Soorah bangun awal pagi tu sebab ketukan di pintu biliknya. Dia bangun lalu membuka pintu bilik.
"Soorah..ayah kena pergi kerja sekarang. Mengejut. Jadi ayah tak sempat nak buatkan kamu sarapan. Tapi, ada biskut juga tu dalam almari..roti..ada minuman instant. Kamu buat sendiri lah yaa? tak apa apa kan?" kata Heechul yang bercakap sambil memakai tali lehernya dengan pantas. Dia pun dapat mesej mengejut yang menyuruhnya untuk datang ke pejabat segera.
Soorah mengangguk."ok ayah..nanti Soorah buat sendiri.." ringkas jawapan Soorah. Dia mengantuk.
"ok Soorah..jga diri tau di rumah. ...kunci pintuu.." Heechul mula berjalan ke pintu utama. Soorah membontotinya juga.
"yeee ayah..Soorah cadang mahu tengok kawasan perumahan ni..tak pa kan?" kata Soorah sebab selalunya awal pagi dia akan pergi berjogging kalau di Los Angelas.
Heechul berfikir. " Hmmmm..bole jgk lh..tapi jaga keselamatan diri. ok?" kata Heechul walaupun sebenarnya dia risau. Tapi, kalau Soorah tidak di latih berdikari, macam manalah dia mau berani kan?
"ayah jln dlu...byee.." Heechul pun segera pergi.
Soorah keluar dari rumahnya pagi itu, dengan pakaian lengkap sukan berhoodie warna merah terang. rambutnya diikat kebelakang pony tail. Dia pun mulalah berjalan di sekitar perumahan. Dan berjogging sambil-sambil menghafal peta kawasan di situ. Supaya dia senang bergerak nanti. Dan habis sahaja berjalan-jalan, Soorah teringin pula bersarapan di cafe-cafe berdekatan. Cafe disitu cantik. Salah satu kedai dimasukinya.
"hot coklat and 1 cheese milk cream bun" ordernya. Dia pun duduk berdekatan tingkap dan tidak lama kemudian makanannya pun sampai juga. Macam biasa, Soorah menguplod lagi di insta dengan caption,"alone with ma breakfast"
Sambil menikmati sarapannya, dia ternampak di luar tingkap cafe ini, ramai pergerakan orang. Awal pagi yang sibuk. Dan......dia melihat budak sekolah berjalan kaki. Pergi terminal atau pun sekolah yang berdekatan. Memakai seragam sekolah yang berlainan. Dan dia juga terfikir....bila dia akan bersekolah..dan di mana?
Habis sahaja sarapan, Soorah pun berjalan kaki pulang semula ke apartment mereka. Dalam perjalanan, dia ternampak tin kosong, remuk, diletakkan di atas satu butun pagar yang tinggi daripadanya. Soorah terfikir sesuatu.
"aku...boleh cuba...jatuhkan tin tuu...dan masukkan dalam tong sampah.." selorohnya sendiri.
Soorah memandang kekiri dan kanan dahulu. Takut-takut ada orang perhati. Kosong. Inilah masanya. Soorah pun mengambil langkah ke belakang sedikit dan dia mula berlari dan....... TANGGGGGG!!!~~BERJAYA!! Tin itu jatuh ke lantai. Soorah pun segera tersenyum bangga. Ya, dia dibesarkan dengan mempelajari banyak seni mempertahankan diri termasuklah taekwondo. Apa yang dilakukannya sebentar tadi adalah high fly kick. Dan YESSSSSS... ianya tepat mengena sasaran. Soorah pun memungut tin tersebut lalu memasukkannya ke dalam tong sampah berdekatan bawah pokok .
YOU ARE READING
My Unexpected Daughter
AdventureApabila Heechul yang hanya disibukkan dengan pekerjaanya dan kehidupannya yang bujang, dia kekadang merasakan kesunyian. Sunyi tanpa seseorang di hidupnya......sunyi tanpa pendamping. Namun begitu, dunia tidak mengetahui suatu kerinduan yang dia...