Aku membetulkan kaca mataku sebelum membelek helaian buku itu. Entah kenapa aku tertarik sangat dengan jalan ceritanya. Malah suasana kantin yang tenang pada tengah hari itu membuatkan aku begitu fokus membaca. Aku memilih untuk membaca novel sementara menunggu Eomma menjemputku pulang. Biasanya aku naik van. Tapi hari itu tidak kerana aku ada kelas tambahan sampai petang. Jadi Eomma lah yang akan menjemputku.
Sekali-sekala aku menyedut minumanku dengan straw yang telah tersedia. Membasahkan tekakku yang mulai kering.
"Oi ! "bahuku ditolak kasar denfan tiba-tiba.
Aku terkejut spontan air yang masih dalam mulutku tersembur keluar mengena baju sang pemilik suara itu.
Siapa lagi kalau bukan si poyo lagi berlagak yang bernama kim Namjoon itu ?Ah.. padan la muka dia..biadap sangatkan..ambik ko!!
"Damn !! Kau ni tersampuk ke apa?!"marah Namjoon bengang.
Aku membuat muka tak bersalah seraya membetulkan kaca mataku.
"Eh..kau yang buat aku terkejut tadi kan? Mestilah aku akan tersampuk walaupun bukan tersampuk..."sahutku selamba dalam rasa menyampah.Sekali sekala aku memulas mulas rambutku yang diikat dua itu.
" Pandainya menjawab kan.?"Namjoon mengeluarkan sapu tangannya dan menyuakan pada gadis itu.
"Ni apahal ni?" soalku merenung sapu tangan itu.
Namjoon tersenyum sinis.Dia meletakkan tangannya di atas meja.Dia merenung tepat wajah gadis itu.
"Kau yang kotorkan baju aku ni kan?? So..aku nak kau lap baju aku ni sekarang.Do it now !" tegas Namjoon di hujung bicara.
Terlopong mulutku.What??Dia ingat dia tu siapa??Mengada sangat..Menyampahnyaaaa....
"Tak..! Aku tak kan buat untuk kau. Kau ada tangan kan? Tak cacat kan?So buat lah sendiri..erhh!!"aku menyahut dengan sinis.Segera aku mengemas barang dan terus berlalu pergi.
Namjoon cuba menghalang..namun dia biarkan saja.Malas mahu mengejar gadis itu.
YOU ARE READING
Beautiful Nerd
RomanceApa agaknya terjadi bila jejaka tampan yang penuh dengan sifat ego jatuh cinta? Lagi-lagi dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis nerd yang langsung tiada daya tarikan kalau dipandang dari mata kasar. Bagaimana pula dia mengungkapkan perasaannya...