Takdir yang tak diduga

7 1 0
                                    

Ringg! Ring! Ring! Bunyi alarm telefonnya membangukan Heechul dari tidurnya yang lena. Jam dikerling sebentar. 9.30 pagi. Lama juga dia tidur. Penat kot. Dia segera bangun dan mula membersihkan diri di awal pagi. Selalunya, bila tiada rutin, dia hanya akan berehat di rumah sahaja. Sendiri. Namun......~Hit u with that ddu du du..ah yeah ah yeah......~ telefonnya berbunyi menandakan ada yang menelefonnya. Nombor tak dikenali. Heechul pun segera mengangkat fon tersebut.

"Hello..."

"Hello. Selamat Pagi, ini Mr.Kim Heechul?" soal pemanggil di talian. Suara lelaki dewasa.

"ya saya. Ada apa yaa?" 

"Mr. Kim..saya nak memaklumkan sesuatu di sini.  Isteri encik, Lindah, telah meninggal dunia  2 hari yang lalu akibat kemalangan...." Heechul terkesima. Dia terkejut..."....dan saya selaku peguamnya akan bertemu dengan Encik di Seoul, untuk memberi sedikit pemberian arwah. Semoga Encik dapat datang. Nanti saya mesej bagitahu bila." sambung peguam itu lagi.

"baiklah encik..."ringkas jawapan Heechul. Selepas talian dimatikan, Heechul terduduk di sofa ..longlai. Dia dibuai perasaan. Airmatanya jatuh. Dia hiba..sedih..semuanya dirasai. Yumiko Linda a.k.a Linda, adalah isterinya yang berkacukan Jepun dan Britain. Linda telah berkahwin dengan Heechul atas desakan keluarga masing-masing sewaktu tahun 2002 dan waktu itu, mereka dua masih terlalu muda. Selepas kahwin, mereka dipisahkan lagi oleh keluarga. Lindah harus berjauhan dengannya dan langsung tidak dibenarkan berjumpa. Tapi,setelah 18 tahun tidak bersua, khabar kematian Lindah, sudah cukup meragut sisa kekuatannya. Kenapa isterinya itu harus meninggal sekarang? tanpa bersua dengannya? kenapa?


Hari yang dijanjikan pun tiba. Heechul berjumpa dengan peguam tersebut di pejabat Pesuruhjaya di Seoul.

"baiklah Encik Kim, Puan Lindah telah menitipkan sedikit kirimn untuk anda.." peguam itu menolak satu kotak besar yang tidak diketahui apa yang ada di dalamnya. Heechul mengambilnya dan diletakkan di tepi.

Peguam itu menyambung lagi " dan...Encik Heechul. Puan Linda ingin kamu yang bertanggungjawab dalam menjaga Kim Soorah, anak kamu.."

ZAPPPPPP!!!!! Bagai tamparan hebat yang mengena di mukanya ketika itu. Heechul kebingungan.

"anak ...kamu? maksudnya anak kami? Kim Soorah..saya yang akan jaga?" soalnya dengan riak wajah tak percaya.

Peguam itu mengangguk dengan senyuman ikhlas. Seakan memahami penderitaan pasangan ini yang telah terpisah raga dan nyawa.

"ya..Lindah memberi sepenuhnya tanggungjawab kepada kamu. Dan, arwah juga kata... sekolahkan Soorah di Korea dan besarkan dia sebaiknya.." sambungya lagi.

Heechul sekali lagi terkejut amat. Tapi kali ini, dia terkejut sebab gembira. Soorah, anaknya yang hanya dapat dilihat melalui gambar dan video waktu bayi sahaja ketika dulu..kini akan menjadi jagaannya sepenuhnya. Dia bersyukur teramat. Nampaknya, arwah isterinya mempercayainya. Peguam itu memanggil seorang masuk melalui telefonnya. Pntu dibelakang Heechul duduk, terbuka. Seorang gadis, dalam lingkungan usia 17 tahun, tinggi dalam 1.68 dan kurus yang ideal, cantik bak artis idol kpop dan...bermata indah berwarna biru, memasuki bilik pejabat itu dengan wajah senyum tapi hambar. Yalah, dia pun masih berduka atas kematian ibunya. Heechul memerhati sahaja dahulu, dia takut, gadis itu bukan anaknya. 

"perkenalkan, Heecul..inilah..KimSoorah." peguam itu mula memperkenalkannya.

Heechul sekali kali lagi dia terkejut dan terkesima. Anaknya? Soorah? sudah besar? Cepatnya masa berlalu. Heechul....air matanya jatuh...dia berdiri..dengan sebak didada, dia pun menghampiri Soorah yang berdiri tidak jauh darinya, lalu di peluknya erat.

"maafkan ayah...." itu sahaja kata yang mampu jiwa sebagai seorang ayah ungkapkan.

Soorah pula, ikut sebak sekali. Dia pun membalasa pelukan ayahnya itu. 

Kini, mulalah kehidupan mereka sebagai anak beranak yang baru. Adakah Heechul mampu menjaga Soorah? Adakah Soorah akan terbiasa dengan Heechul? Nantikan.....

My Unexpected DaughterWhere stories live. Discover now