" HYERA ! PAY ATTENTION !" Hyera terus tersedar dari lamunannya dan mula menundukkan kepalanya .
" S-sorry teacher ," ucap hyera dan terus menggaru kepalanya sambil mengetap bibir .
Skip_
" Kau ni dah kenapa hyera ? Takkan jadi gila sebab kena kurung dalam bilik sampai seminggu ?" Hyorin terus menyoal kepelikkan .
Hyera mengeluh lalu menggeleng , Air kopi panas dihadapannya diteguk dengan laju membuatkan hyorin terus membulatkan mata .
" Aku—Huh I need time ," Terus hyera berjalan pergi meninggalkan hyorin yang terpinga-pinga . Hyera terus masuk kedalam bilik air dan memikirkan tentang mimpinya yang mengerikan .
" K-kenapa dalam mimpi tu , Aku kemalangan ?" Soalnya pada diri sendiri , Hyera terus mendengus kasar dan membasuh mukanya .
Rambutnya disebak sambil berjalan keluar dari tandas lalu berpeluk tubuh . Mimpinya yang mengerikan itu seolah-olah akan terjadi sahaja nanti .
Tetapi , Dirinya hanya mengatakan bahawa itu mainan mimpi sahaja . Lain pula dengan Hatinya yang mengatakan benda itu akan terjadi tidak lama lagi—
_______
" Okay guys , Latihan rumah sukan akan berlangsung pada Esok hari . Jadi cikgu nak kamu semua tolonglah hadirkan diri , Bagi mata untuk rumah sukan kamu—Berdikarilah sedikit ." Cikgu Sam terus memandang hyera yang hanya termenung sahaja .
" Hah Hyera , Kamu jangan nak buat macam orang tak ada akal punya gaya—Kamu tu athelete sekolah ." Hyera mula memandang cikgu Sam bersama senyuman lalu mengangguk .
" Arraseo—" Kepalanya digaru apabila kesemua pelajar sudah mula menoleh untuk memandangnya . Terus dia menunduk .
" Okay , Semua boleh balik kelas ambik beg kamu—jangan lupa balik rumah ni buat regangan ." Usai sahaja memberi kata-kata terakhir terus mereka semua beredar dari dewan begitu juga dengan hyera .
" Jom balik ?" Ajak hyorin , Hyera terus mengangguk lalu tangan hyorin dikepit .
" Omma , Esok ada latihan rumah sukan . So Hyorin ajak Hyera pergi gym—Omma benarkan tak ?" Hyera terus memeluk pinggang ommanya yang sedang membasuh pinggan .
" Kamu sihat ke ? Dah makan belum ?" Soal Ommanya . Hyera terus mengangguk lalu berdehem perlahan .
" Dah , Hyera pergi dulu eh . Anyeong omma—" Hyera terus mengucup pipi ibunya sekilas lalu tergelak kecil berlari keluar dari rumah .
Sesampainya mereka digym , Hyera terus meregangkan badannya begitu juga dengan Hyorin yang hanya tersengih sahaja memandang hyera .
" Ha—Kau asal ?" Soal Hyera kepelikan . Hyorin terus tergelak kecil lalu menggeleng dan kembali melihat bentuk badan hyera yang menjadi idaman para lelaki .
" Woi ! Kau usya apa sia—" Hyera terus melepuk kepala hyorin membuatkan hyorin mengaduh kesakitan .
" Takdelah , Aku dahlama nak bodyShape macam kau . Tapi tulah—Tak menjadi ." Hyera terus menggeleng lalu berjalan naik keatas mesin exercise tanpa menghiraukan hyorin yang sibuk memandang perutnya yang sedikit berisi .
____
" Tak Jangan ! Tolong !" Lelaki itu terus mendiamkan diri apabila terasa lehernya sudah digigit dengan dalam .
Taehyung terus menyedut darah dileher lelaki itu dengan rakus lalu badan lelaki itu ditolaknya kasar .
Bibirnya dikesat apabila darah pekat mula mengalir keluar dari bibirnya .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Sweet . " Senyuman sinis terukir dibibir seksi miliknya , Taehyung . Lelaki itu terus berjalan dengan pantas tanpa menghiraukan manusia-manusia yang sibuk memerhati matanya yang berwarna merah .
Langkah taehyung mula terhenti apabila terlihat Hyera yang sedang bergelak tawa dengan rakannya disebuah kedai kafe yang berada berdetakan dengannya .
Taehyung terus mendengus lalu langkahnya dipercepatkan agar menghampiri Hyera , Badannya ditukar menjadi halimunan lalu terus dia berdiri dibelakang hyera .
Leher Hyera diusapnya perlahan membuatkan hyera pantas menoleh memandang kebelakang , Taehyung mengukirkan senyuman sinis . Taringnya mula terkeluar sekali lagi apabila terbau darah manis hyera .
" Hyera ? Kenapa ?" Soal Hyorin , Hyera terus menggeleng perlahan dan mengukirkan senyuman kekok .
" I Need Your Blood—" Usai sahaja berbisik ditelinga hyera . Leher perumpuan itu digigitnya dengan kasar dan mula menyedut darahnya dengan rakus .
Hyera terus menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir , Jari-jemarinya digenggam dengan kuat .
" Hyera ? Kau okay tak ?" Hyorin mula menyoal pelik , Hyera tidak menjawab malah hanya menunduk . Dirinya sudah terasa lesu .
Taehyung terus melepaskan lehernya dan tersenyum sinis , Matanya yang tadinya merah terang mula menjadi pekat sepekat-pekatnya .
" A-aku Nak balik ." Hyera terus meletakkan kepalanya diatas meja , Matanya yang semakin lali dikatup dengan rapat . Hembusan nafasnya yang tidak teratur perlahan-lahan terhenti .
N I G H T W H I S P E R _______
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.