Bab 6
Kenapa eh manusia sekarang semua sakai? Jap, saya tak tau pun apa maksud sakai tu tapi menurut seorang teman, maksudnya berarti buruk. Isk, kenapa sih manusia sekarang ni bego amat? Hah, ayat ni lebih keren.
Satu, isu kecil pun suka diperbesarkan.
Dua, tak ada adab kau ingat kau perfek sangat sampai nak hina orang lain?
Tiga, memaki orang suka hati kepala bontot dia macam dia lah yang terbaik dalam dunia.
Empat, bego!
Lima, bego juga!
Enam, bego yang amat!
Tu─
"Elyan, jom main game!" Satu jeritan halus menerobos masuk ke dalam telinga Elyan yang sedang mengkhayal sambil hisap straw minumannya.
Hah, macam inilah manusia sakai. Orang tengah enak berimaginasi diganggu pula. Dasar tak ada adab.
"Main apa Achu?" Jangan risau, kalau lupa nama dia kau bersin je confirm ingat balik, ah-chooo! Gitu.
"Main truth or dare, nak?"
"Malaslah."
"Jomlah," setelah 10 kali paksaan baru Elyan mengalah.
"Baiklah, kita nak main dengan siapa ni? Takan kita berdua je?" Elyan memandang sekeliling, hanya mereka berdua yang terdekat.
"Jap, saya panggil yang lain dulu." Beberapa minit kemudian, muncul lagi 5 orang yang lain, Faid, Hana, Zarik, Moon, dan Shila. Semua sekelas. Entah, mereka dari mana sia? Masa rehat satu jam kot, tulah agaknya sempat main truth or dare sebab kebosanan.
"Okay semua silakan duduk," suruh Achu selaku ketua di situ. Kami duduk mengelilingi sebuah meja di kantin itu. Pelajar lain memang tak kesah nak buat apa sekalipun.
"Saya cabut kertas ni, dan siapa nama dia yang tertera kena pilih truth ataupun dare okay. Wajib buat, kalau tak kena bayar." Ucap Achu lagi, kami hanya mendengar dengan kurang bersemangat. Mesti semua penglibatan ke dalam game yang tidak rasmi itu hasil paksaan Achu. Budak ni memang.
Achu mula mencabut kertas, "Moon!"
"Dare," dengan yakin Moon menjawab.
"Okay, kau pegi siram ketua pengawas tu dengan air sirap ni." Kejam sia dare Achu ni. Nak buat orang bergaduh ke apa?
"Hah?"
"You have two minutes only dear, kalau tak kena bayar."
"What?" Moon sudah memandang Achu tak puas hati. Dengan sebal, Moon menarik air sirap di tangan Achu dengan kasar dan melangkah ke arah ketua pengawas itu sedang duduk.
Sprash!!
"Woi!" Jeritan ketua pengawas itu menggegarkan satu kantin itu. Dengan selamba Moon melangkah kembali ke tempat kami berkumpul.
"Done!" Moon membentak meja, Achu sudah tergelak kegembiraan. Psiko ke apa dia ni?
Ketua pengawas yang bermandi air sirap tadi terus menjeling Moon dan geng lain di situ, lantas berlalu mungkin mahu menuju ke tandas. Ingin menukar pakaian.
Tak, masalah tak akan habis di situ je. Moon bakal menjadi mangsa Zack, si ketua pengawas yang bad itu lepas ni. Untung saja Moon perempuan, kalau tak memang dah dah dibawa bergusti di situ.
"Okay next, Faid."
"Truth," pft penakut sia Faid ni.
"Kau pernah tidur dengan pompuan kan?"
"Tak," jawab Faid dengan tenang. Henfon Achu berbunyi.
"Liar!" Achu menterbalikkan telefonnya sehingga skrin telefonnya kami boleh lihat, tertera perkataan liar di situ.
"Okay fine, yes saya pernah." Dan kami semua pun memandang Faid dengan muka tak percaya. Dia paling alim kot dekat kelas takan buat perkara sumbang tu.
Again, don't judge a book by it's cover.
"Seterusnya.. Elyan!"
"Dare!" Seorang vampire jangan memalukan keturunan dengan menjadi pengecut k.
"Okay, saya tau kau akan pilih dare. Jadi, saya nak.. kau bunuh abang kau!" Achu menyeringai. Anjing kurap! Dia ni dah gila ke apa?
"Baik, saya bayar!" Elyan terpaksa mengalah dengan dare itu. Gila nak bunuh abang sendiri. Mereka memang tahu apa kelemahan seorang vampire yang boleh buat dia mati dan lesap buat selama-lamanya. Tak mungkin Elyan nak buat itu kepada abangnya sendiri. Kembar dia pula tu. Dia nak kena sumpahan segala keturunan ke? Paling tidak mama dengan papa akan buang dia kalau tidak dibunuh.
"Kau ni pengecut juga kan," kata Achu sinis. Elyan rasa tercabar.
"Atau kau nak dare ni yang buat abang kau sendiri.."
"Bukan boleh bayar ke tadi?" Marah Elyan.
"Heh," Achu menyeringai. Yang lain semua diam, langsung tidak terkejut lagi seperti tadi. Macam perbuatan membunuh ni perkara yang biasa je.
"Takpe, dare ini akan buat sendiri kat abang kau.."
Kring!Kring!
Bunyi loceng masa rehat tamat pun berbunyi. Mata Elyan dan Achu saling bertembung. Tajam!
👑👑👑
"Mhmhmh.." Elyan memandang ke arah objek hitam yang sedang terikat di sebatang pokok itu. Suasana gelap ketika itu kerana hari sudah malam. Hanya samar-samar cahaya bulan yang sampai ke situ.
Mereka kini berada di dalam hutan, tadi Elyan sesat dan dia tiba-tiba sampai ke situ.
"Elfian!" Panggil Elyan setelah mengecam gerangan yang terikat di kayu itu.
"Macam mana kau boleh jadi macam ni?"
"Hehehe..." satu suara kedengaran di belakang Elyan. Pantas dia berpaling. Achu! Namun kali ini bukan Achu selama ini yang dia nampak melainkan seorang vampire yang mempunyai gigi tajam di kedua-dua ceruk bibirnya. Kenapa mereka tak sedar siapa Achu sebenarnya selama ni?
"Bunuh dia, atau saya tolong kau?"
![](https://img.wattpad.com/cover/176860649-288-k403614.jpg)
YOU ARE READING
THE VAMPIRE 2 [HOLD]
Vampire[Hold] Sambungan cerita the vampire tapi terpaksa hold sebab jalan cerita hilang entah ke mana huhuhuhuhu