Aku menuju ke kantin dengan langkah yang ringan dan bersahaja. Perutku mengidam nak makan jajangmyeon yang sedap dan enak di kantin itu.
Ah..tinggal mangkuk terakhir je lagi. Sebelum mangkuk itu habis,lebih baik aku segera order satu.
" Cik, jajangmyeon satu !" serentak juga satu suara memesan laksa itu denganku.
Aku mengangkat wajah memandang si empunya pemilik suara garau itu. Dia lagi?! Aduh..menyampah betul la..sengaja nak susahkan hidup aku...
"Kau pun order jajangmyeon?" selamba Namjoon menyoal gadis itu.
Aku merengus.
"Aku tak faham la.. Sekali je tak menyusahkan aku.. memang tak sah lah kan?!"marahku bengang.
"Bila masa aku menyusahkan kau pula??"soal Namjoon selamba.
"Jajangmyeon tu aku yang pesan dulu ya.. jangan buat hal sangat nak rebut jajangmyeon aku." marahku lagi.
Namjoon ketawa sinis.
"Jajangmyeon kau?? Kau yang masak jajangmyeon tu ke?" soal Namjoon pula.
"Erhhh...menyampahnya.... Memanglah bukan aku yang masak..kalau aku masak..10 kali ganda lebih sedap dari jajangmyeon kantin ni." aku angkat bakul.
Namjoon menyinis.Iyalah tu...
"Oh ya ke? Entah-entah tak pernah masuk dapur pun.."sinis Namjoon tajam.
"Budak nerd macam kau ni..bukan biasanya berkepit dengan buku je ke?? Pandai masak tu ada juga ke??" soal Namjoon sengaja menyakitkan hati gadis itu.
Aku mengetap bibir menahan rasa.Memang minta penampar betul lah mamat ni.Kalau lah ada cili..mahu aku tonyoh tonyoh je mulut dia ni ... Errhh..
Belum sempat aku menyahut,acik kantin itu mencelah.
"Err..maaf.Siapa yang pesan jajangmyeon tadi?"soal acik tu.
" saya!"serentak juga aku dan Namjoon menyahut.
MAcik kantin itu mengerutkan kening.Mana satu ni??
"Maaf .. tapi jajangmyeon tinggal satu je." ujar acik kantin itu.
Aku mengeluh.
"Takpalah cik...Mual tekak aku ni tengok muka hantu galah ni." aku menyepak kaki Namjoon melepaskan geram.Malas mahu bertekak lagi.Aku terus berlalu pergi.
Berkerut seribu wajah Namjoon.Tak guna.Mahu dikejar gadis tu tapi tak mampu.
YOU ARE READING
Beautiful Nerd
RomanceApa agaknya terjadi bila jejaka tampan yang penuh dengan sifat ego jatuh cinta? Lagi-lagi dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis nerd yang langsung tiada daya tarikan kalau dipandang dari mata kasar. Bagaimana pula dia mengungkapkan perasaannya...