Bab 4
Ini semua salah siapa?Salah otak penulis!Kenapa dia menjadikan kami seperti ini?Apa yang dia inginkan?Ahrg!Stress dengan hidup yang pelik macam ni?
Hah,makanlah kit-kat untuk menceriakan hari-hari anda.Eh,tiber je.
"Kamu tahu apa yang kamu lakukan kali ini benar-benar salah?" Pengetua Anjiba daripada keturunan Arab tetapi bukan Arab itu berkata.
"Tau,tuan." Elfian dan Elyan menjawab serentak.Mereka kini berada di bilik pengetua yang agak luas dan santai itu.
Ada tempat minum-minum kupi',ada tempat menonton tv,malah kolam renang pun ada.Sandi'.
"Jadi kenapa kamu masih mandi di kolam renang saya??" Pengetua Anjiba membentak marah.
"Kami tidak sengaja," balas Elyan dengan nada yang sentiasa mahu mengalah.
"Delvion yang mengajak kami,eh mana Delvion kenapa dia tak kena panggil sini?" Sambut Elfian pula dengan nada yang selalu menyalahkan orang lain dan tidak mahu kalah.
Itulah yang membezakan sedikit-sebanyak sikap di antara Elfian dan Elyan.Penulis pun baru tau-
"Tidak sengaja dan diajak oleh orang lain itu alasan sampah!" Pengetua Anjiba mengetap gigi keras.Hampir patah bahagian giginya yang sudah reput sana-sini.Maklumlah umur sudah masuk separuh abad.Tapi,masih acah bujang dengan mengurat mak Anna.Puih!
"Alasan dan sampah itu tidak bersinonim,cikgu." Seperti biasa Elfian akan berlawan kata.Tidak mahu mengalah dengan mudah.
"Kamu diam!"
"Cikgu juga patut senyap."
"Saya kata,kamu diam!" Suara pengetua Anjiba itu naik seoktaf demi seoktaf.Memang bilik itu dicipta dengan dinding yang kalis bunyi supaya orang luar tidak mendengar sebarang jeritan- di situ.
Memandangkan hampir semua pengetua di situ suka menjerit dan suka memendekkan umur tak kira lelaki mahupun gadis.
"Cikgu,ada apa cikgu panggil kami ke sini?" Elyan menyampuk.Mungkin sudah kebosanan kerana sudah hampir 2 jam mereka di situ menghadap muka pengetua itu yang sudah berbulan di kepala.Tinggal kepala bahagian sisi sahaja yang ada rambut.Atasnya licin selicin-licinnya.
Alah macam saintis gitu.
"Oh bagus pertanyaan kamu Elfian.."
"Saya Elyan,cikgu." Elyan membuat muka pasrah.
"Cikgu patut guna spek sebab kami pakai tanda nama kami sekarang ini." Sindir Elfian.Walaupun mereka budak paling jajal(nakal) di sekolah itu namun mereka masih mengikut garis panduan peraturan sekolah seperti memakai tanda nama diri dan lencana sekolah lain.
"Cikgu,bukan muda lagi Elfian." Eh,sedar diri pun.Pengetua Anjiba mengambil sehelai tisu dan mengesat matanya.Elfian tahu tadi dia nampak tahi mata di tepi mata pengetua itu.
Lepas kesat mata,pengetua Anjiba mengesat hidung pula.Hrusssh!Bunyi cecair pekat di bahagian hidung itu kedengaran dihembus keluar.
Elfian dan Elyan diam membantu sambil mengeluh jijik.
"Okay,kali ini saya nak denda korang.." pengetua Anjiba menghentikan kata sebentar.
"Denda apa?" Elfian dan Elyan menjawab serentak,tak sabar.Alah setakat cuci jamban bolehlah.Atupun cuci bontot pengetua ni setiap hari,fuh kacang je.
"Saya nak korang jangan buat perkara tu lagi?" Pengetua Anjiba kelihatan tersenyum sinis.
"Perkara?Perkara apa?" Elyan bertanya kebingungan.
"Heh,jangan buat-buat tak tahu.Saya tahu korang selalu buat aktiviti dekat internet yang menyiarkan tawaran jadi boypren tahi itu.Dan banyak sudah mangsa-mangsa yang kena dan terpaksa membayar korang sampai beratus-ratus ringgit.Sehingga.. pada suatu hari anak saya pun terjebak sama."
"What?!!!" Elfian dan Elyan menjerit serentak.Dengan suara Lady Gaga mereka,maka pasu bunga pengetua Anjiba dalam bilik itu pecah berderai begitu sahaja.
"Hahahahahaha!" Kemudian,Elfian dan Elyan tergelak besar.Sambil bertepuk tangan macam monyet mendapat bunga.
"Apa yang korang gelakkan?" Pengetua Anjiba menghentak meja dengan kuat lalu menggosok tapak tangannya yang kepedihan itu.
"Terima kasih atas makluman ini cikgu,rupa-rupanya duit yang kami dapat selama ini juga ada yang daripada cikgu sendiri.Ahaks!Rasa terhutang budi pula kalau macam ni," Elfian dan Elyan saling berpelukkan dengan perasaan terharu.
Pengetua Anjiba terdiam.. lama.
"So,hentikan perkara itu atau cikgu sendiri yang hentikan perbuatan kamu itu?" Pengetua Anjiba menggosok dagunya penuh macho.
"Eh,mengugut pula orang tua ni."
"Sopan sikit,Elfian!Kau sedang berdepan dengan pengetua sekolah paling elit pada abad ini." Marah sangat nampaknya pengetua Anjiba ini.Tapi,belum ada tanda-tanda kena darah tinggi.Ceh!
"Baiklah,kami tak akan hentikan perbuatan kami itu." Elfian menjawab dengan lembut.
"Huh?!"
"Macam mana nak hentikan cikgu,itu adalah sumber kewangan kami.Walaupun ibu bapa kami juga antara bangsawan di dunia ni,tapi kami mahu merasai duit hasil titik peluk kami sendiri.Lihatlah usaha penuh keyakinan kami ini.Kami anak-anak yang suka berfikari,tau." Elfian berkata dengan penuh semangat membuatkan pengetua Anjiba menganggukan kepala berulang kali.
"Oh okay faham,kalau macam tu korang kena buat dendaan lain." Balas pengetua Anjiba dengan tennang dan malu.Malu apa bosskur?Euw,penulis masih belum berjangkit dengan kemaluan pak najib itu.
"Dendaan apa lagi?" Kata Elfian dan Elyan juga ten-nang gitu.
"Korang kena temankan cikgu shopping petang ni.Soalnya,isteri pertama cikgu sedang malancong ke luar negara.Isteri kedua pula balik kampung.Isteri ketiga lari dengan lelaki lain.Jadi,saya nak cari hadiah untuk bakal isteri keempat saya.Gimana?Boleh kan,boleh kan??"
Elfian dan Elyan ternganga luas.Seriuslah,ada perempuan nak lelaki macam ni.Erk,duit bro.Ada duit,isteri pun banyak mah.
Tanpa mereka sedari,ada seseorang yang mengintip mereka sejak tiga jam yang lalu.
YOU ARE READING
THE VAMPIRE 2 [HOLD]
Vampire[Hold] Sambungan cerita the vampire tapi terpaksa hold sebab jalan cerita hilang entah ke mana huhuhuhuhu