BAB 57🌻

6.6K 177 0
                                    

Mieya Aylona geram dan marah sangat apabila mengetahui dirinya telah diculik lagi..Tak habis-habis penjahat tak cukup nak matang ni mahu menculik dia..kalau dia tidak mengandung memang mudah di mahu melepaskan diri..tapi ini tidak dia ada dua nyawa yang perlu dilindungi..dan dia berharap Dayrenz Rafaelz sudah dapat mencari lokasinya sekarang ini.

Dia lapar dan mahukan masakan dari Air tangan Dayrenz Rafaelz sekarang juga..bila dia sudah beranak nanti..dia akan cari sisa-sisa penculiknya dan mengajar mereka secukupnya kerana berani menculik dalam kedaan tidak mampu melawan macam ini..tangan dan kakinya yang terikat semakin rasa sakit..kejamnya mereka kerana mengasari wanita mengandung seperti dia!!..'kesian babies mama kerana terpaksa melalui kedaan ini'getus hatinya marah dan geram.

Matanya Mencerlung apabila melihat gerangan manusia yang melangkah masuk ke dalam bilik yang ditempatkan untuknya itu..Bilik ini memang selesa kerana punya tilam katil yang empuk dan selesa..malah bilik ini kelihatan sangat mewah dan cantik.

David menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Mieya Aylona yang duduk memandang dengan marah di atas tilam itu..Mieya Aylona dipandangnya dengan renungan yang sukar untuk dimengertikan.
"Kita seharusnya menjadi lebih daripada sekadar sepupu..sifat tamak ibu telah membuatkan kita jadi seperti ini..kalau kau mahu tahu..mendiang mama dan papa kau mahukan kita bersatu tapi dahulu..aku tidak tahu kau adalah sepupu aku..Kerana mama tidak pernah mengungkit lagi kewujudan kau dan abang kau..mama cakap korang sekeluarga sudah meninggal semuanya..andai aku tahu kau masih hidup..aku tak akan biarkan Dayrenz Rafaelz memiliki kau Mieya Aylona.."luah David dengan wajah seriusnya.

"Kalau aku tidak dengan Dayrenz Rafaelz sekalipun..aku tidak akan terima kau David..aku benci kan kamu semua..lepaskan aku sekarang sebelum Dayrenz Rafaelz datang musnahkan kau.."sinis Mieya Aylona marah.
"Biarkan dia datang saja...dan kau akan saksikan aku akan memusnahkan dia..sehingga dia hilang selama-lamanya dari dunia ini...satu yang kau tahu Mieya Aylona Seorang lelaki betapa kuat dan gagahnya dia sekalipun... dia akan menjadi lemah dan mudah dimusnahkan bila orang yang dia sayang berada di tangan musuhnya..."kata David tergelak sinis..Dia mahukan Mieya Aylona menjadi miliknya..pertemuan pertama mereka hari itu menghadirkan rasa cinta yang kuat di hatinya..dan dia mahu Mieya Aylona tinggal bersamanya.

"Kau gila David..kalau kau musnahkan Dayrenz Rafaelz bererti kau juga akan menghancurkan aku..dan aku tidak akan menerima kau..meskipun aku dan anak-anak aku harus mati bersama papa mereka...Aku bersumpah!!"tengking Mieya Aylona kuat.
"Aku boleh biar anak-anak Dayrenz Rafaelz mati..tapi aku tidak akan biarkan kau mati..Mieya Aylona.."Marah David mencengkam kasar kedua-dua pipi Mieya Aylona..Dengan pandangan matanya yang bengis.

"Kau musnahkan Dayrenz Rafaelz bererti kau bunuh Mieya Aylona juga..David grizenz...kau kena terima hakikat itu nanti..."kata mieya Aylona tidak gentar dengan wajah ganas David itu.
"Apa lebihnya Dayrenz Rafaelz dan apa kurangnya aku??!!"Soal David berang.
"Kerana Aku mencintai Dayrenz Rafaelz..dan kau tidak ada itu!!"jawab Mieya Aylona sinis.

"Dan bila Dayrenz Rafaelz sudah mati nanti kau boleh mencintai aku juga..Mieya Aylona "ujar David merendahkan suaranya.
"Dah bila Dayrenz Rafaelz mati..Mieya Aylona juga mati bersamanya..kau tengoklah nanti.."sinis Mieya Aylona serius.
David merasa berang dan membalingnya kerusi yang didudukinya kearah cermin Almari yang ada disitu dengan kuat dan kasar sehingga pecah berderai.

"Kau nak tahu David..Walaupun Dayrenz Rafaelz merupakan seorang King mafia terdahulu..Tetapi dia tidak pernah bersikap bengis dan menakutkan aku seperti apa yang kau lakukan sekarang...Dia sangat mencintai aku..sehingga dia tidak sanggup menyakiti aku macam apa yang kau buat ini..kau dengan Vianca vellicity Sama-sama jahat dan kejam..aku lebih rela mati daripada menjadi sebahagian daripada keluarga yang menghapuskan keluarga aku sendiri..Kamu semua pembunuh keluarga aku..aku tidak akan pernah menjalin hubungan dengan kau..kau faham tidak!!!"jerit Mieya Aylona sekuat hatinya..kalau dia tidak mengandung dia akan musnahkan David dengan tanganya sendiri sekarang.
David terdiam,dia kehilangan kata-kata..nampaknya memang agak mustahil dia memiliki hati Mieya Aylona..Kerana Mieya Aylona memang menyimpan rasa benci yang kuat di hatinya untuk mereka..Tapi itu tidak bermakna dia akan menyerahkan Mieya Aylona pada Dayrenz Rafaelz..Dia masih belum putus asa memiliki Mieya Aylona..meskipun harus menggunakan cara yang terpaksa..Dia melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Mieya Aylona menjerit benci padanya.

Just Because Of Me Sayang(complete)✔ Where stories live. Discover now