BAB 37🌻

8K 231 1
                                    

"Mieya..hubby minta maaf sayang..hubby...."sebelum sempat Dayrenz Rafaelz menghabiskan kata-katanya,Mieya Aylona mengangkat tangannya menyuruh Dayrenz Rafaelz diam.

"Kau boleh pergi bersayang dengan tetamu 'kesayangan' kau tu..tapi bukan dengan aku lagi.."kata mieya Aylona sinis.
"Baby...."
"Dayrenz Rafaelz kau telah abaikan aku selama satu minggu dan aku sudah penat memujuk rayu kau..kau merajuk macam nak mampus hanya kerana aku pergi tempat 'istimewa' tu tanpa kau..kau rasa itu logik ke??"kata mieya Aylona kecewa.

"Dah kau berdating dengan bekas tunang kau siapa juga yang tidak cemburu " celah tetamu mereka itu berani
Mieya Aylona melepaskan ketawanya sinisnya kuat..Sekarang fahamlah situasi sebenarnya Dayrenz Rafaelz merajuk dengannya..Kenapa dia tidak sedar hari itu mungkin Dayrenz Rafaelz telah mematainya secara sembunyi.

"Dayrenz Rafaelz kau memang tak pernah berubah kan??..suka memerhatikan aku dari jauh daripada kau datang terus padaku..dan hari ini kau tengoklah bagaimana akhirnya cara kau tu membawa hubungan kita sekarang"
"Mieya.. hubby..."
"Kau tahu aku hilang ingatan kan..Jadi kau patut sedar aku tak kenal siapa yang aku layan dan tegur..nak kata kau bendul tak akanlah kau sampai jadi King mafia dan nak kata kau bodoh kau sudah terlalu bijak sehingga tersenarai dalam ahli perniagaan yang terbaik yang berpengaruh dan berkuasa..tapi kau terlalu lemah tentang perasaan dan itu melukai aku sekarang " luah Mieya Aylona sinis dan sedih.

"Cukuplah sayang hubby minta maaf..hubby terlalu ikutkan perasaan tadi..baby hukumlah hubby sekarang..hukumlah apa-apa saja hubby terima.."kata Dayrenz Rafaelz akhirnya melutut di hadapan Mieya Aylona..Dia benar-benar rasa bodoh kerana ikutkan perasaan cemburunya..padahal pada hari dia melihat Mieya Aylona bercakap dengan Edricz tiada riak teruja di wajah isterinya hanya reaksi dingin,tapi oleh kerana rasa hati marah dan cemburu dia mengabaikan apa yang dilihat mata dan memilih mengikut kehendak hati dan perasaan..Sekarang tengoklah padahnya bila kita terlalu cemburu dan cepat menghukum.

"Aku tak akan memaafkan kau semudah itu Dayrenz Rafaelz..kau tak percayakan aku dan kau patut sedar betapa pentingnya kepercayaan dalam sebuah hubungan yang suci..kau telah sendiri yang telah rapuhkan hubungan kita seperti ini " ujar Mieya Aylona mengendurkan suara kasarnya.

"Sayang...."serunya Dayrenz Rafaelz menyesal.
"Saya perlukan masa untuk berfikir sama ada mahu meneruskan hubungan kita.."kata mieya Aylona mula merasa sebak..Dayrenz Rafaelz terkesima adakah sekali lagi dia akan kehilangan Mieya Aylona???
Tak!!!..Dia tak sanggup lagi!!!.
Dia bangun dan memeluk tubuh Mieya Aylona Erat,Mieya Aylona menolak kasar pelukan Dayrenz Rafaelz.. tapi gagal tubuhnya terlalu kecil melawan kekuatan tenaga Dayrenz Rafaelz..Mahu bertindak terlalu kasar seperti dia menendang dan membelasah Dayrenz Rafaelz,seperti penculiknya tempoh hari. .tapi hatinya tidak sanggup mengasari lelaki yang dicintainya sepenuh hati..dan kenapa tega sangat pulak Dayrenz Rafaelz menamparnya kalau betul lelaki itu sangat mencintainya?????..Dia semakin keliru dengan sayang Dayrenz Rafaelz padanya.

"Biar kita berpisah dulu mencari kelemahan dalam hubungan kita..lepaskan saya sekarang atau awak akan kehilangan saya seumur hidup awak " kata mieya Aylona separuh mengugut.
Dayrenz Rafaelz terkedu..bila terasa pelukan Dayrenz Rafaelz melonggar Mieya Aylona meleraikan pelukan dan menolak tubuh Dayrenz Rafaelz sedikit jauh darinya.

"Ezy saya tak paksa awak ikut..tapi Saya akan tinggalkan villa ini..Kerana terlalu lama sudah rasanya kita menumpang di suatu tempat yang tidak layak untuk kita..kau jaga diri baik dan baby dalam ni " kata mieya Aylona mengusap perutnya Eziya yang masih kempis itu.

Oliver tergaman wajah Eziya di pandang keliru.
"Mieya saya ikut awak..lagipun dah terlalu lsma rasanya juga saya membebankan Oliver dalam hidup dia.."kata Eziya perlahan.
"Eziya kau mengandung???"Soal Oliver memegang bahu Eziya..Dia gembira sangat sekarang tapi wajah Eziya yang dingin dan kaku itu merisaukannya.

"Ya saya..mengandung..ingatkan nak bagi awak kejutan hujung bulan ni nanti..tapi tak sangka jadi macam ni..Terima kasih kerana jaga saya selama ini..saya sayang awak Oliver. .tapi sayangnya... sayang saya itu hanya bertepuk sebelah tangan..kini saya memilih untuk kita berpisah Oliver. .Soal anak ni kita bincangkan selepas ada ketenangan selepas ini terima kasih atas segalanya "Eziya menepis menolak lembut tangan Oliver di bahu nya...Dia juga kecewa seperti Mieya Aylona dan memerlukan masa yang panjang untuk memikirkan hubungan mereka..biar takdir dan masa yang menentukan segala-galanya.
Dayrenz Rafaelz dan Oliver rasa menyesal sangat..Dalam beberapa jam saja mereka berdua telah hilang orang kesayangan mereka..
Bagaimanakah mereka akan memujuk hati yang telah terluka itu???...

Just Because Of Me Sayang(complete)✔ Where stories live. Discover now