Rahsia kan???

4 0 0
                                    

Mengenai Soorah...semua sahabat terdekat Heechul telah pun mengetahuinya. Tapi, bagi pihak Syarikat tempat dia bekerja, dia belum lagi sedia untuk menceritakan semuanya terhadap mereka. Kerana dia risau pekerjaannya akan merosot dan dia kan susah dalam menampung kehidupan Soorah nanti. 

"Sampai bila Heechul kau mau rahsia kan?" soal Donghae, lalu menghirup air americano ais miliknya.

"entahlah. aku perlu masa untuk semua ni. Aku perlu bersedia semuanya." katanya.

"tapi heechul...bukan bahaya sangat pun semua ni..aku rasa, kewangan kau pun akan stabil juga nanti.."

"macam mana kau tau? tengok-tengok nanti, habis aku dibuang syarikat. aku nak ke mana?" kata Heechul.

"jadi macam mana dengan Soorah? takkan kau tak pentingkan darah daging kau kot? sampai sanggup tak mengaku?" soal Donghae pula.

Heechul terdiam sejenak. "sebab aku pentingkan masa depan Soorah lah aku kena survive dalam industri ni..supaya masa depannya terjamin.." 

"tapi Heechul..banyak cara kau bole buat untuk menjamin masa depan..tapi..bukti kasih sayang kau pada dia tu hanya sekejap je kau akan dapat....."

Heechul terdiam lagi. Tapi..kali ni dia tersenyum. "nanti..aku pikirkan macam mana.." jawabnya ringkas. Kenapa dia senyum? entahlah...

Heechul balik rumah petang. Balik sahaja dia, makanan telah pun di masak di atas meja. Sedap lagi tu...ala western dan korea pun ada. Dia mencari di mana Soorah.

"Soorah?.." panggilnya apabila keadaan di ruang tamu sunyi sepi.

Pintu bilik anak perempuannya berbunyi dibuka. Soorah keluar. 

"ayah...ehh..bukan balik malam kah?" soal Soorah yang juga terkejut melihat ayahnya balik awal. Dia berjalan mendekati ayahnya.

"taklah..hari ni ayah balik awal sikit. Ayah risau kamu tu . Ayah kol tadi tak angkat." kata Heechul.

Soorah menumbuk perlahan dahinya.

"yakann....maaf ayah. Tadi Soorah  tertidur sekejap. Lepastu, Soorah jarang tengok telefon ni."

Heechul mencubit pipi anaknya geram..

"hmmm..tak pe lah. lain kali tengok telefon tu. Mana tau ada benda penting ke ayah mau bagi tahu? OK?"

Soorah tersenyum sambil mengangguk laju."ok ayah.."

"kalau macam tu..ayuh kita makan..macam sedap kamu masak ni." Heechul sudah mula mencuci tangannya di singki.

"Ni lah makanan yang kami selalu makan dengan mak dulu. "

Heechul sudah duduk di kerusi."kalau macam tu..ayuh kita makan bersama. Ayah pun lapar ni.."

"ok ayah.."

Mereka pun menjamah makanan itu dengan penuh berselera. Walaupun ringkas sahaja, tapi, Heechul merasakan sedap masakan anaknya itu. Nampaknya Lindah mengajarnya masak dengan perfect sekali.


Jinsung awal pagi lagi sudah menunggu Soorah di kawasan berjogging. Dia ingin berjumpa dengan Soorah. Tapi, setelah hampir 2 jam dia menunggu, Soorah tak datang-datang juga..

Dia mengeluh. "sepatutnya aku chat dia dulu......" YAAAA. Jinsung langsung tidak menchatnya. Jadi macam manalah Soorah mahu tahu keinginannya tersebut. kan? Telefon di tangannya di tenung. Jinsung nekad untuk buat sesuatu...


Ringtone Jennie-Solo berbunyi di bilik. Soorah yang sedang bersiap segera mengangkat kol tersebut." hello.."

"hello..ni Soorah ke?" soal Jinsung di talian.

"yaa..aku lah ni. Jinsung kan ni?" sebab Soorah save nomber nya.

"ya betul. aku lah ni..hmm.. Soorah kau kat mane? tak keluar berjogging?"

"takk...sory..sebab hari ni family aku datang rumah kami. Jadi aku kena prepare lah. Apesal? kau tunggu aku dekat tempat kita jumpa ke tu?" soal Soorah sekadar berjoke.

"HAHAHHAAA....macam mana kau tahu ni? yaa..aku tunggu kau..tapi tak de...hahaha.." jawabnya yang berterus terang.

"HAHAHAHHAAHHA.."Soorah tertawa di talian."apalah kau ni. lain kali chat lah aku...by the way..Sorry ya.."

"tak pe lah...bukan salah kau pun..hmm"

"hari lain lah kita jumpa..OK?"

"ok setuju...janji?" Jinsung membawa nya berjanji.

"ok then..janji....ok lah Jinsung. Ayah saya dah panggil tu. Saya off dulu lah."

"ok Soorah..bye."

Hari ni, rumah Soorah dikunjungi oleh para keluarganya dari kejauhan serta nenek dan datuk nya juga sekali. Jadi, Soorah agak busy untuk membantu ayahnya menyiapkan makanan kek dan kuih muih yang sudah siap ditempah tapi, tinggal dipotong dan disajikan. Majlis ni dibuat sempena untuk mengenalkan Soorah kepada sanak saudaranya sebab mereka langsung tak pernah berjumpa dan berkenal. Jadi, ni lah masanya. Maka, hari ni lah Soorah akan berpenat bagi menjayakan majlis ini. Demi ayah......

Malam itu, Soorah berkol dengan Jinsung, di ruang tamu. Sekadar cerita-cerita kosong. Lagipin, time tu juga, ayahnya berada di dapur, entah buat apa. Macam buat side dishes. Hmm... bila Soorah kata dia mahu tolong, Heechyul menolak. Hm....Heechul yang di daapur tu, terdengar sedikit suara anaknya sedang berkol dengan seseorang. Tapi, punya main sakan Soorah bercakap mengenai dirinya dekat orang tu. Heechul pelik. Siapa yang dia kenal di korea ni??? Habis sahaja dia buat something di dapur, Heechul pun duduk di sofa bersebelahan Soorah. Masa tu, Soorah telah pun matikan kol nya.

"tadi..Soorah berkol, dengan siapa?" soal Heechul bersahaja.

"kawan..new friend.."

"waaa..dah dapat kawan baru di sini. laki kah perempuan?"

"lelaki..."

Heechul terkejut."muda?"

Soorah mengangguk naif."ya. 1 umur Soorah."

"bila kenal?"soalnya lagi makin banyak.

"hmmm..baru je minggu lepas...tapi..dia baik tau ayah.."

"hmmm...apa2 pun Sentiasa berhati-hati kalau berkawan ni. Terutamanya lelaki. Kamu tu perempuan. cantik lagi tuu.."

"ok ayah..Soorah janji.."

Kerisauan Heechul ni, sampai dia banyak berfikir tentang Soorah. Sehinggakan, dia menceritakannya kepada Leeteuk dan Hani semasa mereka berjumpa. Dan cadangan kedua-duanya adalah, Heechul perlu siasat dengan siapa Soorah berkawan kali ni. Lelaki? Sudah cukup buat dia risau.



Ptss : hai guysss.. ok sorry sbb lambat update story. Ok so..kali ni crita dia about rahsia. Rahsia Soorah dn Rahsia Heechul itu sendiri. Bgaimana dorang berdepan dengan rahsia ini? hmm...nantikan bab seterusnya huhu...



My Unexpected DaughterWhere stories live. Discover now