BAB 36🌻

7.9K 230 4
                                    

Satu tamparan hinggap di pipi Mieya Aylona kuat sehingga dia jatuh terduduk di lantai dapur..dan Eziya pantas menerpa ke arah Mieya Aylona..Ini semua salahnya..Mieya Aylona hanya bertindak mempertahankannya,Eziya dan Oliver terkejut dua orang tetamu istimewa mereka hanya tersenyum sinis..Mereka menang membuatkan Mieya Aylona dan Dayrenz Rafaelz bergaduh.

Mieya Aylona ketawa sinis tidak menjangka Dayrenz Rafaelz sampai hati menamparnya hanya kerana tetamu satu minggu mereka..pipinya terasa perit dan hujung bibirnya sakit.

Sekarang dia bukan sekadar merajuk pada Dayrenz Rafaelz tapi mula tumbuh perasaan kecewa dan marah di hatinya
Inikah lelaki yang mengatakan cinta sangat padanya???atau semua itu hanya mainan bibir??

"Mereka tetamu aku jadi kau kena hormat mereka..meskipun kau tak suka mereka..aku kecewa kau bersikap kurang ajar macam ni..Mieya Aylona aku yang dulu tidak akan menyakiti orang lain dia sangat lembut dan polos..tapi Mieya Aylona sekarang kejam!!!"Marah Dayrenz Rafaelz,dia lebih marah kepada diri sendiri sekarang kerana sanggup menampar perempuan kesayangannya..tapi cara Mieya Aylona melayan tetamu mereka sangat kejam sehingga sanggup mencederakan orang lain..nampaknya Mieya Aylona benar-benar berubah ganas setelah di asuh Aunty zella nya.
Dan dia harus mengajar dan menegur Mieya Aylona mula dari sekarang..Dia tidak mahu punya isteri yang kejam dan berperangai gengster.

Mieya Aylona tiba-tiba merasa kepalanya sakit.
Dia memejamkan mata seketika..dan sekarang dia merasakan ingatannya beransur-ansur kembali pulih..Dia mendongak memandang Eziya dengan linangan air mata..Eziya tergaman pandangan mata Mieya Aylona membuatkan matanya bulat..tak akanlah????!!

"Ezy..Mieya minta maaf sebab mengheret Ezy dalam masalah ini..Mieya minta maaf sangat-sangat " Eziya dipeluknya erat..Dia rasa bersalah.
Dayrenz Rafaelz dan Oliver tergaman melihat dan mendengar kata-kata Mieya Aylona..tak akanlah????!!!!

Mieya Aylona bangun dari duduknya di ikuti Eziya..wajahnya dingin dan menakutkan..cincin di jarinya di lurut dari jari telunjuknya..dan dibaling kasar ke muka Dayrenz Rafaelz,Dayrenz Rafaelz tergaman..nampaknya akan terjadi pergaduhan besar di antara mereka.

"Encik mafia..Ambiklah balik apa kau punya..kisah kita sampai disini..kau beromen lah sampai ke mati dengan 'tetamu' sundal kau ni..Kerana kau lagi percaya mereka dari aku dan aku tak akan maafkan kau untuk itu!!!"Mieya Aylona menolak tubuh Dayrenz Rafaelz kasar.

"Baby dah ingat semuanya nya ke???"Soal Dayrenz Rafaelz cuba memeluk Mieya Aylona,tapi pantas Mieya Aylona menolak tubuh Dayrenz Rafaelz lagi.
"Cukuplah!!!!.."tengking Mieya Aylona .
Dayrenz Rafaelz kaku nampaknya dia telah tersilap menampar Mieya Aylona tadi sehingga ketara sangat kemarahan Mieya Aylona padanya.

"Ezy..Kita pergi dari sini...patutnya kita tak seharusnya tinggal di sini dulu..Kerana manusia yang ada di sini hanya menghancurkan hati kita..dan kau Oliver inilah kali terakhir aku bagi kau jaga Eziya kerana sekarang aku sudah ingat segalanya..Aku ambil Eziya balik..Jadi tak perlu lagi kau rasa kasihan nak jaga dia lagi"ujar Mieya Aylona bengis..Oliver dipandang dengan rasa marah juga

Nampak ingatan Mieya Aylona sudah pulih sepenuhnya. .Dayrenz Rafaelz mula rasa menyesal..betulkah Mieya Aylona yang mencederakan tetamu mereka??? atau dia tersalah faham sebenarnya???.

Just Because Of Me Sayang(complete)✔ Where stories live. Discover now