18 ❦ his new girlfriend

2.2K 297 23
                                    

아름다운 인생이다.
It's a beautiful life.

❦ ❦ ❦


|| Europe, 2024

good morning!
Wanita cantik berambut blonde itu memeluk Jungkook dari belakang.

morning, baby
Jungkook membalikkan tubuhnya lalu mencium sekilas dahi teman wanitanya.

Lalisa Manoban. Gadis cantik itu adalah pelajar di universiti nya. Dan setakat ini, satu satunya teman wanita Jungkook.

Mereka telah bersama selama 3 tahun dan pada hari ini, mereka akan pulang ke Korea bersama sama. Tetapi hanya buat beberapa hari.

“ awak dah siap semua? boleh kita gerak? ”
Soal Jungkook setelah dia meletakkan sarapan pagi diatas meja.

Lisa mengangguk dengan senyuman manis. Dia betul betul teruja mahu bertemu dengan keluarga teman lelakinya itu.

kookieya, macam mana kalau mereka tak terima saya? ”
Soal Lisa setelah dia spontan duduk diatas pangkuan Jungkook.

“ mereka akan terima awak, sayang ”
Kata Jungkook lembut, cuba meyakinkan teman wanitanya itu.

Dia malah memeluk erat pinggang ramping Lisa. Lisa tersenyum sekali lagi kemudian mencium sekilas bibir Jungkook.

Jungkook melarikan pandangan nya dari terus memandang wajah Lisa yang jelas menunjukkan dia terlalu sayang padanya.

Dan hal itu, buatkan Jeon Jungkook rasa bersalah.




|| Korea, 2024

“ hyo, boleh hyo datang rumah papa harini? ada hal— ”

sorry pa, hyo ada meeting penting harini ”

singgah sekejap pun tak boleh? ”

tak, im really sorry pa. esok ya? ”

Jelas ada nada bersalah dalam percakapan Jihyo itu. Tuan Jeon akhirnya mengalah. Lagipula, gadis itu hanya bekerja.

Takkan dia nak marah pulakan?

Nampaknya, rancangan Tuan Jeon untuk temukan balik Jihyo dan anaknya gagal lagi.

Jungkook pernah juga pulang ke rumah tahun lepas dan Tuan Jeon telah cuba pelbagai cara agar anaknya dan Jihyo bertembung.

Namun gagal. Dan dia bakal gagal lagi pada hari ini.

“ Tuan Jeon, tuan muda dah sampai ”
Teguran satu suara itu menyedarkan Tuan Jeon dari lamunan nya.

Dia berdiri lalu berjalan kearah pintu masuk utama kediaman mewahnya.

Dahi lelaki tua itu berkerut melihat seorang wanita memeluk erat lengan Jungkook sambil mendekatinya.

“ pa, im back
Jungkook mendakap erat tubuh tua kesayangan nya itu.

“ pa, okay tak ni? ”
Soal Jungkook hairan apabila Tuan Jeon tidak membalas pelukannya.

“ 4 tahun lepas, kook tak pernah berani bawa teman wanita kook jumpa papa. kenapa sekarang berani pula? ”
soal Tuan Jeon tidak bertapis.

Jungkook menggenggam erat tangan nya. Dia mengerling sekilas kearah Lisa yang tidak berani memandang ayahnya.

“ pa, kook nak kahwin dengan dia— ”

no. i don't want anyone else to be my daughter in law except Jihyo

Mendengarkan nama gadis yang Jungkook sentiasa mahu lupakan itu mendatangkan rasa aneh padanya.

“ pa, kook dan dia dah tak ada apa apa. Kami tak sayangkan satu sama lain tapi kook— sayangkan Lisa ”

Jelas nada suara Jungkook tiba tiba mengendur apabila menyatakan yang dia sayangkan Lisa. Seolah olah dia tidak yakin.

Tuan Jeon berdecit sinis kemudian—




TO BE CONTINUED

Let the drama begin!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Let the drama begin!

[C] CASANOVAWhere stories live. Discover now