7[Tekanan]

120 11 2
                                    

Bab 7

Sesungguhnya selain daripada malas, ketiadaan idea yang panas juga merupakan salah satu penghalang daripada Elfian dan Elyan terus beraksi di layar ini.

Di samping itu, mereka juga tahu bahawa tiada siapa yang menantikan cerita ini jadi lebih baik didiamkan saja. Tak gitu haha!

Brushhh!Prang!Gedebuk!Wik!Wik! (tak senonoh gila bunyi last tu)

"Woi Elyan,kau kenapa?" Elfian yang sudah mengikat lengan Elyan menggunakan tangannya sambil mengacah penumbuknya jika Elyan tidak mendiamkan dirinya dalam masa beberapa saat lagi.

Buk!

Satu tumbukan padu mengenai tulang rahang Elyan. Sebarang pergerakan tubuh badan daripada Elyan serta-merta bertukar kaku bersama erangan halus Elyan.

"Auch!"

Setelah yakin yang Elyan sudah menyedarkan diri sepenuhnya, Elfian pun melepaskan pelukan terhadap adik kembarnya itu.

"Kau pehal tumbuk aku?" Elyan mengusap pipinya yang kini menjalar rasa pedihnya.

"Kau kenapa meracau macam kena rasuk syaiton?" Balas Elfian dengan geram. Apa tidaknya pagi-pagi lagi sudah buat kecoh masa orang sedang enak bermimpikan puteri bulan yang shekshi itu.

"Urmm.." lama Elyan termenung.

"Gini.." Elyan sambung jeda lagi. Elfian memandang Elyan dengan dahi yang berkerut menantikan sebarang cerita yang Elyan mahu sampaikan.

"Apadia?"

"Aku mimpi pelik dan buruk tadi.."

"Pasal?"

"Aku main TOD.."

"Barang apa tu? Tulang Orang Dusun(salah satu bangsa orang Sabah). Kau buat apa main tulang, kau bukannya anjing." Pintas Elfian sedikit kejam.

"Bukanlah, kau noob pun share lah dengan orang lain. Tu nama satu game, game truth or dare. So kau kena pilih yang mana satu. Akhir permainan tu, aku kena dare.. untuk bunuh kau!" Serta-merta bunyi guruh berdentum di luar menambahkan suasana yang tiba-tiba bertukar menjadi gerun. Elfian termangu sekejap sebelum kembali bersuara.

"Mimpi je kot, mainan tidur. Kau jangan ambil serius sangatlah."

"Kau lupa ke?"

"Apa?"

"Hari tu kita ada jumpa sorang nenek keturunan harimau, dia kata kita dalam buruan sekarang ni." Elfian memandang Elyan lagi, lama.

"Dia cuma nak takutkan kita lah, cuba kau wat lek je."

"Sekarang kita perlu berwaspada dengan Achu, ada kemungkinan orang yang ada di sekeliling kita selama ni jadi ancaman kita." Sekali lagi, Elfian memandang Elyan lama.

"Kenapa Achu?"

"Sebab dia masuk dalam mimpi aku tadi dan.. dia sepupu dengan Delvionstar!" Ujar Elyan serius. Keadan menjadi sunyi selama beberapa saat lagi.

Elfian duduk di atas katil Elyan, di sebelah adik kembarnya itu.

"So, apa rancangan kau sekarang? Takkan kita nak tinggalkan keseronakkan kita selama ni semata-mata nak fokus dengan hidup kita sekarang ni. Sepatutnya kita enjoy je jadi anak-anak vampire kan? Siapa yang cuba nak ubah takdir kita ni?"

"Dahlah aku nak mandi, kita wat lek je sekarang ni." Buk! Elfian membaling sebiji bantal tepat mengena kepala Elyan. Kemudian, mereka pun membuat pillow fight.

Begitulah mereka, sekejap saja serius kemudian yang selebihnya dihabiskan dengan bercanda. Seperti tiada apa-apa masalah dan semuanya masih berjalan dengan baik. Huh!

👑👑👑

Seperti yang dijangkakan, hari isnin tidak berjalan dengan begitu baik. Sebaik sampai di pagar sekolah, satu notis tentang kehilangan Delvionstar seperti menjadi mimpi ngeri masing-masing.

Sendiri-sendiri membuat kesimpulan, ada yang cakap Delvionstar kena culik(ok ini paling klise), ada yang cakap Delvionstar telah dibawa oleh ibu bapanya berpindah ke London memandangkan bapanya orang sana, ada juga yang cakap Delvionstar bakal kembali dalam masa yang terdekat kerana dia juga antara pelajar-pelajar nakal yang wanted di sekolah(setelah lama tidak ulang kaji cerita ni, penulis sudah lupa sama ada mereka bersekolah di high school old zealand ataupun entah dimana).

"Kau dengar tak cerita pasal Delvionstar?" Seorang pelajar lelaki sekelas dengan Elfian berkata, Elfian buat muka acuh tak acuh. Bosan! Alah budak tu memang patut mampus pun. Dahlah dengki dengan mereka. Lepas tu berlagak kuat. Eleh!

"Tak weh, aku langsung tak dengar. Aku buta ni, aku pekak. Aku tak nampak pun papan notis kehilangan pasal budak bawah umur tu!" Marah Elfian, leceh betul tanya soalan obvious ni.

Pelajar yang tidak diketahui nama oleh Elfian itu terus berlalu dari meja Elfian. Sahlah mereka bukan ambil tahu sangat pasal orang lain. Nama rakan sekelas pun tidak tahu.

Selepas itu, Elfian terus bergerak menuju ke padang kerana subjek lepas ni adalah PJK. Nak main bola kejap. Best juga sama kelas dengan Elyan, boleh lawan bola dengan dia. Lawan dengan orang lain ni macam main sendiri pula, semua nub!

"Wei, aku tahu kau ada kaitan dengan kehilangan Delvionstar. Baik kau ngaku cepat apa yang kau dengan kembar kau tu dah buat dengan Delvion." Semasa sedang beraksi di atas padang bola - dengan jeritan para fangirls di tepi padang - seorang lagi remaja lelaki yang memang ketara otak tersembul dekat lutut menyapa Elfian.

"Kau nak cari gaduh ke?" Elfian tak ada banyak masa melayan sampah masyarakat macam ni. Biasalah, yang menyukai kehadiran kembar vampire tu keseluruhannya perempuan, kalau ada lelaki pun mungkin mereka pondan(ataupun gay), selebihnya semua pelajar lelaki memang anti dengan mereka.

Mereka memang tak suka dengan tahap kecemerlangan Elfian dan Elyan dalam bidang populariti dan kenakalan yang overdose.

Oh satu lagi, maaf kalau cerita berubah sikit daripada awalnya sebab pengarah Elfian dan Elyan sedang sakit tenat so maybe ada banyak perubahan yang sangat tidak syok(pft penulis takde idea gila-gila dah huwaa).

Oleh kerana tiada mood bergaduh, Elfian hanya melanggar tubuh lelaki itu dengan kasar lalu berlalu pergi. Ada satu tempat yang dia dengan Elyan boleh tenangkan diri. Entah, hari ni memang hari yang stress ataupun cuaca Malaysia semakin panas sejak akhir-akhir ini.

THE VAMPIRE 2 [HOLD]Where stories live. Discover now