BAB 60🌻

7.4K 196 0
                                    

"Edricz. Kau rasa kita Selamat ke sembunyi kat gua kecil ciptaan bapak kau ini??apa kata kita lari cari pertolongan ke??"Soal Mieya Aylona semakin tidak selesa bersembunyi di dalam gua kecil yang tersembunyi di belakang villa mewah itu yang hanya bercahayakan sinaran bulan yang mengambang.

"Kalau kita lari lebih jauh sekarang..lagi tinggi risiko kita akan dimakan binatang buas..Lebih-lebih lagi wanita mengandung seperti kau yang semestinya berlari terkedek-kedek..macam kura-kura.."ujar Edricz tersengih nakal melihat kearah perut Mieya Aylona yang membuncit besar itu..geli hati pulak dia membayangkan Mieya Aylona berlari dalam kedaan begitu.

Papp!!!
"Hei!!..Sakitlah minah oii!!..boleh tercedera sel-sel otak aku yang tampan ini..asyik ditampar kau dikepala..ganas nya kau sekarang ye..pantang di usik sikit..terus nak melenting..macam manalah Dayrenz Rafaelz tu tahan dengan kau ni Mieya Aylona..." keluh Edricz mengusap kepalanya yang ditampar Mieya Aylona kuat.

"Sebab dia sayang dan cinta akulah..kau apa tahu indahnya tentang cinta sebenar sebab kau kan kaki perempuan terhormat..girlfreinds keliling pinggang..perosak anak dara orang..virus cinta yang harus di elakkan..mengerti!!!"kutuk Mieya Aylona geram..telinga Edricz ditariknya kuat.

"Adeiii..deii..sakitlah minah.."rungut Edricz mengosok telinganya yang rasa mahu putus saja ditarik Mieya Aylona.
Lagi lama dia bersama Mieya Aylona lagi seksa kepala dan telinganya menjadi mangsa seksaan paksa rela Mieya Aylona.

"Dayrenz Rafaelz jaga kau dengan baik??"Mieya Aylona dipandang dengan rasa cinta di hati..tapi kini hatinya benar-benar telah rela melepaskan Mieya Aylona pada Dayrenz Rafaelz..Kerana Mieya Aylona kelihatan sangat bahagia dengan Dayrenz Rafaelz. .cinta tak semestinya harus memiliki kan.
"Emm..Em..Dia jaga aku dengan sangat baik..Dia mencintai aku banyak sangat..sampai dia turutkan saja kemahuan aku..mesti sekarang dia tengah belasah si David tu cukup-cukup sebab berani culik aku..alahai alangkah kacaknya dia dengan muka garangnya itu.."kata mieya Aylona tersenyum teruja.

"Ganas sangat ke laki kau tu??"Soal Edricz rasa risau tiba-tiba.
"Kau nak tahu kau cubalah rasa sepakan maut dia.."kata mieya Aylona tersenyum sinis kearah Edricz.
"Kau jangan macam-macam ..aku dah risiko diri aku untuk Selamatkan kau..tak akan kau sampai hati nak membiarkan penyelamat kau disepak.."kata Edricz tidak puas hati.

"Aku peduli apa.."
"Mieya Aylona.."
"Baik kau diam sebelum aku yang tak sabar nak belasah kau sekarang pulak.."
"Eleh..tadi dia yang soal kita macam-macam..Kita ni tukang jawab aje..kang nanti tidak dijawab merajuk pulak " kata Edricz menyandarkan kepalanya di dinding gua dan memejamkan matanya.
"Yang kau jawab merepek siapa suruh tadi mangkuk.."bentak Mieya Aylona geram..Edricz tak habis-habis membuatnya geram dari tadi.
"Suka hati akulah minah perut buncit.."kata Edricz selamba.
"Kau.."kata-kata Mieya Aylona terhenti apabila melihat gerangan salah seorang manusia yang berdiri tidak jauh dari gua itu..lagipun cahaya pagi yang sudah kelihatan timbul kerana biasan matahari mahu muncul..agak menjelaskan lagi penglihatan mengenali gerangan lelaki bertubuh sasa dan tinggi lampai itu..senyuman mula lebar.

"Dayrenz Rafaelz..."ucapnya gembira.
"Ye..Ye..aku tahu kau miss sangat dengan laki kau..tak payahlah kau berdrama sangat..nanti kau jumpa jugak dia.."kata Edricz masih tidak perasan ada kehadiran manusia lain dekat dengan mereka.
"Hissy!!....kau ni memang bendul!!"kata Mieya mengetuk kepala Edricz kuat dan ianya membuatkan Edricz terjerit kuat..sehingga Dayrenz Rafaelz berpaling ke arah jeritan suara itu..mencari dari mana datangnya suara itu..dan saat melihat seorang wanita mengandung keluar dari kawasan semak dari datangnya suara jeritan tadi..Mata Dayrenz Rafaelz membulat besar..Dia berlari ke arah Mieya Aylona dan memeluk isterinya dengan rasa rindu,risau dan cinta di hati.

"Hubby..."Mieya Aylona menangis gembira.
"Baby Selamat sekarang..betapa risaunya hubby tahu tak..lepas ni hubby trauma sangat dah.. hubby tak akan bagi Mieya keluar ke mana-mana tanpa hubby lagi..hubby boleh mati tanpa kehadiran Mieya..I love so much sayang..with all my heart.."luah Dayrenz Rafaelz mengucup sayang seluruh wajahn Mieya Aylona.
"Baby kita macam mana??..Mereka tidak nakal ke??"Soal Edricz mengusap perut Mieya Aylona yang besar itu.
"Kami semua ok.."
"Sorry..sayang papa datang agak lambat..."kata Dayrenz Rafaelz rasa bersalah kerana lambat menemui Mieya Aylona sehingga isterinya harus duduk bersembunyi lama dalam semak seorang diri..tapi kan yang menjerit suara lelaki tu tadi Sape??..ianya sudah pasti bukan Mieya Aylona..hatinya tertanya-tanya.

"Sayang hubby nak tan....."
"Wei!!..Mieya Aylona aku dah cakap kan..keluar bila laki kau dah sampai..kalau kau kena culik balik sia-sia aku selamatkan kau tadi..adoi!!!..sakitnya kepala aku kau ketuk terus macam ni..aku tabik spring dengan Dayrenz Rafaelz sebab bertahan dengan bini ganas macam kau kesian pulak a......"Edricz terperanjat kuat apabila terperasan akan sesuatu Mieya Aylona sudah dipeluk oleh seorang lelaki tinggi lampai..Alamak!!..laki dia dah sampailah..dengar ke dia apa yang aku cakapkan tadi..Edricz menelan liurnya dengan perit..Kenapa tetiba air liurnya tetiba rasa berbatu pulak ni..habislah dia..Dayrenz Rafaelz memandangnya dengan renungan maut yang menakutkan.

"Mieya Aylona macam mama virus perosak cinta ini ada disini??"Soal Dayrenz Rafaelz mengacukan pistolnya ke kepala Edricz..Edricz pucat..laki bini ni sama aje..suka sangat mengutuknya dan mengelarnya dengan gelaran yang tidak-tidak.
Mieya Aylona memeluk Dayrenz Rafaelz dan mengambil pistol dari tangan Dayrenz Rafaelz dengan lembut..Dayrenz Rafaelz memang lemah kalau Mieya Aylona sudah buat muka manis macam tu..comel sangat!

"Nak tahu macam mana mamat virus ni ada...terangkut sama dalam bab ni..hubby bawak dia baliklah..kan Edricz!!"Mieya Aylona tersengih nakal..dan membuat tembakan tepat di tengah kankang Edricz..sehingga membuatkan Edricz terjerit kuat kerana menyangka 'adiknya' yang di bawah itu sudah hancur berkecai..Dia meraba-raba bawah seluarnya dan menarik nafas lega..rupa-rupanya Mieya Aylona menembak ke bahagian tanah saja..bukannya seluarnya.
Mieya Aylona yang sudah tergelak-gelak memerhatikan tingkah nya yang kalut tadi itu dipandang geram..tapi bila Dayrenz Rafaelz masih terus fokus merenungnya dia jadi seram.

"Peace bro..."katanya cuba tersenyum.
"Oliver..bawa mamat ni balik.."kata Dayrenz Rafaelz serius dan mengangkat tubuh Mieya Aylona untuk di dukung nya. .berjalan pulang menuju ke kereta..Mieya Aylona yang di dukung Dayrenz Rafaelz menjelirkan lidahnya kepada Edricz yang sudah diangkat macam guni beras oleh bodyguard Dayrenz Rafaelz yang berbadan sangat besar itu.
Edricz mengeluh kesal..Mieya Aylona memang sengaja mengenakannya kan..apalah nasib dia nanti...

Just Because Of Me Sayang(complete)✔ Where stories live. Discover now