6

122 6 0
                                    

Aku ketawa lucu. Yalah.. budak terlajak hot macam Namjoon ni cemburu?
"Kau cemburu ya.." usikku nakal seraya membetulkan kaca mataku.
Namjoon tertawa sinis.
"Aku tak cemburu la.." Namjoon berlagak tenang.
"Cuma aku nak kau tahu.. Taehyung tu bukan seperti yang kau sangka. Jangan termakan sangat dengan bicara manis dia tu.. " ujar Namjoon memberi amaran.
Aku mencebik.
"Apa masalah kau? Dengki sangat dengan dia.." marahku tak puas hati.
"Taehyung tu takkan mahu mendekati perempuan nerd macam kau ni.. Yaa.. kalau dia tiba-tiba nak dekati kau.. aku percaya dia pasti ada maksud lain." ujar Namjoon tegas.
Aku menutup telingaku. Tak mahu mendengar nasihat gila dia lagi.
"Arhh..sudah! sudah!" aku meningkah.
Aku terpaksa mendonggak memandang Namjoon kerana dia tinggi sangat. Yalah..spesies hantu galah..
"Aku tak nak kau burukkan Taehyung lagi. Aku tahu Taehyung siapa dan yang pasti aku suka dia. Okey?Aku suka Taehyung..dan kau jangan menyibuklah !" ujarku lalu berlalu pergi.
Namjoon mengeluh. Susahnya budak degil ni. Bengap betul ke?? Kau buta atau kau buat tak tahu?? Takkan kau tak nampak kehadiran aku ni..,Seokjin..?








TAEHYUNG tersenyum senang melihat jungkook. Senang hatinya dapat berborak dengan jungkook.
"Jungkook..kamu tahu tak?Kamu tu cantik.." manis sungguh bicara Taehyung.
Jungkook tersipu malu.
"Ah..bodek kite nampak.." ujar jungkook cuba menutup rasa segannya.
Taehyung ketawa kecil.
"Malam nanti nak tak kita keluar..?"soal Taehyung pula.jungkook mengebam bibir. Kononya tengah berfikir.
"Hmm..bolehlah." sahut jungkook tenang.
" Okey...nanti malam saya jemput ya.." ujar Taehyung lagi.
Jungkook mengangguk.











TAEHYUNG mengangguk saja bila gadis itu mengajaknya keluar.
"Serius ?! kamu sudi keluar dengan aku??" soalku teruja. Bercahaya wajahku kala itu.
Taehyung mengangguk saja.
"Ya.. kamu bersiaplah nanti malam.." ujar Taehyung lalu berlalu pergi.
Lebar senyumanku. Hehehh..nanti aku nak dandan cantik-cantik.
"Oi !" tiba tiba Namjoon datang lalu menampar bahuku.
Aku terkejut.
"Aduh !! Sakitlah bangang!!" marahku geram.
Namjoon buat tak tahu.
"Kau nak keluar dengan Taehyung nanti malam?" soal Namjoon terselit rasa cemburu.
Aku tersenyum malu.
"Ya...tak sangka dia sudi keluar dengan aku..." ujarku bagai dilamun cinta.
Merah padam wajah Namjoon menahan rasa cemburu yang mulai bertamu di hati.
"Kau tak boleh keluar dengan dia." tegas suara Namjoon.
Berkerut seribu wajahku.
"Kenapa pula tak boleh??" soal ku hairan.
Namjoon menggeleng. 
"Aku kata tak boleh..tak bolehlah." ujar Namjoon pula.
Aku mencebik.
"Kai siapa nak halang aku??" sinisku penuh rasa meluat.
Namjoon mengetap bibir. Boleh gila dia kalau terus begini...!!
"Okey.. terserah kau lah. Tapi jangan menyesal nanti ya." ujar Namjoon sedikit kecewa kerana gadis itu enggan mendengar nasihatnya. Dia terus berlalu pergi.
Aku membiarkan saja.Peduli lah...













NAMJOON resah. Tak tenang jiwanya memikirkan gadis itu. Bodoh betul  kau  Seokjin?? Takkan kau tak nampak aku yang selalu disisi kau? Kenapa nak terhegeh-hegeh dengan buaya darat tu??
"Aku tak boleh biarkan ini berlaku. Aku kena halang Seokjin ke tempat ti!" nekad dia bersuara. Tanpa menunggu lebih lama, dia mencapai kunci motorsikalnya dan terus berlalu pergi.
Dari jauh dia sudah dapat melihat Taehyung sedang duduk semeja dengan jungkook. Jungkook?! Bukan Seokjin?? Namjoon menggeleng. Tak..Seokjin betul-betul tak boleh ke sin! Pasti Seokjin sedih bila melihat jungkook yang indah dalam gaun hitam itu bersama Taehyung. Sudahlah mesra.

Beautiful NerdWhere stories live. Discover now