Bab 5
Berkemah,berkemah,berkemah sama si nopal,si nopal,si nopal,anaknya bantaton(sabah maksud dia suka kentut).Ehe!
Eh,nopal kau salah masuk ruangan do.Ni cerita vampire.Bukan cerita #animasinopal.Haih..
Okay sambungan kepada cepter sebelum ini.Maka,pada malam itu pun si kembar terpaksa menemani pengetua Anjiba membeli-belah di pasar malam.Katanya,bakal isteri keempatnya itu suka makan ikan masin.Lagi mengidam apa?
Lepas beli satu kilo ikan masin,mereka pun bertembung dengan wawa di tengah jalan yang sepi.Bila dilihat-lihat wawa kelihatannya lagi sedih.Kenapa ya.
"Wa,kau kenapa nangis-nangisan?" Elyan cuba menyapa.
Wawa yang tadinya menunduk terus angkat wajah.Bah!!!Terkejut Elyan dibuatnya,sebenarnya pura-pura terkejut untuk menjaga hati Wawa yang rapuh.
"Saya.. saya.. saya.. saya nak balik kampung Elyan ehe," kata Wawa sambil menangis tersedu-sedan.
"Terus?" Soal Elyan.Elfian dan pengetua Anjiba sudah menarik-narik lengan Elyan supaya pergi dari situ.Manatau Wawa ini jelmaan makhlus kasar tidak!!!
"Sekejap ElfJiba!" Setelah hampir 20 tarikan,Elyan terpaksa menggabungkan nama Elfian dan pengetua Anjiba agar bersabar sedikit lagi.
"Begini,Wawa nak khawin dengan Kasim tapi Wawa kurang bajet untuk balik ke kampung.Uhuuuuu..." Wawa semakin melalak.
"Udah Elyan,tinggalkan saja perempuan gila ini.Entah-entah dia setan,ayoh!" Elfian terus mengangkat badan Elyan dan mereka bertiga meninggalkan Wawa kembali bersendirian di situ.
Akhirnya,sampai di situ saja kisah Wawa dalam citer ini.Hah tepok!
Seterusnya,selepas menghantar pengetua Anjiba di hotel gagah untuk makan malam bersama bakal isteri keempatnya.Elfian dan Elyan pun berjalan kaki balik ke rumah masing-masing.Eh,asal masing-masing?Bukan rumah sama ke.Apa-apa je lah penat tau cari ayat supaya setiap bab cerita ni sampai 800 patah perkataan.
Eprisiet sikit dong.Ewah,kemain gedik ayat kau.Nyebut biar bener.Appreciate lah,apa natang eprisiet ni sampah?
Pak!Pak!Pak!
Semasa dalam perjalanan pulang,tiga tepukan tangan pun kedengaran.Elfian dan Elyan pantas berpaling.
"Ceh,Delvion je.Apa barang?" Lekeh Elfian.Mereka terus mengendahkan Delvionstar yang sibuk mengekori langkah mereka sambil mendepakan telefon bimbitnya seperti merakam sesuatu.
"Wah,hebat ya shopping sama pengetua Anjiba." Kata Delvion sinis.Dia memakai jubah hitam labuh penuh menutup aurat dengan topeng hitam yang melekat di wajahnya.Fesyen apa kau ni sampah?
Tiba-tiba langkah Elfian dan Elyan terhenti.Bau hanyir darah menusuk ke rongga hidung masing-masing.Gigi tajam mulu tumbuh di ceruk kiri dan kanan bibir.Berkilat.
"Arrrr!" Mereka berdua kini sudah menghadap Delvion yang sedang enak menggigit daging unta yang masih segar.
"Ceh unta je," baru Elyan menyedari tipu helah Delvion.Tapi,kenapa macam bau darah manusia ek tadi?
"Saya tak kesah,pokoknya,akarnya,batangnya,daunya,saya nak bunuh dia juga malam ni.Dah banyak kes ugut dia buat pada kita selama ni.Bermula dengan pembakaran beg sekolah kita,lepas tu tulisan darah bagaimana cara vampire boleh mati dan akhir sekali dia merakam kita shopping bersama pengetua Anjiba.Saya tak boleh terima dengan semua ni!" Nampaknya Elfian sudah memanas.
"Sabar bang.." ucap Elyan padahal dia sudah berlari mendekati Delvion yang masih senang duduk sambil makan daging unta itu.Nasib baik kawasan itu sudah agak terpencil dan tiada orang yang lalu dekat kawasan pembuangan sampah itu.
Elfian turut menerkam ke arah Delvion.Bukan lagi berjalan kaki tetapi terus melayang di udara.
Sepantas kilat Delvion bertukar kepada harimau yang maha gans.Sambil mengaum-ngaum kuat sampai lampu tengah jalan berdekatan situ pecah berderai.
Maka mereka mula bertarung dalam gelap.Cahaya bulan pun kosong,apatah lagi bintang-bintangan.
Elfian menendang kepala Delvion tetapi sempat harimau itu mengelak dan menggaru badan Elfian.Badan Elfian koyak habis dan sementara menunggu badannya sembuh,Elyan naik di belakang Delvion dan terus menggigit leher harimau itu.
Delvion menggulingkan dirinya sehingga mereka berdua berguling-guling sampai jatuh di satu gaung yang curam.
Tidak lama kemudian,mereka kembali naik ke tanah rata dalam keadaan yang cukup berserabut dengan daun dan tanah.
Delvion mengaum-ngaum kemarahan.
"Saya dah penatlah bermain dengan musuh sampah macam ni," Elfian tiba-tiba menghilang.Sesaat,kepala harimau itu ditendang bertalu-talu.Lalu ekornya ditarik dan dipusing-pusing di udara seperti kipas susah mati.Sebelum dihempas di suatu batang pokok yang besar.
Harimau itu terkulai layu,lantas berubah menjadi badan manusia kembali.
Tanpa membuang masa,Elfian dan Elyan terus mengerumun Delvion dan mengigit lehernya masing-masing untuk menghisap darahnya yang amat segar dan sedap itu.
"Fresh betul jus ni,ehe.." kata Elyan.
Akhirnya luputlah nafas Delvion ketika itu juga.Setelah jasad itu kekeringan darah,Elfian dan Elyan pun membawanya ke tapak pembuangan mayat milik mereka di suatu tempat yang bernama *****.Maaf,dirahsiakan bagi keselamatan orang ramai.
Mereka pun balik dengan gembira setelah puas menyedut darah manusia mix tiger itu.
"Tidur kat luar!" Baru hendak terjengket-jengket masuk ke dalam rumah,Elfian dan Elyan sudah menerima jerkahan daripada mama mereka.
"Ah?" Elfian dan Elyan mula membuat muka seposen.
"Takda,takda,papa korang takda nak tolong korang so keluar sekarang!"
"Hah,papa dah takda?"
"Oh,tidak!!!" Beberapa saat rumah itu digemai bunyi esak tangis daripada dua remaja itu.
Anna menggulingkan anak matanya ke atas.
"Papa korang ada perjumpaan dengan artis-artis vampire antarabangsa,bodo.Jangan buat drama sangat awal-awal subuh ni." Terus suara Elfian dan Elyan mati.
"Jap,korang baru hisap darah manusia kan?"
YOU ARE READING
THE VAMPIRE 2 [HOLD]
Vampiros[Hold] Sambungan cerita the vampire tapi terpaksa hold sebab jalan cerita hilang entah ke mana huhuhuhuhu