untuk hari itu.

"Bodoh amat," kutuk Delvion sambil tersengih sinis.

"Apa yang bodoh?" Soal Elyan tidak puas hati.Mungkin sebab sekarang mata mereka berada di tangga1-0.Satu mata untuk Delvion dan kosong untuk Elyan.Huh!

"Kamu ingat boleh kalahkan saya dengan mudah?Saya keturunan raja harimau yang abadi,yang tak mungkin mati begitu sahaja." Delvion menindih tubuh Elyan dengan keras.

"Oh ya?" Tanya Elyan kebosanan.Bosan gilak cerita si Delvion ni.Sama bosan dengan cerita The Vampire 2 ni,uhg!

Oleh sebeb tidak mampu melepaskan diri,Elyan mengambil kesempatan untik menendang celah kelangkang Delvion.

"Argh,shit!" Pantas Delvion melepaskan tubuh Elyan dan begolek entah ke mana sambil menutup kelangkangnya yang terasa ngilu sampai ke jantung.Berdenyut-denyut rasanya.Delvion mencarut tak sudah selepas kejadian itu.

Elyan bangin sambil tersengih.

"Matilah nak,mandul hahaha!" Ejek Elyan,luka di pipinya sembuh begitu sahaja.

"Kurang ajar betul perangai kau!" Sekali lagi Delvion cuba menerkam Elyan.Elyan mengelak menyebabkan terkaman Delvion tersasar banyak.Ngam-ngam di belakang Elyan ada sebuah pokok,maka Delvion melakat di situ dan melurut jatuh ke bumi dengan layu.

"Ehek,mudah je nak kalahkan si harimau palsu ni tambah bengong haha." Elyan hanya memerhati tubuh Delvion yang sudah terbaring lesu.Pengsan sia.

"Woi,itu pun nak pengsan ke?" Elyan menendang bahu Delvion dengan kasar.Namun tiada sebarang reaksi.Ah,mesti si Delvion lemah semangat lepas bahagian 'anu'nya kena tendang tadi.Kesian juga.

"Elf,macam mana sekarang?" Soal Elyan kepada Elfian yang masih sibuk menyalakan api.Lah,baru mau pasang api ke?Ingatkan habis dah 100kg beras jadi nasi.

"Jap.."

"Kau ni sejak 30 minit yang lalu sekejap ka─"

Puk!

Serta-merta dunia Elyan menjadi gelap.

"Sekejaplah,5 minit lagi masaklah nasi ni okay.Kau ikat Delvion dekat pokok tu dulu." Kata Elfian tanpa mengalihkan perhatiannya kepada Elyan yang sedang diseret oleh sepadang tangan.

"Ah,Elyan kita tukar posisi ah!" 20 saat kemudian,Elfian mengeluh kuat.Lalu bingkas berdiri dan meregang-regangkan ototnya yang lama berteleku tadi untik memasak nasi.

"Elyan?" Panggil Elfian lagi apabila sahutannya tidak berjawab.Dia mula memandang ke sekelilingnya.

"Mana Elyan?Dan Delvion?" Soalnya pada diri sendiri apabila tidak melihat siapa-siapa di situ.

Wushhh!

Bunyi tali bergeser dengan angin kedengaran kuat.Dan... suatu objek kini terjuntai di hadapan Elfian.Elfian ternganga sikit.

"Weh Elyan,pebende kau bergayut sana macam tarzan.Saya suruh kau ikat Delvion bukan main gantung-gantung macam.. grrr!"

"Amacam hebat tak?" Mata Elfian mencerlung tajam ke arah Delvion yang merangkap di atas lantai hutan macam monyet berjalan.

"Bye,saya balik sekolah dulu.Jumpa lagi.." Delvion melambai lantas menghilangkan diri dengan sepantas kilat.Tak sempat Elfian menendang bahagian sulitnya buat kali yang kedua.

"Uhuk!" Elyan tersedar daripada pengsan.Elfian masih berdiam dengan rasa tidak puas hati di dada.

"Elfian,tak nak turunkan saya ke?" Soal Elyan setelah lama menunggu.Dia sebenarnya sedang bergantung ketika itu dalam keadaan kaki di atas.Parah betul kalau cuai macam ni.

Akhirnya diri sendiri yang menanggung kekalahan yang menyakitkan.

Selepas menurunkan Elyan,mereka turut segera kembali ke sekolah.

"Elyan,macam mana kau boleh lepaskan dia?"

"Elfian,kau pandai masak nasi ke tidak?" Mereka kini saling berbalas pandang,tajam.

"Ah,sudahlah." Elfian akhirnya mengalah dan melangkah ke arah kelasnya.Begitu juga dengan Elyan.Sampai di kelas masing-masing,dengan selamba masuk dan mencari tempat duduk seperti tiada apa-apa yang berlaku.Cikgu yang berada di kelas mereka ketika itu juga seperti angin lalu.Pew..

Yang lebih menarik,pakaian mereka bersih seperti sediakala seperti baru balik dari kedai dobi uiyo.Entahlah nak apahal hambar sangat cerita ni,hiks.

"Elyan,bila kau nak berubah?"

Atau,

"Elfian,ni bukan hotel." Hah,itulah antara kata-kata cikgu yang mengajar dan tiba-tiba Elyan ataupun Elyan muncul entah dari mana.Kalau boleh rasa macam nak sepak je muka suci budak kembar tu tapi kalau mati kang macam mana.Dibuang sekolah pun takde guna sebab datuk si kembar ini adalah pemilik sekolah itu.

Elfian memeriksa laci mejanya,ada sepucuk surat di situ.

Tertera di permukaan kertas itu dengan huruf-huruf yang berbunyi;kau rasa apa yang boleh buat vampire mati?

Ditulis dengan cecair merah dan baunya sungguh menyengat hidung sehingga membuatkan Elfian dan Elyan terliur.

THE VAMPIRE 2 [HOLD]Where stories live. Discover now