3

49 0 0
                                    

" Wei kau asal ni ? Lesu je ? Malam tadi kau tido kol berapa? Aku tengok kau waktu edmet tadi asyik sengguk sengguk je pehei ? " tegur Fateen , iyela tak pernah pernah tengok member mengantuk teruks kalah budak serama.

" Oh beshele edmet, kalau tak faham mengantukla jadinya. Ala aku perasan kau pun mengantuk en. Iyakan iyakan benerkan ?" Duga Azalea, nak cover. Jakgi kang lagi macam macam soalan Fateen keluar ha.
"Btw lepas edmet apa eh?" Tambah Azalea

"Bio" jawab Fateen dan kemudian dia teringat something.
" Wei, kau ingat tak struktur sel yang kita belajar tahun lepas ? Dengar kata cg nak buat kuiz pasaltu waktu bio nanti " soal Fateen

Maka Azalea hanya mampu menunjukkan wajah yang super duper terkejut. Tapi dia tak kesah sangat, rezeki dia sebab malam tadi dia dah study form 4 punya matapelajaran. Ini sebab tengok form 5 punya hapa pun dia taktauuuu ngeh.

"Oh , bio bila ?" Azalea sebagai seorang yang agak pelupa pun menanyakan soalan yang bego.

" Bodo amat, sek-" serius Fateen tak sempat nak habiskan ayatnya.

Dan ketua kelas pun tak sempat nak bagi salam sebab

" Bangun semua ! Assalamualaikum kelas !" Ucap cikgu Firdaus. Nak kata semangat macam tak, nak kata moody macam ye. Ha moody kot tapi asallak ? Oh mungkin dia tengah bendera merah ke ? Ah bego ! Lelaki manade ovari

" Waalaikumussal-"

" ha cikgu akan edarkan kamu seorang sehelai kertas A4 pastu cikgu nak kamu lukis struktur sel haiwan dan tumbuhan. Cikgu bagi masa 10 minit, pastikan lengkap ya ! "  Cikgu Firdaus terus edarkan kertas tersebut. Pastu dia duduk dimeja guru. Kat meja tau bukan kerusi . Kaki panjang sangat kot.

Kelas mula riuh rendah, memasing tak ingat pastu salahkan cikgu sebab masa singkat sangat .

5 minit kemudian
" Dah siap ? " tanya cikgu
Maka semua jawab belum

8 minit kemudian
" Dah ke ? Masa dah nak habis ni " cikgu tanya lagi
Dan masih ramai yang kata belum. Kecuali sorang ni , taktau dia dah siap ke belum tapi sesedap rasa je dia tido depan cikgu. 

" Husna ! Bangun ! Tu tido tu dah siap ke ? Nanti gelabah nak siapkan " marah cikgu Firdaus (( macam taknampak pun yang dia tengah marah))

" Hm dah cikgu. " jawab Azalea mamai bersama suara serak. Rambut dia agak serabai tapi cute apa. Auww gituuuuuuuuuu

" Kalau dah hantar la apa lagi! " sergah cikgu, tersentak Azalea, hilang mengantuk dia. Adui malu malu. Tak pernah pernah dia kene marah ngan cikgu, tetiba kena. Tu la bangang sangat pergi tido dalam kelas.

Dengan muka merah, mata kuyu, Azalea hantar kertas tu. Terus minta kebenaran nak ke tandas.

Comel jugak dia ni , kata hati cikgu Firdaus.

" Ha takkan dia sorang je dah siap ? Yang lain ?!" 

Ha gelabahlah dua tiga empat lima orang pergi hantar kertas kertas tu.

K terhibur, bagai kerbau dicucuk hidung

-

Azalea sedang membasuh muka, men'cover' air mata. Huh ciwek, baru kene marah sikit dah menangis, sebelum ni elok je kebal bila kena marah. Dia berkata sendiri.

Aish mata sembab, hidung merah, kantoitak kalau nanges ? Ha lantak la

Dia sambung tenyeh muka lagi sekali. Nak cover punya pasal, rambut punya basah apa tak heran.

-

"Dah? Mengantuk lagi ?" Sindir cikgu Firdaus.

Aduh ni yang macam nak nanges balik ni aihhhhhh. Ah takyah acah manja !

"Dah tak cikg- huk" Ah gawat, cepat cepat Azalea tutup mulut dia. Aduh belum pape dah kantoi, payah payah.

"Mata merah, hidung merah, mata sembab, sedu, kau men-"

"Tak ah cikgu" cepat cepat Azalea duduk ke tempat dia sendiri. Saja taknak bagi Cikgu Firdaus tu habiskan ayatnya, jakgi malu lagi. Hm tak pernah lah dia asyik kena attack je dalam kelas

Boleh tak sebab dia ni aku jadi tak minat bio? Menyampah! Apa dalam kelasni aku jeke student dia ? Sepakkangggg !!! Kalau la semua tu dia boleh luahkan, dahlama dia hambur kat cikgu tu huh.

Tapi... tapi.... dia kacak....

-

"Assalamualaikum." Perkataan yang seringkali keluar daripada mulut Azalea apabila dia masuk rumah atau kelas atau mana mana tempat kecuali tandas. Yee kebiasaan.

"Ha aku nak cakap somethingkat kau ," kata paklong wahid. Tak menyempat nak jawab salam. Orang tua ni la, dah tua pun tak reti nak jawab salam 😕.

"Apa yang lebih penting daripada seruan ilahi ? Nanti dulu, bagi saya solat zohor. Dah lambat ni " Azalea cuba untuk menolak dengan baik tapi diselitkan sindiran. Tak secara jujurnya dia memang taknak ambil tahu.

Ah orang tua ni , apa yang penting dengan aku mesti berkaitan harta keluarga aku. Ah malas ! Kata hati Azalea. Macam dia tak tahu syarikat paklong nya dulu hampir lingkup pastu hutang sini sana. Nak mintak duit family aku lettewwwwwwe.

" Takda makna aku nak tunggu kau, aku sebok. Kalau macamni aku anggap kau setuju dan kalau jadi apa apa kau jangan nak lari ! " Jawab paklong Wahid dengan nada keras. Malas nak bertengkar dengan manusia yang juga sumber rezekinya juga.

" Ha sukahati 💁🏻‍♀️ " malas nak panjang kan cerita. Dia tahu dia kena cepat. Cepat selesai semua ni boleh dia rehat.

Solat zohor, done. Masak, done. Mandi bersihkan diri,  done. Basuh baju + sidai baju, done. Jam menunjukkan pukul 3.10 petang.

Azalea membaringkan diri diatas katil yang tak seberapa nak empuk tu. Dia takkesah asal dapat tido itu okay. Ada masa 20 minit. Bolehla dia berehat sebentar sebelum memulakan 'prep' petangnya. Saja dia menyusun jadualnya seperti pelajar asrama. Bagi dirinya, cara seperti ini sangat efisyen. Sebelum dia memejamkan matanya, dia kunci jam dulu. Risau tak terjaga.

Saya sayang awak ! (og + slow update)Where stories live. Discover now