Hari pertama di sekolah baru.

1 0 0
                                    


"alat tulis dah bawa?"

"dah"

"power bank dah bawa?"

"dah"

"buku?"

"dah"

"handsfree? handphone?"

"dah ayah. Semua dah." sahut Soorah yang sudah mamakai tali pingang keledar di sebelah tempat duduk pemandu.

Heechul bukan apa, dia cuma risau. Dah lah ni pertama kali dia merasakan adanya anak yang bersekolah. Jadi, dia risau untuk semuanya dan akan memastikan semua kemudahan anaknya ada dan lengkap.

"ok..ayuh ke sekolah." Heechul pun memandu dengan berhemah sekali. Soorah pula duduk disebelahnya dan hanya diam sambil memerhati jalan raya yang sibuk di awal pagi itu.


Setelah habis berurusan dengan Pengetua sekolah tersebut, Soorah pun sudah bersedia untuk masuk ke kelas. Dan masa ni Heechul membagi anaknya sedikit nasihat.

"Soorah, ingat, belajar betul-betul dan hati-hati dengan lelaki ni- Semua lelaki tak bagus kecuali ayah. Ok?"

Soorah mengangguk faham. Sekadar mengiyakan kata ayahnya itu. "ok ayah."

"Fighting!" kata Heechul lagi. Lalu Soorah pun berjalan bersama guru kelas nya ke bahagian kelas mereka. Heechul sekadar memerhati dari jauh.


"hai, nama saya Kim Soorah, atau panggil sahaja Soorah. Saya berasal dari Los Angelas dan kini bersekolah di sini. Saya baru berpindah ke Korea 2 minggu yang lalu. Saya kacukan Eropah-Korea. Jadi, saya harap kita semua dapat jadi kawan baik. Sila beri tunjuk ajar." ucap Soorah setelah dia disuruh memperkenalkan diri.

Tepukan gemuruh dari rakan-rakan dari kelas barunya pun berbunyi. Semua sepertinya gembira ada murid baru di kelas. Rasanya. 

"baiklah . Jadi kelas, kamu ada soalan?" soal guru kelas mereka yang bernama Mr. Jun kepada murid lain.

Salah seorang lelaki megangkat tangan. "Soorah, mata kamu biru asli atau contact lens?"

YUPPP. Matanya juga yang disoal. Hmm. "asli..sebab..saya ikut mata ibu saya." jawab Soorah dengan senyuman.

"waaaaa~" satu kelas tu terpana lagi.

"baiklah. Soorah kamu duduk di bahagian belakang sana? Boleh kan?" kata Mr.Jun seraya menunjuk ke bahagian meja kosong di penjuru sebelah kanan kelas. Dekat dengan tingkap.

"ok Cikgu. Saya ok je.." Soorah pun segera bergerak ke tempat duduknya. Susunan meja di kelas tersebut adalah 2:2:2 dan ke belakang sebanyak 4 kali sahaja. Jadi keseluruhan budak di kelas adalah 24 orang sahaja.

"ok kelas. Hari ni kita akan belajar..."  kelas pun dimulakan. Soorah pun mengikuti pembelajaran macam biasa. Mengikut pemerhatian Soorah , ada 4 lagi meja kosong. Mungkin pelajar belum ada?

Selepas cikgu keluar, mulalah sesi perkenalan lebih dalam antara mereka semua. Seorang pelajar perempuan yang duduk dihadapan Soorah berpaling ke belakang menghadapnya,

"Hai Soorah, nama saya Park Yu Ra. Panggil Yura." Yura ni tinggi hampir macam Soorah. Lepastu kurus juga lah. Cantik juga.

"Hai Yura."sahut Soorah.

"Soorah awak tinggal di mana?" soal Yura lagi.

"di apartment. Tapi saya tak tau di mana. " jawab Soorah sepatah.

"waa...ok lah hangul mu. Lancar sak. Walaupun tinggal di Los Angelas."puji Yura lagi.

"darah Korea kan. Ofcoz.." kata Soorah seraya tertawa halus begitu juga Yura.

My Unexpected DaughterWhere stories live. Discover now