BAB 55🌻

7.3K 195 0
                                    

Mieya Aylona perlahan-lahan naik ke atas katil mendekati Dayrenz Rafaelz yang baru habis mandi mengesat rambutnya sambil duduk diatas tilam.

"Hubby marah lagi ke??"soalnya sedih,sejak mereka balik dari kedai kek tengah hari tadi Dayrenz Rafaelz bersikap dingin dengannya dan malam ini dia sudah tidak mampu menahan rasa sabarnya memujuk Dayrenz Rafaelz,dia rasa mahu menangis saja sekarang.

Dayrenz Rafaelz mengeluh kesal apabila melihat wajah Mieya Aylona yang tengah sedih itu..rasa bersalah pulak dia.
"Sayang....."tubuh Mieya Aylona terus dipeluknya.

Mieya Aylona terus menghamburkan tangisannya di dada Dayrenz Rafaelz yang tak berbaju tu..."Kenapalah Dayrenz Rafaelz ni wangi sangat tubuh dia rasa nak peluk aje' sempat juga hatinya berbisik nakal.

"Baby pleaseeee...sayang jangan nangis..ok..hubby minta maaf sebab layan sayang dingin..hubby cuma terkilan kerana sayang masih biar Edricz mendekati sayang..hubby tak marah..cuma hubby risau fikirkan kalau Edricz tu cuba buat jahat dengan sayang..tu aje.."pujuk Dayrenz Rafaelz mengesat air mata yang mengalir di pipi Mieya Aylona..semakin rasa bersalah pulak dia kerana mengikut perasaan bersikap dingin dengan Mieya Aylona.

"Mieya minta maaf..Mieya cuma bercakap dengan Edricz supaya lepas ni dia tidak ganggu kita dah.."kata mieya Aylona sebak.
"Ok dahlah tu..hubby pun bersalah kerana terlalu overprotective dengan sayang..tapi hubby benar-benar tak nak apa-apa terjadi pada sayang dan babies kita " kata Dayrenz Rafaelz memujuk.

Dia menyuruh Mieya Aylona berbaring,kemudian selimut ditarik menutupi tubuh mereka tangannya lembut mengusap perut Mieya Aylona yang semakin membulat itu.

"Tak sangka akhirnya kehidupan seorang King mafia yang sangat disegani dahulu juga punya perangai dingin beku dan kejam tak berperasaan suatu ketika dahulu kini menjadi bekas King mafia..berubah sehebat ini..kerana punya isteri yang sangat baik, cantik, comel dan bakal punya babies yang comel-comel juga..betapa hebatnya perasaan cinta itu mengubah hubby menjadi lelaki yang sangat penyayang sekarang " kata Dayrenz Rafaelz mengucup lembut bibir Mieya Aylona seketika.

"Dan kehidupan Mieya..berubah 360 darjah apabila Mieya tahu status Mieya adalah isteri kepada seorang lelaki yang sangat kaya dan berkuasa..yang paling Power sekali lelaki itu Adalah seorang King mafia yang sangat ditakuti..tapi entah kenapa Mieya tak gentar langsung dengan hubby masa tu kan??"kata mieya Aylona ketawa kecil mengingatkan kenangan lalu.

"Itu sebab sayang tahu...sayang adalah kelemahan hubby..meskipun pada mulanya hubby mengahwini Mieya kerana tanggungjawab..tapi bila kita hidup bersama selepas itu..hubby semakin jatuh sayang pada si cantik comel Mieya Aylona..yang nakal dan suka mengarahkan seorang King mafia membuat itu ini sesuka hati dia aje..jatuh pulak martabat hubby sebagai King mafia masa tu..kena belajar memasak pulak tu...haih!!..sayang sangat mengada-ngada masa tu tahu tak..nak marah pun hubby tak sampai hati.. dah hubby sayang sangat" Dayrenz Rafaelz tergelak lucu juga..mengingati kenangan lalu.

"Tapi bila Mieya hilang tiba-tiba dari kehidupan hubby..hubby rasa mahu mati sahaja..nasib orang tu pandai juga cari jalan balik sebelum hubby jadi gila bunuh diri tau.."ujar Dayrenz Rafael mencubit manja hidung Mieya Aylona.
"Mieya kan hilang ingatan..Jadi hubby tak boleh salahkan Mieya kalau Mieya tak balik..tapi Mummy cakap memang dia akan hantar Mieya balik pada seseorang yang sangat menyayangi Mieya..tapi Mummy tunggu Mieya pulih sepenuhnya...kalau geng zellazkillers tak Selamatkan Mieya malam tu..Mungkin Mieya tak akan jumpa hubby lagi " kata mieya Aylona mengusap lembut pipi Dayrenz Rafaelz.

Dayrenz Rafaelz mengangguk mengiakan bicara Mieya Aylona,cuma dia terkilan Aunty zella menyembunyikan Mieya Aylona darinya dulu.
"Dan sampai sekarang hubby mengutuk diri sendiri kerana sampai hati menampar pipi comel wife kesayangan hubby sendiri..Kerana perasaan cemburu yang tak bertempat " kata Dayrenz Rafaelz kesal tubir matanya terasa berkaca-kaca apabila dia teringat peristiwa itu..hingga kini rasa kesalnya tidak pernah surut.

"Mungkin itu dugaan untuk menguatkan lagi cinta kita..buktinya hubby tetap kejar cinta Mieya tanpa jemu dan berhenti dalam masa dua tahun itu...Mieya tak menyesal kembali pada hubby semula " kata mieya Aylona mencium lama bibir Dayrenz Rafaelz.

"Thanks you My wife dan cik samurai ku..Mieya adalah isteri yang mengagumkan..betapa seksi dan hebatnya puan Dayrenz di mata hubby bila sayang beraksi dengan samurai tu tahu tak..."kata Dayrenz Rafaelz memeluk lembut tubuh Mieya Aylona.

"Mieya cuma belasah orang-orang yang kacau kita aje " kata mieya Aylona ketawa kecil.
"Tapi hubby harap selepas ini..Mieya tak akan pegang samurai tu lagi..hubby nak Mieya hidup tenang dan bahagia sebagai puan Rafael..pergi bershopping sakan, memasak dan menjaga babies kita dengan baik..Seperti kebanyakan isteri-isteri yang ada kat dunia ni..Tanpa ada musuh di sekelilingnya.."ujar Dayrenz Rafael tersenyum bahagia.

"Tapi betulkah hubby boleh tinggalkan dunia mafia hubby macam tu aje??"Soal Mieya Aylona mahukan kepastian.
"Hubby akan jadi mafia balik kalau ada yang mengganggu keluarganya hubby lagi..tapi mafia yang menjaga keselematan keluarga hubby aje " kata Dayrenz Rafaelz tersengih nakal.

"Yelah tu.."
"Ye!..sayang"
"Boleh percaya ke???"
"Tak percaya pun kena percaya!!"
"Amboi!..senangnya pasal orang percayakan dia!!"
" hubby kan husband Mieya jadi Mieya kena terpaksa percaya juga"Dayren Rafaelz ketawa kecil.
"Bla..Bla...bla...."kata mieya Aylona geram.
"I love You my wife..hubby lakukan segala-galanya JUST BECAUSE OF YOU SAYANG..."kata Dayrenz Rafaelz mencium pipi Mieya Aylona yang semakin tembam dan comel putih kemerahan itu.

"JUST BECAUSE OF ME SAYANG???"Soal Mieya Aylona mengusik manja.
"Belahlah dada seksi hubby ni sepuas hati kalau sayang tak percaya " kata Dayrenz Rafaelz mengangkat keningnya nakal .

"Mehlah..Kita belah dada hubby tu guna samurai Mieya..kalau pakai kapak tak feel pulak..Mieya nak buat.."kata mieya Aylona mengekek ketawa apabila Dayrenz Rafaelz merenungnya geram.
"Eii..nakalnya..Mieya tak pernah bagi hubby menang tahu tak " katanya merajuk.
"Kalau hubby tak pernah menang takdelah perut Mieya ni nak membuncit tahu tak!! " kata mieya Aylona menarik geram pipi Dayrenz Rafaelz.
Akhirnya terlepas ketawa Dayrenz Rafaelz bila Mieya Aylona berkata itu..betul cakap Mieya Aylona dia sudah menang besar kerana akhirnya Mieya Aylona Kembali menjadi miliknya dan bakal melahirkan anak-anaknya..Mieya Aylona Kembali di peluknya erat..betapa sayangnya dia pada Mieya Aylona.

Just Because Of Me Sayang(complete)✔ Where stories live. Discover now